http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, March 2, 2012

Ding, Dong.....HouseKeeping....^O^

Sebenarnya aku cadang nak tulis entri ini semalam tapi aku tidur dengan lena sampai terlupa nak tulis entri ini. Seperti mana yang telah aku janjikan pada minggu lepas, aku akan tulis cerita menarik yang berlaku pada aku sepanjang minggu ini. Perkara yang berlaku ini merupakan salah satu diantara kerja-kerja gila yang pernah aku buat sepanjang aku hidup dekat atas muka bumi ini.

HouseKeeping, satu perkataan yang selalu kita dengar apabila berada di hotel tak kira la pada waktu pagi, petang siang dan malam. Bila dengar sahaja bunyi loceng di pintu bilik hotel dan dengar orang cakap 'HouseKeeping', secara automatiknya kita tahu yang pekerja hotel hendak bersihkan bilik hotel kita (owh, panjangnya aku bagi mukadimah) =_=". Jadi, secara tak langsungnya aku telah menempuh kehidupan ini selama 3 hari bermula pada hari isnin yang lepas sehingga hari rabu iaitu semalam. Boleh dikatakan 3 hari ini merupakan hari yang banyak memberi aku pengajaran (ye ke?) dalam hidup aku. Maaflah sebab aku terlalu banyak mengarut untuk permulaan entri ini.

Aku mula kerja sebagai HouseKeeping pada hari Isnin lepas tapi bukannya kerja secara tetap. Ianya hanyalah sebagai syarat permulaan untuk mula berkerja disana. Bos jabatan aku beri 3 hari pertama sebagai tempoh percubaan kepada aku jika ingin terus berkerja disini. Katanya pekerjaan ini sangat penat, kotor dan susah apatah lagi ianya tidak sesuai dengan taraf aku yang mempunyai pendidikan diploma. Namun disebabkan aku sudah tak tahu nak buat apa dekat rumah, aku terima sahaja sebab ini hanyalah tempoh percubaan. Jika aku tak suka dengan pekerjaan ini, aku boleh berhenti bila-bila masa sahaja. Namun begitu bos aku cakap sepanjang 3 hari itu berlansung, aku tidak akan menerima sebarang gaji tetapi hanya diberi makan sahaja. Disebabkan aku sudah tak tahu apa nak buat dekat rumah (sebab dah lama mengangur), aku terima sahaja syarat yang diberi.

Tidak banyak cerita menarik yang oleh aku ceritakan pada hari pertama. Apa yang boleh aku katakan hari pertama agak membosankan dan menjengkelkan. Bukannya apa, tiap-tiap hari nak kena tukar cadar dan sarung bantal. Kalau ada tompok kotor yang kecil pun tak boleh nak guna, tension betul aku masa tu. Mujur masa tu akak yang tolong ajar aku kemas masa tu bagi sebab yang masuk akal. Tak ada la aku geram sangat masa tu tapi aku tak ada la tunjuk rasa geram tu dekat depan dia. (akhirnya keluar juga ayat tak formal aku nie)

Jadi bagi mengelakkan rasa janggal dan jengkel aku pada hari pertama, aku buat keputusan untuk aplikasikan apa yang aku buat masa dekat Langkawi dahulu iaitu rapat dengan semua orang. Untuk laksanakan misi ini, masa yang sesuai ialah pada waktu tengah hari. Waktu tu adalah aku kenal sorang dua pekerja dekat situ tapi kenal-kenal macam itu sahaja la. Akak tu hanya ajar aku cara untuk kemas katil dan bilik sahaja, bilik air pula dia yang uruskan sendiri (hahahah, selamat aku). Pada hari pertama juga aku dapat tips RM 2 daripada pelanggan sebab bersihkan bilik mereka.

Bagi aku sepanjang 3 hari aku jalani latihan dekat hotel itu, aku paling suka hari ke-2 dan ke-3 sebab orang yang jadi rakan sekerja aku sangat ramah dan mesra walaupun kadang kala kami tak paham apa yang dikatakan antara satu sama lain. Namun yang aku pasti sepanjang aku berada dibawah jagaanya, ada sahaja cerita yang kami bualkan dan kadang kala kami ketawa bukan sebab kelakar tapi tak paham apa yang dikatakan. tetapi aku sangat gembira pada hari tersebut. Rasa bosan sebab buat benda yang sama rasa kurang sedikit sebab dapat lepaskan rasa tekanan itu.

