http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Saturday, January 21, 2012

Turbo Dah Sihat Kembali !!!!

Hari ini aku cuti, jadi aku buat keputusan untuk berehat dan buat kerja-kerja dekat rumah yang sudah lama bertimbun. Jadi aku pun buatlah senarai dahulu dalam kepala aku ini apa benda yang perlu aku buat untuk hari ini.....
  1. Basuh baju (lagi 1 pusingan, 2 pusingan dah siap)....
  2. Lipat baju (dalam proses, ada dekat sebelah aku sahaja ini)
  3. Basuh bilik air (malam ni agaknya, itu pun tengok kalau akak aku balik lambat baru aku basuh)
  4. Sidai baju (terpaksa sidai dalam rumah sahaja sebab hujan tiba-tiba turun, nak p angkat baju jap)
  5. Pergi betulkan basikal...(Sudah siap dibaiki padahal pam tayar je balik)
  6. Makan spegeti (tak sempat nak masak rasanya sebab benda-benda kat atas tak buat lagi)
Semua ini adalah senarai yang aku tulis petang tadi (dalam pukul 6 suku petang tadi) dan aku baru sahaja menyambung kembali ke blog ini untuk menaip perkara yang aku ingin ceritakan pada hari ini. Tambahan pula senarai yang aku buat pada petang tadi telah pun bertukar iaitu:

  1. Basuh baju (sebenarnya ada 4 pusingan, nak kena basuh lagi 1 pusingan tapi tak boleh sebab tak tahu nak sidai dekat mana nanti).
  2. Lipat baju (dah siap cuma bahagian yang dalam-dalam je tak lipat lagi, pandai-pandailah orang rumah ambil mana dorang punya)
  3. Basuh bilik air (Sinki dan mangkuk tandas siap, dinding cuma basuh separuh sahaja sebab tak larat dan lantai tak basuh pun lagi, nanti-nanti la sambung balik basuh)
  4. Sidai baju (sebahagian baju yang sidai dah basah, jadi terpaksa sidai balik dekat dalam rumah) =___=  ;
  5. Pergi betulkan basikal (sudah selamat parking di kawasan tempat letak basikal) ^O^
  6. Makan spegeti (tak ada harapan, baru je habiskan 10 biji limau sebagai makan malam hari ini.)
Jadi secara keseluruhannya, hanya basikal aku sahaja yang dapat aku selesaikan pada hari ini. Apa kaitan semua ini dengan tajuk entri aku? Mestilah ada kaitannya sebab Turbo dah sihat and he/she is my bike (aku maish tak tahu apa jantina basikal aku) >u< Sejurus sahaja aku hantar basikal aku dekat kedai basikal petang tadi, aku terus pusing-pusing dekat kawasan taman perumahan aku dengan basikal aku ini. Senak juga la perut dan kaki aku ini sebab dah lama tak bawa basikal ini. Bukannya apa, nak mengayuh basikal naik bukit betul-betul buat aku kayuh basikal dengan semangat sekali sampai mengah juga aku dibuatnya. Masa turun bukit yang paling aku suka lagi-lagi masa nak tekan break basikal. Rindu gila dengan bunyi break belakang basikal aku, memang kuat gila. Entah siapa yang pergi kacau break aku tu dulu, tak sangka sampai sekarang bunyi break tu masih kekal.

[ Ini la Turbo yang aku katakan tu, tak sangka dia masih boleh dipulihkan kembali ]

Basikal aku bukannya basikal fixie (maaf, aku tak tahu macam mana nak ejanya). Masa aku pergi dekat kedai basikal petang tadi, banyak la juga basikal-basikal yang nampak stylo bagi aku tapi bila tengok dua tiga kali, rasanya tak sesuai dengan aku sebab basikal tu slim sangat, tayar dia pun ramping dan bunga tayar dia tak kacak/cantik macam bunga tayar basikal aku. Ingatkan nak baiki basikal tu kena bayar, rupanya tokei basikal tu suruh aku pam tayar basikal tu saja dan biar beberapa minit. Dia cakap kalau dalam beberapa minit lagi tayar tu pancit maknanya tiub dalam dia dah bocor tapi kalau tak pancit maknanya tiub basikal aku tu masih elok (masa aku tulis ayat nie, aku terus periksa balik tayar basikal aku. Semua ye ok tapi tak pasal-pasal kena buang sampah dan kunci pintu pagar, alang-alang dah keluar tu tapi tak kisah la. Demi Turbo yang ku sayangi)

