[ sambungan dari part 6 ]
Hari Kelapan (24 Jan 2014)
Pagi tu dalam pukul 8 tak silap, aku tunggu kawan-kawan aku dekat depan kawasan kedai taman perumahan akak aku. Adalah juga tunggu dalam 30min - 1jam tak silap aku, aku pun tak ingat tapi memang lama la jugak aku tunggu. Bila mereka dah sampai, kami pun bertolak ke Legoland. Masa tu kawan aku si Fit ni ajak kawan dia lagi seorang ikut a.k.a merangkap driver kami senang cerita. Sebelum kami sampai ke Legoland, kami singgah sekejap dekat satu kawasan nie jumpa kawan sekolah Fit sebab nak pinjam dia punya pas kerja sebab nak dapat harga diskaun punya pasal bila masuk sana nanti.
Sampai dekat sana, kawan-kawan aku bergambar sekejap depan pintu masuk dia sementara aku pergi ke kaunter nak tebus tiket percuma yang aku dapat dari kawan poli aku. Kami dapat 4 tiket masuk percuma ke Legoland, manakala Fit pula beli 1 lagi tiket untuk driver kami dengan harga RM50 je masa tu dengan guna pas kerja kawan dia tu. Kami cuma masuk ke bahagian taman tema dia sahaja sebab tiket percuma tu merangkumi bahagian taman tema sahaja.
Bertebaranlah kami masa tu bila masuk ke sana dan ambil masa lebih 3 atau 4 jam dalam tu untuk main semua permainan yang ada. Disebabkan entri ni dah terlalu lama, jadi aku cuma boleh terangkan melalui gambar sahaja. Hihihihihii (untung gak cerita lambat-lambat, biar gambar sahaja berbicara)
Ni harga awal tahun 2014 punya
Dapat 4 tiket FOC dan 1 tiket diskaun sebab ada pas pekerja Legoland
Ambik gambar dulu sebelum mulakan penjelajahan
1st time naik roller coaster, gelagat aku pun sama je macam dorang dan kaki aku masih menggigil masa nie. Masa tu ada 2 budak foreigner kat depan aku, semangat gila budak tu naik benda nie, tak pasal-pasal kami kena follow budak tu pusing 2-3 kali. Mujur dapat pujuk staf yang jaga kawasan tu bagi kami turun dulu, tapi kawan aku yang perempuan tak dapat pujuk. Jadi dorang kena naik benda nie lagi banyak dari yang laki naik. Hahahahahaa
bergambar depan nie, tak ingat buat apa masa nie.
Yang ni pula, baru tahu ada lagi roller coaster yang lagi advance dari tadi. Jadi kami cuma ambil gambar dekat sini dan cuci mata. Kawan aku yang 1 orang tu berebut laki, aku pula berangan nak jadi pak guard. Hiihihihihihi
Naik kereta api pusing satu Legoland area mini architecture and building mereka
Salah satu dari mini architecture and building Legoland which is kapal lanun. Masa kawan aku 2 orang nie tengah tangkap gambar, aku tekan satu suis dekat area sini. Suis tu akan tembak air ibarat kapal perang tembak meriam. Kawan aku baju ungu tu jadi mangsa aku, tergelak kami semua masa tu dan aku kena kejar dengan si baju ungu tu.
Yang ini pula ada kawasan untuk main air sikit, mulanya kami semua takut-takut la juga sebab main roller coaster tadi tapi tekad nak naik jugak. Alhamdulillah syok naik nie, habis basah lenjun pakaian kami. Jadi kami pergi mesin kering badan macam yang gambar belah kanan tu dan keringkan pakaian kami. Kena bayar RM10 untuk sekali guna kalau tak silap.
Lets beat this death star.
Soal selidik lepas dah habis pusing satu Legoland, good technology dan rasanya boleh diaplikasikan dekat semua kawasan-kawasan pelancongan.
Habis dah pusing satu Legoland.
Dalam banyak-banyak tempat yang kami masuk dalam nie, paling bagi aku ialah kawasan teater 4D dia. memang gempak bagi kami dapat rasa suasana dalam tu secara langsung lagi-lagi masa scene angin kuat dan salji turun. Tangan semua nak capai salji tapi tak ada apa-apa pun. Tu yang paling menarik bagi kami. Dalam tu juga ada disediakan surau untuk yang muslim solat, bersih tempatnya dan luas.
Lepas dah habis pusing semua dan dah keluar dari situ, kami pergi ke KFC depan situ untuk makan tengah hari + malam sekali. Lapar punya pasal, mulanya aku ajak kawan aku tu makan dekat dalam Legoland alang-alang dah ada pas pekerja tapi semua buat tak tahu. Jadi just follow the flow je lor. Lepas makan, bayar tiket parking kereta (masa nie lupa yang boleh guna pas pekerja juga, terbang RM7 masa tu tak silap) dan terus balik tempat penginapan masing-masing. Malam tu juga aku mintak kawan aku tu belikan tiket bas balik ke KL sebab esok kami akan balik ke rumah masing-masing.
Tapi tak kan nak balik macam tu je kan? Esok ye kami masih ada satu lagi aktiviti yang nak dibuat. Nak tahu? Doakan aku rajin update blog nie nanti.....
No comments:
Post a Comment