http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Saturday, December 17, 2011

Praktikal Tak Sama Dengan Membaca.....

Pagi tadi aku baru sahaja selesai temuduga di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam. Bahang temuduga tu baru saja reda lepas zohor tadi. Kalau sampai malam tak reda2, tak tahu la aku nak buat apa nanti. Apa yang aku nak sampaikan perasaan aku sepanjang proses temuduga itu cuma ini sahaja....

[ Gambar: Situasi yang sama walaupun subjek yang berbeza tapi bukan untuk exam bertulis ]

Kau belajarlah sekuat mana pun, buka itu buka ini, baca sana baca sini, kursus sana kursus ini. Kalau kau tak biasa praktikkan apa yang kau belajar, semuanya HAMPEH....aku ulangi HAMPEH!!!!!!!!!!! (masih dalam mood geram + moyok = ??? )

Apa yang aku nak ceritakan disini ialah pengalaman pertama aku masa temuduga. Seperti yang korang-korang dan korang tahu, bila kita nak pergi temuduga pasti kita akan cuba selidik kalau ada orang dalam dekat situ yang boleh beri sedikit informasi. Jadi aku gunakan kesempatan ini memandangkan kawan aku ada seorang yang belajar dalam jurusan itu. Dengan semangatnya aku pun buzz (guna lagi ke istilah nie?) chating FB dia dan tanya persediaan untuk hadapi temuduga selain daripada senarai yang pihak mereka berikan melalui aplikasi internet. dan maklumat yang dia bagi cuma.....

"Kau baca saja apa-apa tentang ISU SEMASA"

Masa itu aku fikir, "betul jugak, dalam mana-mana temuduga pun mesti dia akan tanya pasal isu semasa. Nak tahu sama ada kita nie selalu ambik tahu hal-hal semasa atau tidak". Jadi malam tu aku pun rajinlah online surat khabar elektronik macam Berita Harian, Utusan Malaysia, mStar online, Portal Berita Negeri Sembilan, Kosmo serta artikel-artikel mengenai pengacara yang mengacara program-program pelancongan. Satu minggu ini aku banyak habiskan masa dengan membaca (bagus kan? ;P )  untuk mengetahui isu-isu yang berlaku. Aku minat ke tak minat ke tentang isu yang diperkatakan, aku tetap bacanya gara-gara temuduga punya pasal. Aku juga ambil tahu perkara-perkara yang berlaku di sekitar kawasan aku macam banjir dan hujan lebat yang kerap berlaku dalam minggu ini.

Jadi secara rasminya, aku pun memulakan langkah untuk menjalani temuduga pada pagi itu. Sampai sana, aku tengok ramai juga pelajar yang hebat-hebat belaka. Majoriti pelajar yang ada dekat situ ialah bekas pelajar dari UiTM Melaka. Masa tu keyakinan aku dah menurun sikit. Mujur ada seorang makcik nie (aku terus panggil dia aunty bila dia bahasakan diri dia aunty, dalam masa yang sama aku boleh berlatih cakap inggeris walau satu perkataan pun) cakap jangan pandang orang lain sangat. Yakin dengan diri sendiri dan masa tu dia pun cerita serba sedikit pengalaman dia masa mengajar. Aku lebih banyak berborak dengan makcik tu berbanding suami dan anak dia (bila fikir balik, aku mudah berbual dengan wanita yang sudah berkeluarga o_0 ? ), jadi mas itu adalah sikit tips-tips yang aku minta dari makcik itu.

Masa untuk ambil giliran pun bermula, aku dapat panel yang ke-? dan nombor giliran yang ke ? (nombor dirahsiakan, hihihihih). Mula-mula aku kena jawab soalan bertulis dulu. Memandangkan soalan yang ditanya adalah soalan yang memang aku dah agak, jadi rasanya tak ada masalah cuma aku kena tulis dalam inggeris. Aku juga ada masukkan info yang aku baca dari artikel-artikel yang aku baca sepanjang minggu ini. Habis jawab soalan bertulis, kami semua kena tunggu giliran dan sampailah giliran aku bila nombor aku disebut. Masa itu aku dah cuak sikit. Kalau sebelum ini, aku akan berpeluh setiap kali berdepan dengan orang terutama masa pembentangan dalam kelas. Jadi aku risau sangat, manalah tahu tetiba aku berpeluh sakan dalam tu (panjang la pula aku celoteh). Ada 2 orang panel masa temuduga tu, seorang lelaki dan seorang perempuan. Aku lebih suka kalau perempuan tu yang soal aku sebab muka dia nampak sejuk sikit berbanding lelaki tu tapi nampaknya impian tak jadi kenyataan. Dia lebih kepada pembantu kepada lelaki tu.

