3 Januari 2012 pada pukul 1.21 pagi...(janggal pulak menaip pakai PC rumah, gelap2 pula 2), orang lain dok sibuk tulis dekat facebook dan blog pasal azam baru dan tahun baru....alahai korang, tak de benda lain nak tulis ke?.......
Asal tahun baru je sibuk nak cakap azam baru, tahun baru azam baru...
Entah azam lama kau tu dah tertunai ke belum aku pun tak tahu....
Hai?! kau punya azam untuk kau punya tahun, tak kan kau nak tanya aku kot?
Bagi sebijik karang baru tahu....
Eh, apa nie? Apa nie!!!!!!!!!
DUSH, DUSH, DUSH!!!!!!!!!!!!!
Maaf atas kekasaran yang penulis sebelum ini menulis, saya sebagai penulis asal meminta maaf atas kesulitan yang berlaku (manis pulak air yang aku buat nie, kejap ye)....
Hampeh puya olang, berani dia debik aku......
Tak kira, aku nak menyibuk jugak taip kat entry umtuk kali ini....
Kalau korang semua nak tahu, dia baru je keluar hospital hari jumaat lepas sebab buat rawatan radioiodine tu. Jadi sepanjang 4 hari nie dia tak ada dekat rumah sampai la hari jumaat lepas. Ini pun dia baru buka blog dia sebab dah lama tak baca blog orang katanya...(ok aku tipu, dia bukak blog semalam tapi tak sempat nak baca semua entry dari bloger yang dia minat). Jadi hari nie dia nak sambung balik baca semua entry yang tertinggal....mana taknya, dari pagi dok macam gambar bawah nie je....
[ Sumber gambar dari Facebook tapi aku lupa macam mana nak buat link ]
PANG PUNG PENG PONG PIIIIIINGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!
Maaf atas gangguan yang berlaku sebentar tadi, hihihiihihihii. Maafla kalau apa yang si pulan tulis tu merepek, nak padam malas pulak. Jadi aku akan akan edit sikit2 mana yang perlu (boleh pula macam tu, suka la tu...suka la tu). Macam yang si pulan taip tadi, aku baru je keluar dari hospital sebab buat rawatan susulan dan alhamdulillah hasilnya makin baik daripada sebelum ini. Namun begitu, walaupun hasilnya baik tapi seperti yang korang semua dah nampak gambar yang si pulan tu letak, itulah diri aku yang sebenar bila berada di waktu pagi. Aku dah tak boleh nak bezakan bila waktu pagi dan bila waktu malam. Mata aku senang je kuyu bila waktu pagi dah segar bugar pada waktu malam.
Nie semua gara2 duduk dekat hospital lama sangat, tak buat apa2. Asyik makan, makan, makan, tengok drama jepun...(owh, aku bawak laptop ke hospital sebab tak nak mati kebosanan). jadi aku ada tulis satu entry khas tentang hari pertama aku masa dekat sana. InsyaAllah kalau ada masa nanti aku taip balik masuk dalam blog ini. Bila aku baca balik tajuk entry ini, menarik jugak ye? HIihihhhiihi, korang semua dah tanam azam baru ke? Aku? Anggur yang aku tanam pun tak terjual-jual lagi, nie nak tanam azam baru. Korang nie wat lawak saja la.
Tapikan esok aku berazam nak cari kerja dan dapat kerja, at least dapatlah aku bekerja selama sebulan lebih sebelum keputusan UITM keluar. Dengar cerita bulan Feb nie masuk tapi akak aku cakap masuk bulan Mac, tak tahu mana satu yang betul. Tak kisah la janji nak kerja. Badan aku dah naik mendadak nie, mujur seluar semua muat lagi tapi perut tu tak boleh nak cover sangat. Risau pulak aku. Harap esok aku dapat cari kerja. Ok la, sampai sini dulu...tengah tak tahu nak tulis apa2 buat masa nie. Masa ada benda nak tulis, masa tu pula malas nak menaip. Teruk betul perangai aku nie...Wasalam semua....^O^
FYI:
- Adegan di atas hanyalah rekaan semata-mata, saja je nak buat kelainan sebab tahun baru...mestilah intro pun kena baru kan? (ok, aku cover line lagi)
- Jelez dengan kak neo, cerita pasal ink tumpah pun dia boleh jadikan dalam bentuk entry...kan bagus kalau aku pun macam tu, mesti blog aku tak berhabuk....(ceh alasan, cakap je la kau tu malas nak menaip takky oit...punya banyak info kau nak tulis tapi malas nak taip, mana perut tak naik).... ~___~ ;
- Dari dulu aku ingat nak tulis review pasal semua drama2 jepun atau cerita2 yang aku dah tengok masuk dalam blog nie tapi tak buat2 jugak...bila la agaknya nak start ye?
- Aku baru je edit sikit latar belakang blog, saje je tetiba gatal tangan nak tukar...ok tak dan senang baca tak? Bagi aku senang tapi bagi korang?
No comments:
Post a Comment