http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, February 24, 2012

5 = Teppan Shoujo Akane


Sinopsis
Mengisahkan seorang budak 17 tahun bernama Kagura Akane yang meminati masakan teppayaki kerana dipengaruhi oleh ayahnya yang telah digelar "Chef Teppayaki Num. 1 di Jepun" oleh masyarakat di situ. Secara tidak langsung, bakat memasak teppayaki telah diwarisi oleh beliau sejak kecil lagi. Mereka sekeluarga telah menguruskan sebuah gerai kecil masakan Teppayaki yang diberi nama 'Chiyuki' (tak silap aku) atas nama ibunya sendiri. Namun setelah ibunya mati akibat sakit, ayahnya mula hilang semangat untuk memasak lalu keluar dari rumah tersebut dengan meninggalkan surat wasiat yang mengatakan beliau telah pergi mengembara ke luar. Akane yang terkejut dengan keputusan ayahnya telah membuat keputusan untuk berhenti sekolah demi menjaga gerainya dan juga menangung kos sara hidup dia. Setahun kemudian, seorang agen telah datang ke gerainya dan menyatakan bahawa ayahnya telah berhutang dengan tuan dia iaitu Cik Arena dan menjadikan gerai makanan mereka sebagai cagaran jika ayahnya gagal melunaskan hutang-hutang tersebut. Akane yang bingung dengan situasi yang berlaku telah membuat keputusan untuk menutup gerai tersebut. Namun tanpa yang disangka, seorang lelaki yang mengaku kawan kepada ayahnya, Encik Kurogane telah datang dan memberitahu bahawa ayahnya telah meninggalkan barang peninggalan kepada Akane iaitu sebuah tempat memanggang untuk memasak teppayaki yang bernama 'Ichitetsu'. Setelah mendengar penjelasan daripada Encik Kurogane, Akane membuat keputusan untuk mempertahankan gerai keluarganya dan mencabar Cik Arena. Hasil cabaran itu telah membuat juri utama pertandingan tersebut memberi Akane masa tambahan selama 3 bulan untuk membuktikan kepada beliau bahawa masakannya lebih hebat daripada ayahnya. Pada malam itu, Akane dan kawan-kawannya memikirkan rancangan bagaimana untuk memulakan pencarian ayah Akane. Tanpa disangka, sebuah bungkusan telah dihantar kepada Akane dan pengirim bungkusan tersebut datang dari ayahnya yang sedang mengembara. Bermula dari situlah pengembaraan Akane bermula. Siri memasak ini mengandungi 9 episod dan dibintangi oleh Horikita Maki (Kagura Akane), Tsukamoto Takashi (Si cermin mata Shita), Jinnai Takanori (Encik Kurogane), Katase Nana (Cik Arena).

Pandangan Aku
Agak bosan sedikit sebab dah boleh agak yang Si Kurogane tu mesti ada niat jahat terhadap Akane. Selalunya dalam cerita jepun, kalau orang yang secara tiba-tiba datang untuk berikan bantuan dan sepanjang tempoh bantuan yang diberikan ada sahaja masalah, selalunya orang yang sudi bagi bantuan tu mesti ada niat sesuatu. Jadi aku dah boleh agak yang Si Kurogane tu memang ada niat tertentu bak kata pepatah melayu - "Ada Udang di Sebalik Batu".

Sepanjang aku tonton cerita ini, aku hanya berminat dengan lakonan Katase Nana (dalam beberapa adegan sahaja) dan juga juri utama dia. Aku tak reti nak eja nama juri tu sebab panjang sangat. Dekat web yang selalu aku jadikan rujukan untuk tahu nama sebenar pelakon pun tidak dinyatakan nama juri tersebut. Dari gaya web itu, nampak sangat cerita ini tidak berapa popular. Walaupun tidak popular namun nilai-nilai oral masih ada dalam cerita ini. Aku suka lakonan Katase Nana pula sebab ada sebahagian daripada adegan dia menarik minat aku terutama masa dia jadi jahat.

Dalam 9 episod ini, aku cuma suka episod 6 dengan episod 8 sahaja. Bagi episod 6, aku suka gaya penceritaan dia. Walaupun ianya agak kekampungan sedikit namun episod inilah yang senang nak tangkap nilai moral dalam cerita ini dan lakonan nenek yang ada dalam episod itu memang sempoi. Bagi episod 8 pula, boleh dikatakan satu episod psikologi bagi aku sebab dalam episod ini, kawan baiknya iaitu Shinta telah mengkhianati dia hanya kerana ingin menyedarkan Akane bahawa hidup ini tidak boleh berharap dan bergantung kepada sesiapa pun (aku sangat-sangat terasa dengan episod ini, sabar je la). Masa pengkhianatan ini tidak lama kerana Shinta akhirnya menerangkan sebab sebenar mengapa dia lakukan sedemikian. Nak tahu apa yang berlaku dalam episod akhir? Jangan lupa saksikan Teppan Shoujo Akane nanti ye.

Rating Bintang
Aku bagi 3 bintang sahaja. Kalau boleh nak bagi lebih daripada 3 sebab aku memag minat dengan Horikita Maki terutama sekali lakonan dia dalam drama Innocent Love. Malangnya bagi cerita ini, lakonannya agak hambar dan nampak sangat yang dia sedang berlakon. Walaupun lakonan dia hambar tapi senyumannya tetap comel bak kata orang jepun "Kawaii". Entri kali ini aku tak letak video sebab aku tak tahu nak letak video apa. Lagunya pun berentak pelahan dan aku tak berapa minat. Harap maaf la ye sebab komen lebih-lebih untuk cerita ini. (~_~) ;

P/s: Aku asyik tulis entri pasal cerita yang aku tonton sahaja. Dah lama aku tak tulis cerita tentang diri aku sendiri. Tapi jangan risau sebab minggu depan ada cabaran yang sedang menanti aku. Harap aku boleh kongsikannya disini. ^O^

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...