http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Wednesday, February 11, 2015

Travel Malaysia Truly Asia - Batu Pahat (Part 8)

Ok, lagi sikit saja cerita ni nak habis. Lepas tu dah boleh lega dah. Entri untuk bahagian nie pun sikit je sebab hari terakhir pengembaraan kami. Sedih la pula bila ingat balik. Pada mereka yang lupa apa yang jadi pada hari sebelum nie, boleh klik pada link di bawah ini.

[ sambungan part 7 ]

Hari Kesembilan (25 Jan 2014)

Pagi tu dah kemas-kemas barang nak balik ke KL. Sementara menunggu kawan aku datang ambil untuk pergi ke lokasi terakhir, main lah kejap dengan anak buah sebab dah lama tak jumpa mereka. Dalam pukul 10 pagi macam tu, kawan aku sampai dengan kereta dia. Salam-salam dengan keluarga kakak aku kejap, pot-pet-pot-pet, chit-chat-chit-chat, kami pun bertolak ke lokasi terakhir bersama dengan beg-beg kami. 

Jadi lokasi kami seterusnya ialah batu pahat.....eh, batu pahat? Bukan memang kami berada di batu pahat ke sekarang nie? Yup, Fit nak bawak kami ke rumah kawan sekelas UMT kami di kawasan situ sebab nak rasa masakan Bugis kalau tak silap. Dapat la merasa sikit, kawasan rumah dia pun memang di kawasan kampung. tenang je masa sampai situ dan kucing banyak. Mata aku meliar tengok kucing-kucing dekat situ.

Lepas dah borak-borak, makan lauk dia masak sampai licin (kena sound direct dengan fit sebab perangai tak senonoh dan makan tak ingat dunia), ambil la gambar buat kenangan.

Terima kasih mamal sebab sudi terima kunjungan kami dan masak tengah hari untuk kami

Makanan yang tinggal lepas kena sound dengan Fit. Sedap wei lauk dia dan jangan di tanya aku apa nama lauk-lauk nie sebab aku tahu makan sahaja, tak tahu nama lauk selain dari telur dadar tu.

Balik dari rumah kawan aku tu, kami melantak pisang goreng sekejap sementara menunggu bas sampai. Walaupun kami dalam kawasan Batu Pahat tapi kawan aku beli tiket bas Pontian - KL, mungkin sebab stesen Batu Pahat jauh dari lokasi kami berada masa tu dan bas dari Pontian lebih dekat rasanya (ikut fikir logik aku sebab dah lupa apa jawapan kawan aku bagi masa tu). Dari situ kami balik menuju ke TBS dan kami balik rumah masing-masing. Kawan aku yang asal Kelantan tu dia pergi Negeri Sembilan dan duduk rumah sedara dia dekat sana.

Habis dah kisah Travel Malaysia Truly Asia aku kali ini.

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...