http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Thursday, January 5, 2012

Memang Patut Aku Berjauhan Dari Keluarga....

Sebelum korang mengata lebih2 pasal tajuk aku kali ini, biar aku umukan dahulu bahawa ini tulisan budak hingusan (walaupun hakikatnya umur aku dah masuk 20-an) dan pastikan korang dah baca entry ini "Adakah Kehilangan Itu Perlu Untuk Memajukan Diri????" sebelum mengata yang aku ini tak tahu bersyukur la, budak tak kenang budi la dan sewaktu dengannya walaupun aku tak tahu pukul berapa yang bersesuaian dengan kenyataan "yang sewaktu dengannya" itu....

Kenapa aku cakap aku memang patut berjauhan dari keluarga aku? Sebab masa tu la baru aku akan rasa menyesal dan rasa apa yang keluarga aku cakap dan buat tu ada benarnya. Segala nasihat yang mereka berikan selama ini patut aku ikut dan bukannya buat endah tak endah sahaja. Malangnya aku ini jenis yang rasa selamat bila berada dengan keluarga aku, jadi aku malas nak ikut nasihat mereka sebab aku tahu nanti mereka akan tolong punya (terukkan perangai aku). Ayah aku selalu cakap

"Orang cakap tu lain kali buat, ni nanti abah mama dah mati siapa nak jaga Takky? Nak suruh adik jaga....Awak tu dah la selalu tak sihat, suruh buat rengangan badan sikit pun malas, nanti bla3.....bla..."

 [ Gambar: Masih bersembunyi dalam kegelapan walaupun banyak sumber cahaya berada di persekitaran ]

Siapa yang suka dileter macam tu? Aku pasti tak ada sorang pun yang suka dileter macam tu lagi2 bila kita balik dari kerja dan nak mengadu manja2 yang badan2 ini rasa sengal2 badan (ye aku gedik, so what?) Tapi itulah hakikatnya, kita tak suka dileter tapi apa yang dikatakan tu sebenarnya untuk kebaikkan kita semua. Apa yang ibu bapa aku pernah katakan pada aku sebelum ini selalu aku katakan kembali pada kawan2 aku bila kawan aku lakukan perkara yang sama aku lakukan sebelum ini n its weird right? Kita masih gunakan nasihat orang tua kita untuk kebaikan orang lain padahal sebelum ini kita rasa meluat saja bila dengarnya. Itulah hakikatnya.

Kita hanya akan ikut apa yang pernah dikatakan oleh ibubapa kita bila kita keseorangan, bila kita kesunyian, bila kita kesepian. Masa itu, barulah kita sedar yang apa yang dikatakan oleh ibubapa kita itu ada benarnya. Tapi seperti yang aku katakan dalam link entry yang aku letakkan di permulaan cerita aku sebentar tadi, semuanya hanya akan terjadi BILA kita kehilangan sesuatu tak kira sama ada kita kehilangannya dalam jangka masa yang sekejap atau pun dalam jangka masa yang lama.Dah la, cukup sampai sini. Aku rasa tak ada maknanya aku terus menulis lagi sebab kehilangan itu hanya bersifat sementara dan ini bermakna keinsafan itu juga hanya bersifat sementara sahaja. Kan aku ini budak pelik, buat benda yang aku suka masa orang tak ada dan aku tak suka orang lain tengok benda yang aku buat termasuk orang lain tengok aku ini dahsolat ke tidak.

Ya, aku mengaku aku selalu lambat solat dan kadang kala aku tinggal solat. Namun aku rasa solat aku semacam bila aku cakap dekat keluarga aku yang aku nak pergi solat berbanding dengan solat aku masa dekat tempat kerja. Aku tak tahu apa perasaan itu tapi yang pasti perasaan solat aku itu berlainan dan aku tak dapat huraikannya. Bukan nak membuka pekung di dada tapi mungkin (ya, ianya hanyalah kemungkinan) inilah sebahagian perkara yang membelenggu anak2 muda sekarang malas solat? Hanya anda sahaja yang dapat fikirkannya.

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...