 [ Rehat dulu ye baca, layan gambar hos popular dalam industri pelancongan masa kini yang aku masukkan dalam jawapan ujian bertulis aku. Dari kiri: Hendry Golding, Farah Diana @ Farah AF2 dan Qi a.k.a Qushairi Mohammed Razali ]

Bermulalah sesi soal menyoal dalam tu. Lelaki tu tanya soalan mengalahkan meriam dan perluru berpandu (bagi aku) dan aku cuma jawab dalam 30 - 40% sahaja dari soalan yang dia bagi untuk permulaan tu. Lepas tu aku pun merepek la jawab apa yang dia tanya dalam bahasa inggeris. Sampai je kat bahagian ISU SEMASA (highlight sikit...), aku dah "ha? Isu semasa, hmph.....Tentang Istana Negara yang baru berpindah ke Jalan Duta (nie cerita lama lor)....bla3 dan pasal gaji baru pekerja (apa aku nak merepek pasal benda nie?)" Lepas tu dia tanya pasal nama agong baru, nama bini PM dengan nama Menteri Pendidikan. Aku cuma jawab:

Aku: Sorry sir, I just know their nickname (shortform sebenarye) only. I forgot their full name.
TD: Is ok, just say it, who is the new agong?
Aku: YDPA Sultan ......hpmh...
TD: Ha, apa yang hmph ye?
Aku: Tak silap Halim kot....
TD: Halim tu his grandfather name, not his name...(sambil buat muka jahat)
Aku: YDPA Sultan.....Sultan Kedah. He is agong numbor 14th now.
TD: Ok la...who is our First Lady?
Aku: Rosmah....
TD: Rosmah what?
Aku: Rosmah....Mansor....eh, Mas....? Ha, Rosmah Mansor...
TD: Ye ke? ( buat muka lagi = n =" ) Bukan rosmah mdnor?
Aku: Eh, nooooo....Rosmah Mansor if i not mistake...
TD: Gelaran dia?
Aku: Ha? Datin.....hihihhihi
TD: Ok la, last one....siapa nama menteri pelajaran?
Aku: (Argh sudah, time aku tahu nama pula la time tu orang tu dah pencen. Sekarang bukan Hisyamuddin lagi, siapa ek?)
TD: Ha, siapa?
Aku: Sorry sir, i could not answer it. I forgot, huhuuhuuhhu (dengan muka sengih tunduk dan tak bersalah)
TD: Tak pe la, boleh keluar sekarang.
Aku: Terima kasih encik....(berlalu dengan sijil-sijil aku yang mereka tengok tadi sambil buat muka kesal + geram)

Bila aku dah keluar dari bilik tu....Ahhhhhhhhhhhhh sudah, waktu-waktu macam nie la baru datang idea apa itu :
  • Isu Semasa terkini = Banjir, jalan dekat Kuantan yang rosak sebab gempa bumi (tak silap lor), budak Dublin yang hilang tahun 2009 tu dah dijumpai kahwin dengan "pasangannya" itu.....argh, geram!!!!
  • Nama Sultan Kedah tu memang Sultan Halim, cuma sebelum perkataan Halim tu ada lagi satu perkataan....
  • Nama Rosmah ialah Datin Seri Rosmah Mansor....(selamat tak cakap Rosmah Mat aris....eh! Itu Rosnah Mat Aris si pelakon tu...) ~_____~ ;
  • Sepatutnya bila temuduga, tak boleh mengeluh atau keluar bunyi "hmph"....
  • Bila dah habis di temuduga, kita kena tanya dia balik apa ciri-ciri pelajar yang dia cari....bila kita boleh tahu jawapan sama ada kita diterima atau tidak dan sebagainya...tap aku tanya dekat orang yang jaga pintu masa temuduga itu pula....orang tu pun macam agak-agak je nak jawab....
Jadi pengajaran untuk aku hari ini, belajarlah banyak mana pun, bacalah banyak mana pun, berjagalah banyak mana pun untuk ulang kaji, kalau tak buat latihan dan praktis tak ada guna juga. Semuanya HAMPEH.....sekarang ini kita cuma boleh berdoa dan tawakal sahaja. Usaha dah buat dan hasilnya macam yang aku cerita dekat atas. Sekarang tinggal doa dan tawakal.....

2 comments:

Hanny Piece said...

hye
firstly.. cantek blog..nice...
ohowow... rajen gler siap baca sminggu sbelum ag..
jadi, conclusion, dapat x kos niyh??
ermm..
yang niyh under uitm, so if fail interview niyh agak2 boleh x dapat kos lain under uitm jugak????

takky said...

hye.....
firstly thankz cik hanny piece atas pujian anda pada blog ini....
tapi pape pun blog saya nie biase2 je....

2ndly...
saya x dpt pun kos nie sebab interview x lulus....
wat masa nie saya sedang blaja di UMT under kos pelancongan....
abis bulan 6 nie maka tinggal setahun sahaja lagi untuk saya belajar....

3rdly, mengenai boleh dapat kos lain atau x jika gagal interview tu...
law ikut pemahaman saya, law fail kos 2 maka fail la masuk u tersebut....
melainkan anda mmg ada mohon kos2 lain semasa memohon di website UPU...
itu pun bergantung pada nasib n budi bicara u yang anda pilih tu....

itu sahaja yang saya dapat bantu buat masa ini...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...