http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, December 13, 2011

Langkah Ke-3 Bermula Sekarang!!!!! ^O^

Pagi ini aku bangun awal, lebih awal daripada biasa. Tujuan asal bangun sebab badan rasa sakit sikit (mungkin posisi tidur salah barangkali) lalu aku betulkan apa yang patut. Kaki menuju ke bilik air dan melunaskan hajat yang ingin disampaikan....(ush, lega)

Kaki menuju ke katil kembali dengan niat dihati mahu kembali bersenggama bersama katil semula. Namun niat terhenti bila melihat cahaya telefon bimbit berkelip-kelip. Ku baca pesanan ringkas yang diterima....

Satu daripada kakak aku....

" Amek dh....xde mse nk shoppg"

Pesanan yang beliau balas merujuk kepada pesanan yang aku berikan malam semalam kepadanya. Ku baca lagi satu pesanan ringkas yang diterima dan ianya dari 15888, (services apa lagi yang benda merepek ni hantar pagi2 nie?) itu yang terlintas di dalam hati dan otak aku yang masih mamai....

Ku buka dan....

" Rm0.00 UITM: Semakan panggilan temu duga bagi program Ijazah Sarjana Muda. Sila layari - - - - - - - . Terima Kasih "

Mata terbukang luas ( ke terbentang luas? ), Biar betul ? Kaki segera berlari ke ruang tamu, menuju komputer ribaku yang terletak di situ. Segera ku buka capaian internet dan web yang sepatutnya. Masukkan nombor kad pengenalan. (Lama la pulak....) Hati berdebar-debar, dapat ke tak....dapat ke tak....dapat ke tak nie??????


Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Biar betul nie??????????????????


Ya Allah, syukran jazilan ya Allah....syukran2!!!!!!!! (cakap pelan2, tak nak kecoh2 lagi). Cetak apa yang patut dulu macam yang tentera pada arahan di skrin. Beritahu abah yang sabtu nie nak mintak tolong dia hantarkan aku ke sana dan terus naik atas bilik. Sampai je dalam bilik.....

Yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee, dapat.....dapat....(sambil menari-nari dan sewaktu dengannya)  Doakan aku berjaya dalam temu duga itu nantinya wahai pembaca2 yang terbaca mahupun tersinggah blog picisan ini. Hihihihihihiihhiihihiihiihihihhihiihihihihiihihihi >u<

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...