[ Ini rakan sekerja aku pada hari ke-2 dan ke-3 ]

Nama mamat nie Mosept @ Biak Kung, orang Myanmar. Semua rakan sekerja panggil dia Mosept. Aku tanya dia masa tu:

Aku: Kenapa semua orang panggil you Mosept tapi tag nama you bukan tulis Mosept? 
Mosept: Sebab itu nama saya (aku terima)
Aku: Owh, maknanya Biak Kung nama penuh you la ye?
Mosept: Ha? Apa itu nama penuh?
Aku: nama penuh itu maksudnya 'full name'....
Mosept: A ah, ye ye. Itu nama full name saya, hihihihihi....

Macam-macam yang kami ceritakan dan dia ceritakan asal usul dia. Dia datang dari Myanmar pada umur 17 tahun dan sekarang umur dia dah 19 tahun. Terkejut aku masa tu sebab aku ingat umur dia dalam lingkungan aku atau tua setahun dua. Rupa-rupanya terbalik. Sebelum ini dia pernah bekerja dekat hotel lain tapi berhenti sebab ada masalah pengurusan. Ini pun dia ada cerita yang dia bercadang nak berhenti kerja dalam akhir tahun ini sebab nak cuba cari kerja dekat Australia. Masa itu aku betul-betul kagum dengan orang asing ini sebab semangat mereka dalam cari pekerjaan tinggi. Aku pun tanya soalan lagi tapi soalan ini masih tidak dijawab sampai sekarang.

Aku; You datang Malaysia sejak umur 17 tahun, Hebatnya you nie.
Mosept: Mana ada, biasa-biasa saja.
Aku: Habis you datang sini 'parents' you tak marah ke? 'Parents' you cakap apa masa you nak datang sini?
Mosept: Parents itu apa?
Aku: Mak ayah, ibu bapa....(sambil buat muka terkejut)
Mosept : (geleng kepala)
Aku: Alahai....tak apa la, lupakan saja apa yang i cakap tadi.

Sekarang baru ingat perkataan 'papa mama, father mother'. Macam mana aku boleh lupa perkataan yang mudah macam itu sekali. Alahai tapi walauapapun sekali, banyak yang kami bualkan sepanjang 2 hari kami berkenalan. Dia juga banyak kenalkan aku dengan para pekerja yang lain. Boleh dikatakan semua pekerja dalam jabatan itu senang dengan perangai dia. Dia juga kenalkan aku dengan 'taiko' yang jaga tingkat tempat kami bertugas untuk bersihkan bilik. 'Taiko' nie sangat baik dan selalu tolong mereka terutama bila barang-barang yang diperlukan tak cukup macam sarung bantal ke, cadar ke, syampu sabun berus gigi dan macam-macam lagi la.

 [ Nie la 'Taiko' yang aku cakap tu]

Malangnya hubungan persahabatan kami hanya setakat hari ke-3 aku bekerja di situ sahaja. Aku tolak tawaran pekerjaan ini masa bos jabatan ini tanya aku sama ada nak teruskan bekerja atau tidak. Aku tolak dengan alasan aku dapat pekerjaan lain (alhamdulillah, petang tadi dapat panggilan untuk di temuduga kerja). Boleh dikatakan aku sangat gembira masa bekerja dengan dia, mungkin sebab aura dia yang positif agaknya. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab masa hari ke-2, aku kena 'jump' ke tingkat lain kerana ada kecemasan. Aku kena tolong orang yang bertugas di tingkat itu dan aku boleh berpeluh masa buat kerja padahal aku baru sahaja siapkan satu katil. Masa itu aku dapat rasakan aura yang negatif dalam bilik itu dan bila aku pandang saja orang yang bertugas dengan aku, aku rasa dunia nie gelap (ayat jangan nak propa sangat la wei)

Apapun yang aku pasti aku rasa sedih sangat masa nak tinggalkan hotel tu semalam. Selamat tak nangis tapi rasa sebak itu ada. Sepanjang aku bekerja secara percuma pada 3 hari ini memang banyak mengajar aku bahawa kerja dekat hotel nie kena sempurna demi menjaga hati pelanggan dan sesetengah daripada aspek sempurna itu membuat aku rasa jengkel dengan sempurna itu sendiri. Akhir kata aku nak kongsikan video lagu ini dengan anda semua sebab Mosept suka sangat lagu ini. Dia belajar cakap bahasa melayu daripada lagu dan aku pun ada terangkan serba sedikit perbezaan Melayu Malaysia dengan Melayu Indonesia.


P/s: Aku mula tulis entri nie dalam pukul 5 petang, sekarang baru siap taip. Semua nie gara-gara Variety Game 'Running Man' yang aku tengah tengok sekarang ini.

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...