http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Saturday, April 7, 2012

Automatik Update Entri

Sekarang ini aku rasa susah sangat nak update entri dalam blog ini. Bila nak tulis entri, masa tu la tak ada laptop, tak ada internet, tengah kerja, macam-macam la alasan yang boleh membantutkan aku untuk tulis entri. Tapi bila semua kemudahan dah ada, masa untuk tulis entri pun ada, masa tu la aku lupa apa nak tulis dalam blog ini dengan erti kata lain aku tak ada idea untuk menulis. Ingatan aku sekarang ini sangat-sangatlah tidak kuat sebab aku cepat lupa apa yang aku nak buat. Aduhai, tension ya aku...

 [ Gambar: Masa untuk tulis tesis @ assignment lagi senang daripada nak tulis entri ]

Rabu lepas aku baru sahaja habis orentasi selaa 3 hari 2 malam. Jangan ingat sekolah sahaja yang kena ada orentasi, dah kerja pun kena orentasi juga tahu. Aku berorentasi dtempat kerja aku dari hari isnin sampai rabu yang lepas dan para pesertanya datang daripada pekerja hotel dari kuala selangor dan shah alam. Senang cerita budak-budak yang sertai orentasi ini ialah budak hotel aku iaitu budak ampang dan di sertai bersama orang kuala selangor dan juga orang shah alam. Budak hotel aku adalah dalam 7 orang termasuk aku tapi aku tak berapa rapat dengan seorang pun daripada mereka. Aku lebih banyak lepak dengan budak Kuala Selangor, nak pergi mana-mana pun aku pergi dengan mereka.

Sampai sini sahajalah aku boleh celoteh sebab aku dah tak ada idea nak menulis. Isi entri pun dah lari daripada tajuk entri yang aku nak tulis. Aku nak tulis pasal update entri blog secara automatik yang bermaksud kalau boleh, apa yang aku fikirkan terus boleh jadi satu entri. Yup, fikir saja apa yang berlaku dan berniat untuk jadikan ianya entri, automatik perkara itu akan menjadi entri kita. Tinggi betul angan-angan aku. Nak tulis entri dari telefon bimbit aku tapi tak boleh sebab telefon aku tak hebat berbanding orang lain, tambahan pula sekarang ini telefon aku selalu sahaja tak dapat kesan cip kad sim telefon aku. Argh!!!!!!!! bertambah tension lagi aku. Dah la, nanti-nanti aku sambung menulis lagi. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang....

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...