http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, January 15, 2012

Kak Z is the Sempoi Person....

Salam semua, hari ini aku nak tulis entry pasal Kak Z. Siapa Kak Z? Kak Z ialah seorang wanita yang sempoi, ceria dari luaran tapi hatinya penuh dengan mangga, kata kunci dan nombor siri yang perlu diisi didalamnya jika kita nak tahu isi dalamnya dan mempunyai 3 buah anak (yang aku tahu buat masa ini). Bukan 3 ORANG anak ye tapi 3 BUAH anak iaitu Sean (her laptop), Adam Awraq (her car) dan basikal lumba dia (lupa pula namanya apa). Itulah antara anak-anaknya yang saya tahu buat masa ini. Jadi siapa Kak Z ini? Beliau ialah SH Shafaza Zara Syed Yusof (maaf kak kalau ada salah ejaan nama). SH itu bukan bermaksud Sheikh ye walaupun ada darah berketurunan arab yang mengalir dalam badan beliau tetapi membawa maksud Sharifah. Merupakan seorang guru  sekolah menengah yang mengajar subjek sains, PJK dan sekarang ini beliau telah diberi amanah baru oleh pengetua beliau untuk mengajar subjek yang lain (subjek Bahasa Melayu jika tembakan aku betul). Jika ikut pemahaman aku melalui blog beliaulah, kalau salah harap maafkan.

 [ Gambar: Akak, saya pinjam gambar akak dari FB dan mana satu yang betul, Zara atau Zahrah? ]

Aku kenal blog Kak Z ini  pada bulan 10 tahun 2010 (kiranya dah masuk setahun setengah aku kenal blog beliau) melalui Blog Ariffshah dimana aku mengenali blog saudara ini melalui akhbar. Masa itu pula, aku baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia blog ini. Jadi melalui saudara inilah aku mula mengintai blog Kak Z kerana blog Kak Z termasuk dalam senarai 'Top 10' saudara Ariffshah ini. Tambahan pula pada masa itu isu yang hangat dibincangkan dalam blog Kak Z ialah mengenai hantaran kahwin sampai berpuluh-puluh ribu. Ianya merupakan satu topik yang amat menarik sekali bagi aku pada masa itu sebab tak sangka perkara sebegitu boleh wujud dalam dunia ini (apalah agaknya khabar kawan Kak Z tu sekarang ye?). Melalui Kak Z pula, aku mula mengenali blogger lain antaranya Kak Neo, Bro Sylver dan sebahagian ahli-ahli blogger BlockBuster iaitu Bro Shahrul Tanaka dan Bro Avid Gunner.

Dua perenggan diatas merupakan pengenalan aku tentang bagaimana aku mula mengenali Kak Z dalam dunia blog ini. Memandangkan aku sedang bercerita mengenai blog, aku akan terangkan serba sedikit mengapa aku berminat dengan blog Kak Z ini. Untuk pengetahuan anda semua, aku pun sebenarnya tak tahu mengapa aku berminat untuk terus membaca blog beliau terutama sekarang ini sebab blog beliau kini lebih menjurus kepada ayat-ayat yang hampir seperti pantun atau sajak (bagi pendapat aku) yang kadang kala aku perlu ambil masa untuk memahami kerana aku seorang yang "lambat tangkap" atau perkataan pasarnya, seorang yang BLUR. Jadi bila aku baca dua tiga kali, baru akan keluar perkataan 'Owh, itu maksud dia....kot' dari pemikiran aku tetapi ayat-ayat yang digunakan itu sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan bahasa aku (ini bukan ayat bodek  ye) sebab aku tak pernah jumpa perkataan tersebut sepanjang aku belajar sehingga sekarang. Terima kasih Kak Z. 

Blog Kak Z ini umpama diari kehidupan Kak Z sendiri. Kak Z akan coret semua yang berlaku dalam kehidupan   beliau dalam kertas maya ini dari pelbagai aspek antaranya mengenai percintaan, kekeluargaan, kehidupan, persahabatan, alam persekolahan (paling kelakar masa aku baca entri mengenai beliau denda anak muridnya menari zapin) dan pelbagai lagi. Walaupun beliau seorang yang sibuk dengan urusan kerja, namun beliau pasti akan menulis sesuatu tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan beliau di dalam kertas maya ini sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua kali atau tiga kali? (ye ke? Aku pun dah tak pasti). Tapi yang pasti, aku gemar membaca entri-entri yang ditulis oleh Kak Z terutamanya yang berbentuk perenggan (mungkin kerana aku senang  nak tangkap apa yang beliau tulis agaknya). Itulah yang boleh aku beri pandangan mengenai blog beliau.

