http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, March 27, 2012

Maaf Dik, Kena Ada RM 25 Juga....

Aku baru sahaja balik dari bank selepas balik kerja. Sebenar ye aku balik pukul 3 petang tapi disebabkan ada briefing yang entah pape walaupun penting dan terpaksa selesaikan semua cashiering hari ini, aku terpaksa balik pukul 4 petang. Serius sebenar ye aku nak pergi bank semalam tapi bank dah tutup masa aku balik, aku ingatkan bank tutup pukul 5 tapi rupa-rupanya bank tutup pukul 4.15 petang. Jadi lepas je balik dari kerja, aku terus berkejar ke bank dan masuk mintak borang dengan akak yang jaga kaunter pertanyaan dekat bank tu. Akak dan pengawal yang ada dekat situ pun terkejut dan senyum kambing tengok gelagat aku. Lepas dia dah tunjukkan semua bahagian-bahagian yang perlu aku isi, dia bagi borang tu dekat aku dengan pesanan:

"Kalau nak cepat isi, sila isi borang macam Formula One sebab kaunter dah nak tutup dah"

[ Gambar: Inilah bank yang aku pergi petang tadi ]

Aku pun apa lagi, isi selaju-laju yang mungkin. Aku tak tahulah kalau orang kaunter tu faham ke tak apa yang aku tulis tu. Aku pun tulis laju-laju sambil tinggalkan khazanah aku iaitu helmet motor dekat akak kaunter pertanyaan tu, mintak tolong dia jaga sekejap.Dah habis isi semua bahagian yang kena isi, aku terus berlari pergi kaunter bank, malangnya banyak kaunter yang dah tutup. Mujur ada satu je lagi kaunter yang buka sebab kaunter tu tengah layan pelanggan lagi. Aku tak pasti apa yang jadi dekat pelanggan tu tapi nampak dari gaya mereka, permohonan mereka tak berjaya. 

Akhirnya sampai giliran aku untuk bagi permohonan, aku serahkan borang yang aku isi tadi dekat akak kaunter tu dan tunggu dekat situ sambil isi mana-mana bahagian yang aku tertinggal secara tak sengaja masa isi borang tadi. Lepas dah isi dan bagi cap jari secara elektronik, dia cakap macam ini dengan aku:

Kaunter: Buat masa ini tempat nak buat kad rosak, jadi kami akan bagi buku bank (atau sentelment apa ntah dia cakap pakai internet, aku tak ingat a.k.a tak faham) dekat adik.....
Aku: Tak kisah la, janji ada. Lagi pun, mesti ada bukti guna buku bank dulu kalau kad bank tak ada....
Kaunter: Yup, jadi untuk deposit kami mintak RM 25 dulu untuk bank adik ini.
Aku: RM 25? Kejap ye....Ala kak, saya ada RM 10 je sekarang nie, tak boleh ke kalau isi RM 10 dulu? (Sambil buat muka kesian)
Kaunter: Tak boleh dik, tu dah memang prosidur kami, dalam bank mesti ada RM 25....
Aku: Kalau macam tu tak pe la tapi akak tunggu kejap taw, saya nak pergi cucuk duit kejap dekat bawah...

Aku pun pergi la cuuck duit dekat bank tu. Dalam akaun Maybank aku ada RM 21, akaun Bank Islam ada RM 26, akaun BSN pula tak boleh nak guna sebab apa aku pun tak tahu, yang pasti kad BSN aku kena tolak dari bank. Kalau nak keluarkan duit dari bank, minimum jumlah yang kena keluar ialah RM 50. Argh!!!!!!! Macam mana nie? Aku sampai terduduk masa nak keluarkan duit dekat bank masa tu. Selamat tak ada orang masa tu. Akhir ye aku pergi balik dekat akak tu dan tanya apa yang patut aku buat.

Aku: Memang kena keluarkan RM 50 ke dekat bank tu?
Kaunter Bukan, Adik kena keluarkan deposit RM 25 je.
Aku: Bukan, maksud saya bank dekat bawah tu memang kena keluarkan RM 50 ke? Saya ada RM 30 je dalam bank sekarang ini....
Kaunter: owh, memang bank keluarkan minimum Rm 50. Macam nie la dik, adik datang sini waktu Lunch Time esok, selesaikan semua urusan tengah hari esok sahaja la ye....
Aku: Hmph....tak kan tak boleh kot RM 10? Saya ada RM 10 je sekarang nie...
Kaunter: Maaf dik, kena ada RM 25 jugak. Mujur adik ada surat syarikat untuk buka akaun bank. Kalau adik tak ada surat, akak kena charge adik RM 100 untuk buka akaun nanti. Adik datang je tengah hari esok ye.
Aku; Hmph, baik.....

Argh, benci ye nak kena datang lagi. Aku baru je ingat nak bagi nombor akaun aku tu dekat HR lepas dah habis semua urusan aku dekat bank tadi tapi nampak ye semuanya tak berjalan dengan lancar. Sabar je la. Apa jadi dengan bank aku ye nanti sebab kemungkinan besar aku akan berhenti dalam hujung minggu ini sebab akan dapat kerja di Hotel dekat Times Square. Nak buka akaun sebelum ini tak sempat sebab aku kerja petang dan malam, konfem-konfem la aku belum jejak dunia realiti waktu pagi-pagi tu. Aduhai, cabaran betul aku rasa sekarang ini.

Jadi sebagai pengajaran untuk kisah aku ini, sedarlah diri anda bahawa anda perlu berada dalam dunia sebenar secepat yang mungkin. Jangan suka tangguh-tangguhkan kerja (ini memang kegemaran aku). Yang penting sekali, setiap kali nak pergi mana-mana, pastikan ada duit tunai sebanyak RM 5o paling minimum kalau nak pergi mana-mana, mana tahu kita perlukan duit tu dalam keadaan terdesak?

P/s: Hari ini aku nekad tak nak bagi adik aku masuk rumah sampai pukul 11 malam kalau boleh. Penat-penat aku sidai baju dekat belakang dari petang semalam lepas aku balik kerja sampai baju yang aku basuh malam semalam, dia tak sidai SEHELAI pun baju dekat ampaian luar. HAMPEH  TAHAP  DEWA  BETUL  LA  BUDAK  TU. Serius aku tertekan betul dengan perangai adik aku nie, satu kerja pun tak boleh harap dekat dia, makan je tahu tapi lauk-pauk tak reti nak simpan dalam peti sejuk, semuanya biar dekat atas meja makan. Argh, geram ye!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...