http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Empunya Blog

-->Setelah hampir 2 tahun setengah aku libatkan diri dalam blog nie, inilah baru kali pertama aku nak buat penerangan khas tentang diri aku yang tak seberapa ini. Bukannya apa, sekarang ini aku rasa bosan yang amat sangat bila asyik buka MukaBuku dan anime sahaja. Tak ada benda lain nak buat. Buka blog pun bosan jugak tapi bosan tu terubat sebab dapat baca tentang pengalaman, pengetahuan, situasi, dan apa-apa sahaja yang dihuraikan melalui blog orang lain. Dalam masa yang sama, kalau aku rasa bosan @ geram @ bosan @ sedih @ bosan @ gembira @ bosan @ mereng @ bosan, aku boleh taip apa sahaja dekat dalam blog aku nie. Keluarga aku tak tahu yang aku ada blog, kalau tahu pun mereka tak tahu nama blog aku (setakat yang aku tahu la, tak tahu kalau mereka stalker aku). Jadi macam sekarang ini, aku sedang bosan @ mereng, sebab tu aku buat benda alah nie.

Aku pasti ada sesetengah pembaca blog ini (terutama kak neo sebagai pembaca setia) tertanya-tanya "kenapa kena panggil ko TAKKY? Awat tak letak nama betul ang?". Memandangkan saya (fuyo, skema gila ayat) masih belum bersedia untuk berdepan dengan dunia yang realiti dan sebenar ini, saya lebih selesa menggunakan nama samaran ataupun lebih dikenali sebagai nama pena saya iaitu TAKKY. Kenapa saya pilih nama itu? Salah satu sebabnya ialah kerana ini:

  [ Gambar: Aku minat dia sejak dia berlakon dalam drama Majo No Jouken ]

Nama mamat nie ialah Takizawa Hideaki atau nama panggilannya ialah Tackey. Bukan Takky tahu tapi TACKEY..Lain tahu ejaannya walaupun bunyinya hampir sama (memang sama pun, hahahahahaa). Jadi, anda semua dah tahu kenapa saya guna nama Takky bukan? Hmph, apa lagi nak tulis ye? Baru TIGA perenggan, pendek lagi nie, hmph.....

Saya sebenarnya masih lagi mencari identiti saya dalam dunia ini. Seorang yang senang BLUR bila banyak benda yang perlu dilakukan dalam waktu yang sama. Jadi saya perlukan seorang kawan atau pembantu atau apa sahaja istilah yang sesuai yang amat membantu saya bila saya BLUR sebab dia boleh tolong ingatkan saya apa yang patut saya buat pada masa tersebut. Saya juga seorang yang sukar bersosial (tapi bukan tak sosial langsung, cuma sukar sahaja), Entahlah, saya pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab tak ada duit kot. Kalau ada duit pun, nak keluar dengan siapa? Semua orang busy, dengan Family?!!! Saya tak rapat dengan keluarga saya sejak kecil lagi atas sebab-sebab yang tertentu dan sebab-sebab tersebut menyebabkan saya KURANG rapat dengan keluarga saya walaupun hati ini sebenarnya nak rapat. Jadi tolong jangan tafsir bukan-bukan bila anda semua dah baca kenyataan tadi (kebanyakkan orang melayukan suka fikir bukan-bukan, jangan nak bohong aku la sebab aku pun melayu juga).

Saya akan rasa gembira bila saya buat sesuatu kerja yang saya akan cakap "Owh, aku buat kerja gila ke apa nie?" TETAPI perkara ini hanya akan berlaku dalam keadaan spontan, saya ulangi SPONTAN. Sebab apa pun saya tak tahu, mungkin kerana saya berjaya cabar diri saya. Kalau saya berfikir dahulu perkara yang perlu saya buat itu, bermakna benda itu dah buat peratus kegembiraan saya itu berkurang sedikit. Jadi, kalau anda semua nak buat saya rasa gembira, buatlah benda tersebut tanpa pengetahuan saya macam majlis kejutan ke apa ke (hahaha, jangan berangan ok Takky) tapi yang elok-elok la. Setakat ini benda gila yang saya dah buat (dan saya gembira sebab dah buat) ialah praktikal saya di LANGKAWI dan juga saya kembara seorang diri ke poli nak ambil transkrip SAJA tanpa pengetahuan keluarga. Alasan yang tak munasabah bukan tapi itulah yang berlaku. Saya juga jenis pemalu tak bertempat, sengal-sengal ubi kayu dan senang BLUR (owh, dah tulis kat atas tadi) serta tak suka warna yang nampak kosong sahaja (sebab itu entri saya nampak colurfull) sebab saya akan rasa bosan lagi-lagi saya suka tulis panjang-panjang. Siapalah suka baca benda merepek nie bukan lagi-lagi benda merepak yang panjang lebar. Sebab itu saya akan tambah warna sikit tapi dah tetapkan warna-warna tertentu untuk bahagian-bahagian yang tertentu sahaja.

Apa lagi ye? Itulah kelemahan saya buat masa ini yang dapat saya huraikan. Dah ngantuk sebenarnya, hahahahha. Owh satu lagi perkara, saya suka tidur dan akan senang tidur bila benda yang berlaku pada saya itu suasananya dalam keadaan yang membosankan (contoh paling senang nak bagi ialah bila dalam kelas ^^; ). Sampai sini sahaja buat masa ini, nanti kalau rajin, saya tulis BAHAGIAN 2 pula.

UPDATE 3/3/2014

Azam untuk tahun ini

  1. Nak travel ke mana-mana tempat dengan kawan sebanyak 3 kali 
  2. Nak tengok hasil tulisan diterbitkan (sebab pensyarah cakap yang assignment kami akan dijilidkan)
  3. Nak cuba cari cari duit guna media sosial (tapi rasa macam mustahil je)
Tu je yang boleh update untuk masa ini.

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...