http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Monday, March 31, 2014

Travel Malaysia Truly Asia - TBS & BP Mall (Part 6)

Setelah dah lama mendiamkan diri, akhirnya muncul juga dengan sambungan entri untuk berjalan-jalan ini. Tak pasti sama ada entri kali ini panjang atau pendek sebab cerita ini dah lama bukan?? Takut ada beberapa cerita best yang mungkin dah lupa tapi aku akan cuba ingat seingat yang mungkin ingat. (berapa banyak ingat tu). Pape pun jika nak tengok balik entri sebelum ini, bolehlah klik link di bawah ini.



Hari Ketujuh (23 Jan 2014)

Untuk hari ini, tak banyak cerita yang boleh aku kongsi sebab aku kena pergi ke hospital pada hari tersebut memandangkan temujanji dengan doktor aku jatuh pada hari tersebut. Jadi hanya kawan-kawan aku je la yang bersakan jalan pada hari tersebut, cuma aku tak tahu mereka pergi ke mana.

Lepas dalam pukul 3 petang macam tu, aku bertolak dari LRT Pandan Indah ke LRT Bandar Tasik Selatan (RM1.60) sebab nak naik bas dekat Terminal Bas Bersepadu (BTS). Masa tu orang tak ramai dalam tren, jadi bolehlah rehat sekejap sebelum jumpa dengan kawan-kawan. Tak silap aku, bas yang akan kami naiki bertolak dalam pukul 4.30petang (tak ingat waktu sebab tiket bas yang aku simpan tu ada dekat rumah la nie). Jadi sebelum bas sampai, belilah sikit buah tangan untuk anak buah aku sebab mak aku pesan datang rumah orang tu bawak la sikit buah tangan tu. Kos untuk buah tangan nie biarlah rahsia sebab aku pakai duet yang parents aku baru je bagi aku sebelum aku bertolak ke BTS (padahal dah lupa aku beli apa sebenarnya).

[Update 27/4/14 - Gambar tiket  bas dari supplier gambar aku]

Lepas dah beli buah tangan semua, kawan aku telefon tanya ada kat mana. Bla bla bla bla bla, kawan aku pun bagi tiket bas KKKL arah  KL - BP. Harga tiket bas dalam RM22.70 masa nie. Dalam bas tu sempatlah aku dengan dua orang kawan aku nie bergambar sakan sebab SS sebentar, hahahhahhaa. Aku sempat cakap dekat kawan aku yang asal dari Kelantan yang bertuah sebab dapat berjalan ke Negeri Sembilan dan Melaka sebenarnya. Dia dah pelik kenapa cakap macam tu pada mulanya tapi mula ketawa bila aku tunjuk dekat papan tanda jalan yang bas sekarang berada di lebuh raya dalam Negeri Sembilan.

Kami sampai di Batu Pahat sekitar maghrib. Kak Long aku dah pesan dekat aku sebelum masuk kawasan mana ntah, telefon atau message dia sebab nanti dia boleh ambik aku dekat stesen bas. Jadi sampai dekat stesen bas BP, aku berpisah dengan kawan-kawan aku memandangkan aku menginap di tempat yang berbeza. Aku tidur di rumah kak long aku manakala kawan-kawan aku tidur di rumah salah seorang mereka yang memang asal di BP. 

Kak long tanya aku apa rancangan datang ke Johor dengan lebih lanjut semasa dalam kereta. Aku pun ceritalah bla bla bla, mana dapat tiket bla bla bla. Tup tup dia ajak pergi BP Mall sebab nak beli sikit barang dapur dan makan malam memandangkan dia baru je balik dari kerja dan tak sempat nak masak apa-apa. Kami pun beli barang sikit dan terus masuk ke KFC sebab anak buah aku nak makan nasi dekat situ. 

Lepas dah makan dan tiba di rumah, abang ipar aku pun sampai dekat rumah. Dia baru je habis dari outstation. Tu yang dia tak jemput aku sekali masa dekat stesen bas BP tu. Tak banyak sangat cerita yang menarik untuk hari ketujuh nie. Tapi memandangkan aku nak biasakan balik untuk menulis, aku pun entah kenapa gigih bebenar menulis untuk entri ini. Ok la, nanti bila aku dah ada dekat rumah karang...aku cuba la upload satu dua gambar untuk entri ini walaupun cuma gambar tiket bas je. Huhuhuhuhuu

1 comment:

Time Traveller said...

Bertolak dari LRT Pandan Indah..???
Rumah kita tu hahahaaa.. :D

Batu Pahat.. ntah bila last sekali menjejakan kaki di sana huhuu..

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...