Pandangan aku mengenai empuya diri itu pula? Beliau ialah seorang yang 'happy go lucky', suka senyum, dan peramah orangnya walaupun aku tidak pernah berjumpa dengannya. Namun semua itu hanyalah pandangan zahir sahaja. Jika dilihat dari segi batinnya (betul ke ayat aku ini?), beliau sentiasa berada dalam kesedihan, kesunyian dan dahagakan kasih sayang dari pelbagai aspek TETAPI semuanya itu dikunci dengan rapi melalui kecekalan, ketabahan dan juga kematangan beliau dalam menangani dunia yang mempunyai pelbagai warna ini. Aku juga pernah meminta pandangan dan nasihat beliau untuk menghadapi kehidupan yang kadang kala gelap bagi aku. Bila difikir-fikir balik, siapalah agaknya yang senantiasa mendengar rintihan beliau? Beliau sentiasa mendengar rintihan dan keluhan para pembaca blog beliau tapi masalah beliau pula? Itulah antara perkara yang buat aku kagum dengan Kak Z ini. Sudahlah perempuan, kuat pula tu dalam menghadapi realiti kehidupan ini. Aku rasa malu pula bila seorang lelaki mengadu masalahnya kepada seorang wanita sedangkan tidak salah untuk mengadu masalah tersebut kepada lelaki mahupun wanita (ok, aku la tu yang mengadu >n< ). Jadi kesimpulan untuk perenggan ini (baru perenggan ini sahaja), dengarlah lagu Seksis nyanyian Anita Sarawak sebabnya lagu itu dapat mengambarkan askar dalaman kepada empunya diri tersebut. Jika sesiapa yang serang beliau, alamatnya orang tersebut memang silap besar kerana Kak Z bukan orang yang selemah seperti orang yang serang itu fikirkan.

Aku ada menulis beberapa entri tentang Kak Z di dalam blog cikai aku ini. Antara entri yang aku tulis ialah:
Jadi kesimpulannya untuk entri ini, aku belajar banyak tentang kehidupan melalui pembacaan dan penulisan Kak Z menjurus kepada aspek tersebut. Walaupun aku ini sifatnya pelupa dan aku selalu rasa kecewa dengan kehidupan aku, namun penulisan Kak Z sedikit sebanyak mengubah persepsi aku dari sehari ke sehari. Hidup kita, kita yang tentukan, kita yang warnakan, kita yang bentukkan dan kita yang lukiskan. Warnanya pula ialah memori dan situasi yang berlaku di sekeliling kita. Jika kita mahu kehidupan kita seperti warna pelangi, warnakan kehidupan kita dengan pelbagai memori dan situasi. Jika kita mahu diari hidup kita seperti bom asap yang mewarnai latar belakang kemenangan Power Rangers (apa kaitan dengan Power Rangers pula ni?), hadapilah memori dan situasi yang berlaku dalam kehidupan kita dengan cekal, tabah dan berani. Seperti yang pernah dikatakan oleh ketua pasukan Guts kepada Asuka dalam Movie Ultraman Tiga:

"Ultraman Tiga itu ialah unsur cahaya dan dalam setiap diri manusia ada unsur cahaya. Gunakanlah unsur cahaya tersebut dengan sebaiknya agar ianya dapat menerangi kehidupan orang kita dan orang lain"

Ayat dia lebih kurang macam itu tapi anda semua faham akan penyataan tersebut bukan? Jadi renung-renungkan dan selamat beramal. Kepada Kak Z, terima kasih banyak-banyak sebab sudi bantu saya hadapi kehidupan yang penuh dengan onak duri ini. Saya juga nak minta maaf sebab saya dah banyak susahkan Kak Z dengan masalah saya tapi saya tak pernah nak cuba dengan bersungguh-sungguh untuk mendengar masalah Kak Z walaupun akak  kata akak tak apa-apa. Semoga akak sihat selalu dan jaga diri baik-baik, jangan makan banyak sangat ubat yang akak makan dulu tu (ubat pink tak silap saya dalam blog akak dulu).

P/s 1: Banyak lagi benda sebenarnya nak tulis tapi dah tak larat.
P/s 2: Dah lama tak baca "Legasi Cinta Alisia", agak-agak bila Kak Z nak sambung tulis?

2 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Thanks Takky :')

Kak ajar English.
Nama Kak Zara? Hahaha.
Salah tu, tapi takpe. I usually don't write my real name, so Shafaza Zara is acceptable :)

Aww.
There's so much thing to say (write) but again, thanks dear.

takky said...

dh agak yg saya mesti salah eja nama akak puye....
sebab ejaan nama dekat tag nama 2 nampak lagi panjang...

pape pun tq byk2 coz sudi bace entri ini....

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...