http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Monday, January 9, 2012

1 = Ryusei No Kizuna


Sinopsis
Berdasarkan novel yang popular dengan nama yang sama, Ryusei no Kizuna menceritakan kisah tiga orang anak yatim, dimana ibubapa mereka telah dibunuh semasa mereka masih kecil lagi ketika mereka curi-curi keluar untuk melihat tahi bintang yang bernama Leonard (tak silap aku). Mereka bersumpah atas nama bintang tersebut yang mereka akan membalas dendam untuk ibubapa mereka suatu hari nanti. Selepas 14 tahun berlalu, kedua-dua beradik iaitu Ariake Taisuke (lakonan Nishikido Ryu) dan Ariake Kyochi (lakonan Ninomiya Kazunari) terjumpa pembunuh, tersebut dan bersedia untuk menjalankan rancangan mereka untuk membalas dendam. Malangnya mereka lupa yang mereka sudah buat satu kesilapan yang agak serius dimana adik perempuan mereka iaitu Ariake Shizuna (lakonan Toda Erika) bercinta dengan anak pembunuh tersebut tanpa dia sedar setelah lama berlakon sebagai kekasih. Dari situ bermulanya episod dimana cinta terpaksa diputarbelitkan, realiti ialah fantasi dan kebenaran yang sebenarnya bukanlah seperti yang disangkakan. Dan yang paling penting sekali, si anak pembunuh itu bersatu dengan mereka bertiga kerana ingin tahu perkara yang sebenar. Dapatkah mereka merungkaikan misteri pembunuhan hampir 15 tahun yang lalu? Apa yang terjadi kepada 3 beradik tersebut dan berjayakah cinta antara si perempuan dan anak pembunuh tersebut? Semuanya dapat anda saksikan dalam drama Ryusei no Kizuna ini...

Pandangan Aku
Awesome dan hebat. Pada mulanya aku ingat dia macam cerita kes pembunuhan dan penyiasatan yang lain tapi tak. Sebabnya pembunuhnya yang sebenar ialah orang lain, dan kalau nak tahu siapa yang membunuh ibubapa budak-budak tu, anda semua tonton sahajalah nanti cerita ini. Apa yang buat aku kagum dengan cerita ini ialah mereka tak banyak melatah bila tahu yang ibubapa mereka kena bunuh terutama si along. Along ini cuba kawal emosi dia sebab tak mahu adik-adik dia sedih dan meratap-ratap bagai nak rak atas pemergian orang tua mereka. Dia juga cakap kat adik-adik dia yang mereka semua mesti tuntut kematian orang tua mereka sebelum kes itu ditutup.

Kalau dekat Jepun (Malaysia aku tak tahu, maafla ye), selagi kes itu belum masuk tahun yang ke -15 ianya masih boleh dikemukakan ataupun dibuka semula di mahkamah. Jadi si along ini yang memainkan peranan sebagai pengamal (sebenarnya masih belajar lagi budak ini) undang-undang  yang tak bertauliah. Sebab apa dia tak masuk kelas peguam, aku pun tak tahu. Mungkin kerana nak tanggung adik-adik dia yang lain kot secara RAHSIA. Satu lagi benda yang aku baru tahu pasal Jepun (dalam cerita ni la, tak tahu betul ke tak dalam realiti), bila anak-anak yatim nie dah pergi ke rumah anak yatim selalunya hubungan adik-beradik akan terputus dan ambil masa yang lama la juga untuk mereka berhubung kembali. Itupun KALAU mereka nak berhubung antara satu sama lain, kalau tidak tak berhubung la mereka. Kemungkinan besar anak-anak yatim nie boleh tak tahu yang mereka nie ada adik beradik dalam dunia nie ke tidak.

Si along yang memainkan watak sebagai pengarah dalam keluarga ini manakala angah dengan yang bongsu nie pula memainkan peranan sebagai pelakon dalam kehidupan mereka. Semuanya bermula dari si bongsu nie mintak tolong dekat abang-abang dia lepas dia kena bunag kerja. Yola kan, dah kata adik perempuan...bongsu pula tu, mestilah abang-abangnya jaga elok-elok. Jadi si along nie cakap la yang si bongsu nie kena tipu sebenarnya dan bla3 sampai si angah tanya pendapat dan cara nak kebas balik duit si bongsu nie semula dekat along nie. Jadi dari situlah bermulanya adegan tipu menipu duit orang. Pada mulanya mereka bertiga nie tipu duit orang tapi tak sangka yang adegan tipu menipu tu membawa mereka bertembung kembali dengan si pembunuh tu. Macam mana mereka kenal pembunuh tu, korang tonton la sendiri sebab aku dah mula perasan yang cara cerita aku dah lain macam dan nak spoilkan cerita yang hebat ini.

Drama ini ada 10 episod dan lagu dia pun sedap-sedap. Memandangkan ini ialah kali pertama review drama yang aku buat, mungkin inilah yang dapat aku berikan buat masa ini. Nak cari preview cerita ini pun agak sukar sikit sebab pemilik video itu dah keluarkan video itu dari youtube. Jadi aku terpaksalah cari seelok mungkin untuk letak video dalam nie. Harap review ini dapat membantu sedikit sebanyak  untuk mereka yang berminat untuk melihat drama Jepun tonton drama ini. Semoga terhibur.

[ Video: Ini bukan suara asal penyanyi yang nyanyi lagu ini tapi boleh tahan juga suara budak itu, Yang videonya memang betul sebab ianya sebahagian dari cerita tersebut ]

Rating Bintang
4/5 sebabnya aku tak dapat nak cari preview video yang sesuai, jadi 1 lagi bintang hilang free2 macam itu saja (boleh plak macam tu kan, sepak kang baru tahu)

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...