http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, January 13, 2012

Bangsa Melayu = Bangsa Asing...

Salam semua. Tajuk aku kali ini bukan untuk mencetuskan kontroversi atau apa-apa sahaja yang bakal  membuatkan blog kesayangan aku ini dihentam oleh pihak luar tetapi aku nak menunjukkan bahawa bangsa asing juga sama seperti kita sebagai bangsa melayu. Nak tahu kenapa aku cakap tulis taip macam ini? Sila saksikan video ini dahulu....

[ Video: Aku dapat tahu pasal benda ini di 'wall' facebook aku ]

Jadi, korang rasa agak-agak apa yang aku cuba nak sampaikan? 

Awek yang lawa? Salah.....
Cakap melayu dekat Saint Pete..apa ntah nama tempat tu leh dapat diskaun? Salah....
Gile sedap suara dorang nyanyi lagu yang last-last tu....(wei, lari tajuk dah nie)

Apa yang aku cuba nak beritahu sebenarnya orang asing pun berminat nak belajar bahasa yang asing bagi mereka, sama seperti kita sebagai bangsa melayu yang berminat nak belajar bahasa yang asing bagi orang melayu. Sebelum aku taip lebih panjang lagi, aku harap korang boleh setkan dalam pemikiran korang semua bahawa ini ialah tentang BANGSA, bukan AGAMA...(nampak tak aku dah besarkan huruf tu, jangan nak cakap yang bukan-bukan ye nanti). Jadi sebelum kita masuk topik ini dengan lebih dalam lagi, aku nak mahon maaf awal-awal sebab aku guna perkataan pasar macam "korang", "dorang", "nie", dan sewaktu dengannya la senang cerita...

Macam yang korang tonton dalam video tu tadi, orang rusia nie fasih cakap dalam bahasa melayu ( + suara dorang sedap gila masa nyanyi gurindam tu). Bila tonton video nie, aku rasa bangga dan sedih. Bangga sebab orang asing pun nak belajar bahasa kita macam orang kita belajar bahasa asing, sedih pula sebab kebanyakkan orang melayu sekarang dah jarang memartabatkan bahasa mereka sendiri (termasuk aku la tu tapi kadang-kadang je). Macam aku, aku minat Jepun sebab budaya dia unik dan bangsa mereka sopan santun (bagi aku la), sama macam orang Rusia juga, mereka rasa bangsa melayu ini unik dan ada keistimewaannya yang tersendiri yang membuatkan mereka terpikat untuk belajar bahasa melayu. Jadi itulah persamaan Bangsa Melayu dengan Bangsa Asing yang aku cuba huraikan untuk kali ini. Walau apa pun, aku memang tabik dekat perempuan yang bagi pepatah "Hutang Emas Boleh Dibayar, Hutang Budi Dibawa Mati" tu.

Nak dijadikan cerita, aku pun pergi la dekat link video tu nak baca komen-komen dekat youtube tentang pendapat penonton yang dah tonton dengan video nie dan aku berminat dengan beberapa komen yang ditinggalkan oleh mereka ini antaranya:

sebab diorang belajar culture melayu sama je sebab kita belajar culture diorang. Rasa ingin tahu. Diorang rasa melayu/Malaysia hebat dan cool sebab takde culture macam tu kat negeri diorang. Kita pun atas sebab yang sama juga. Melayu hebat pun masa datuk nenek moyang kita je. Melayu sekarang dah tak boleh nak direspek.
Dan saya nak mintak maaf apa yang generasi saya dah buat kat culture melayu sekarang.
saya mengaku saya dulu waktu skolah menengah mengagung2 kan hiburan2 barat, kononnya up to date la kan, skunk saya budak U,saya rasa sangat bosan ngan budaya2 barat semua tu, n sekarang saya jatuh cinta dengan budaya saya sendiri, iaitu MELAYU, lagu2 irama asli malaysia mcm zapin , joget melayu, inang semua tinggi nilai seninya, daripada bershuffle, baik kita tengok mcm2 tarian melayu, ada nilai kesenian yg sangat tinggi..kita sebagai generasi muda patut jaga warisan kita..=D
dlm senario ini.. ya memang kita rasa x wajar, sebab masing2 mempelajari dan mengenali bangsa lain.. dlm hal ni.. kita kene sedar... mereka turut belajar pepatah melayu.. malah lagu klasik (tuai padi) pun mereka hafal serta tepat ritma nya.. jadi saya rasa agak logik kenapa tajuk video ni camnie
org melayu sendiri ade fail paper bahasa melayu... nak kena hantar pi russia la dorg nie..hahaha...
`kalau baca srt khabar hari ni, suami kpd puteri sultan salahuddin abdl aziz shah, seorg warga perancis kata dia sgt pelik bila tgk ramai remaja melayu gila dgn macarons (pastri dari perancis), padahal katanya apam blk lebih sdp drpd macarons. warga2 yg asyik menyanjung budaya lain ni sebenarnya tak sdr, budaya kita yg dipndg tggi oleh org barat.
like d fact they even made d video.but c'mon~ dokumentari kot..jgn la cmpur ngn statement 'melayu-org putih..'.normal kot mnusie ni minat bnde lain~ so mlyu suke shuffle,org putih suke zapin..Y sarcastic on the 'melyu shuffle' part...n bangga with 'org putih-zapin part'?... its x about 'kehebatan'..its what we called culture lah..they luv to learn it...so?..we learn other languages also..so they learn bhs mlyu..duhh?treat this documentary as 'documentary'..not to express thought on what race u r
juliaajuliette 3 months ago
orang menyelami bahasa kita, kita menyelami bahasa orang lain. bukan kah itu sesuatu yang menarik ? kite sibuk sibuk nak jadi orang putih, orang putih sibuk nak jadi orang melayu. bagi saya ini adalah suatu pengalaman. kalau mereka sahaja yang menyelami dunia kita tapi kita hanya duduk di dunia kita sahaja, rugi lah kita. banyak mereka tahu pasal kita tapi kite terlalu membanggakan bahasa kita sampai bahasa lain kita tak kuasai. jadi bagi saya, ini bukanlah sesuatu yang dibanggakan dan baru.
syafiqisfree 7 months ago
Dan macam-macam lagi komen yang buat aku ketawa, angguk-angguk geleng-geleng, senyum sebab karenah manusia, ada pelbagai pendapat dan pandangan (sampai ada yang bergaduh-gaduh dalam komen tu aku baca, tu pun aku baca sekali imbas je...tak larat nak baca semua). Jadi, apa pula pendapat korang? Kalau boleh bagi la pendapat yang bernas dan positif serta yang membuat kita terfikir "Owh, macam tu rupanya:....
 
P/s: Untung ye la bro ariff sebab selalu jumpa awek Rusia...c(;

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...