Tak silap aku umur basikal ini hampir sama dengan umur aku, dalam 20-an macam itu sebab basikal ini dah wujud sejak aku tinggal dekat rumah lama di Brickfield lagi. Aku pindah ke rumah baru di KL ini masa umur aku 4 @ 5 tahun, dalam tahun 1994 @ 1995. Jadi, beza umur aku dengan basikal ini tak adalah jauh sangat, itupun aku tak ingat bila kak long aku dapat basikal ini. Yang aku ingat aku dapat guna basikal ini masa aku darjah 3, aku mintak izin dekat ayah aku untuk guna basikal kak long aku sebab malas nak bersesak-sesak dalam bas sekolah plus aku tak suka pergi sekolah pada hari Jumaat masa itu sebab kena pergi awal ke sekolah dah menunggu sahaja dekat sekolah macam orang tak betul. Jangan ingat aku ponteng sembahyang Jumaat ye sebab aku mula belajar sembahyang Jumaat masa umur aku dalam darjah 4 atau darjah 3 (aku pun dah tak ingat dah) tapi yang pasti aku dah mula sembahyang Jumaat masa darjah 4 sebab aku selalu kelam-kabut nak pergi sekolah agama lepas sembahyang.

[Edit bagi nampak gambar style lama-lama tapi macam tak jadi saja?]

Dalam ramai-ramai adik-beradik aku, cuma aku seorang sahaja yang boleh naik basikal tu masa dulu selain kak long aku. Masa tu basikal tu tinggi, sama tinggi dengan bahu aku. Kakak aku yang lain (setahu aku) tak boleh nak naik basikal tu lagi-lagi akak aku yang ke-4. Masa dulu dia pernah cuba nak naik basikal tu tapi tak boleh sebab tinggi sangat, dah betulkan ketinggian tempat duduk basikal tu pun masih tak boleh nak bawak juga. Akhirnya abah beli basikal baru untuk kakak dan kami pergi ke sekolah rendah sama-sama (setahun sahaja sebab kakak lulus PTS, jadi masa aku darjah 4 dia dah darjah 6). Sekarang ini dah lain pula, tinggi basikal tu sama tinggi dengan pinggang aku sahaja. Gila kecik basikal tu, aku terpaksa mintak tokei kedai basikal tu tinggikan tempat duduk basikal tu. Tokei tu pun cakap yang basikal tu tak padan dengan aku, kecik sangat. Aku tak berani nak pandang tokei kedai tu sebab malu, jadi cuma cakap acu tak acu sahaja la.

Sekarang ini aku tak sabar pula nak pergi kerja esok. Sebab apa? Sebab aku nak pergi kerja dengan menaiki basikal. Walaupun aku pandai bawa motor dan juga kereta (kereta auto sahaja, manual kena ada co-pilot), tapi aku lebih suka berjalan kaki masa aku pergi kerja sebelum ini kecuali kalau aku dah lambat sangat nak pergi kerja ataupun mak aku tak guna kereta Atos. Buat masa ini aku selalu bawa kereta Atos pergi ke tempat kerja sebab aku dah lama tak bawa kereta. Jadi nak la juga berlatih sikit-sikit bawa kereta. Nanti berkarat pula skill bawa kereta aku ini macam berkaratnya skill nak bawa kereta manual. Jadi secara rasminya esok petang aku akan memandu basikalku ke tempat kerja, insyaAllah. Doakan semuanya berjalan dengan lancarnya. Doakan Turbo selamat menjalankan tugas beliau bermula esok. Tak sabar pula nak berdating dengan beliau ini.

[ Semoga aku dan Turbo selamat untuk bersama hingga ke akhir hayat ye ]

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...