http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Monday, February 20, 2012

4 = Itazura Na Kiss


Sinopsis
Mengisahkan seorang pelajar perempuan yang bernama Aihara Kotoko dari kelas F yang meminati Irie Naoki, seorang pelajar kacak yang genius dan berbakat dalam semua aspek tak kira akademik mahupun ko-kurikulum dari kelas A sejak kali pertama Irie memberi ucapan di perhimpunan pada 2 tahun yang lalu semasa mereka berumur 15 tahun (kira masa tingkatan 3 la). Kotoko mula memberanikan diri untuk menyampaikan rasa cinta dan minat dia pada Irie semasa mereka di Tingkatan 5 dengan mengutuskan surat cinta, malangnya Irie tolak mentah-mentah surat yang Kotoko ingin bagi di hadapan semua orang di sekolah dan ianya menjadi satu berita hangat. Bagi menghilangkan perasaan sedih Kotoko, kawan-kawan sekelasnya iaitu Nakamura Kinnosuke (mencintai Kotoko sejak dulu lagi), Komori Jinko dan Hayashi Satomi (kawan baik Kotoko) buat keputusan untuk menghilangkan rasa sedih Kotoko dengan meraikan rumah baru Kotoko yang baru sahaja siap dibina oleh ayah Kotoko. Sedang mereka bergelak ketawa untuk meraikan rumah baru tersebut, tiba-tiba gempa bumi berskala 2 telah berlaku menyebabkan rumah Kotoko yang baru dibina telah runtuh. Malang sekali bagi Kotoko kerana hanya rumah dia sahaja yang runtuh dalam kawasan kejiranan tersebut dan ianya telah disiarkan di dalam berita menyebabkan satu sekolah tahu akan perkara yang berlaku. Disebabkan Kotoko dan ayahnya tiada tempat tinggal, kawan lama ayah Kotoko menawarkan mereka tinggal bersamanya buat sementara waktu. Kotoko berasa lega kerana masih ada perkara baik yang berlaku setelah rumahnya roboh dan cintanya ditolak namun semuanya hanyalah mimpi semata-mata kerana kawan lama ayahnya sebenarnya berkawan dengan ayah Irie?!!!! Ini bermakna mereka akan tinggal serumah dan pelbagai peristiwa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas mereka berkahwin. Ya, mereka berkahwin tapi banyak liku-liku cabaran yang terpaksa mereka tempuhi serta hadapi. Berapa banyak cabaran yang perlu mereka berdua hadapi, dan apakah yang menyebabkan Irie terpikat dengan Kotoko? Siri animasi romantik komedi yang mempunyai 25 episod ini dibintangi oleh Aihara Kotoko (heroin), Irie Naoki (hero), Aihara Shigeo (ayah heroin), Irie Yuki (adik hero), Nakamura Kinnosuke (pencabar hero num 1), Matsumoto Reiko (pencabar heroin) dan ramai lagi.

Pandangan Aku
Cerita yang kelakar, lawak tetapi membina semangat. Kepada pelajar-pelajar kelas belakang, jangan sesekali mengaku kalah dalam apa pun perkara yang kita mahukan (aku pun sama, fighting!). Walaupun Kotoko tidak pandai dari segi akademik, ko-kurikulum, tidak pandai buat kerja rumah tapi dia mempunyai semangat yang tinggi serta tidak pernah putus asa. Walaupun pada mulanya Irie dan adiknya tidak menyukai kemunculan Kotoko dalam kehidupan mereka, namun sedikit demi sedikit suasana tersebut berubah. Kotoko juga beruntung kerana mertua dia selalu menyokong dia dari belakang sejak Kotoko tinggal di rumah mereka. 

Cerita ini juga memberi pendedahan asas kepada aku tentang kerjaya jururawat. Apa yang perlu jururawat lakukan, peperiksaan yang perlu mereka hadapi, kesukaran yang mereka tempuhi dapat aku tahu dari sini. Kepada mereka yang ingin menjadi jururawat tetapi takut kepada darah, jangan bimbang sebab perkara tersebut dapat diselesaikan dengan latihan dan tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman (jururawat senior la jawapannya). Nak tahu bagaimana kisah permulaan Kotoko menjalani kehidupan sebagai pelajar perubatan iaitu jururawat? Aku kongsikan video episod 17 dari koleksi aku dibawah ini.

[ Aku tak jumpa video sub eng yang penuh untuk episod ini, jadi aku letak video dari koleksi aku ]

Apa pun, nilai moral yang aku dapat ambil dalam siri ini ialah jangan mudah mengaku kalah. Selain itu, kita juga harus saling bantu-membantu antara satu sama lain dan percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya (paling sesuai untuk episod terakhir, hihihihihi). Banyak lagi nilai moral yang boleh diambil dari siri ini. Boleh kata setiap episod ada nilai-nilai yang tersendiri, pandai-pandailah anda semua cari ya.

Ranking Bintang
Aku bagi 5 bintang, hahhahha tapi serius 5 bintang sebab aku ketawa tak henti-henti tonton siri ini. Waktu aku cari gambar siri ini untuk diletakkan dalam entri, aku tak sangka bahawa siri ini sebenarnya ialah daripada siri manga pada tahun 1991 dan dilakonkan semula oleh pelakon lama di TV Jepun pada tahun 1996 (boleh rujuk di sini untuk tahu kisah asal cerita ini). Walaupun sinopsis yang ditulis itu berbeza sedikit dengan animasi ini tapi aku tetap menyukainya. Jadi, kepada para peminat animasi, jangan lupasaksikan Itazura Na Kiss ye ^O^

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...