http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, February 14, 2014

11 = The Moon Embracing the Sun


Sinopsis Aku
Mengisahkan kehidupan Heo Yeon Woon sebelum, semasa dan selepas menjadi puteri mahkota kerajaan destini Joseon. Pada masa dahulu, ada pengkhianat dalam istana yang mahukan jawatan dan takhta. Jadi demi mencapai hasrat tersebut, dua pembunuhan telah berlaku dalam istana. Namun begitu salah satu pembunuhan tersebut telah disaksikan oleh seorang pawang @ nujum kerana pawang tersebut ada kuasa tilikan yang power senang cerita. Jadi bila dah terkantoi sebab ternampak pembunuhan tu, dia pun kenalah kejar dengan para pembunuh tu (ala, kira ikut stail ninja katakan....mesti pembunuh dia guna ramai orang). Jadi lari punya lari, pawang tu bertembung dengan seorang perempuan yang sedang mengandung. Lepas dah selamatkan, dia ucap terima kasih dan katalah yang anak perempuan bakal ada hubungan dengan keluarga diraja tapi dalam masa yang sama dia tak berani cakap yang anak perempuan tu bakal terima musibah yang besar. Tak lama lepas kena bebas tu, pawang tu tertangkap balik dan kena dera. Masa dia kena dera tu, ada imbasan datang yang mengatakan bahawa akan muncul 2 bulan dan 2 matahari yang akan menyebabkan pergolakan yang besar dalam istana. Memandangkan masa kena dera tu dia tak mengaku salah atas tuduhan membunuh (kena fitnah masa nie), jadi pawang tu dihukum bunuh dengan...tengok sendiri.

Boleh dikatakan bahawa kisah ini lebih bermain dengan isu politik istana, pangkat dan kaum @ puak mereka. Heo Yeon Woon merupakan anak kepada perempuan yang mengandung tu telah menjadi mangsa dalam cerita ini. Disebabkan sifat dengki dan pangkat, orang-orang jahat telah pasang sihir gelap pada Yeon Woon semasa dia sedang berlatih untuk upacara angkat sumpah jadi Puteri Mahkota. Sihir tu telah buat dia dapat sakit misteri dan membuatkan dia terpaksa berpisah dengan bakal suami dia iaitu Putera Lee Hwon. Disebabkan sakit tersebut tidak sembuh, jalan yang terbaik ialah mati. Tapi mati Yeon Woon bukan mati untuk selama-lamanya, nak tahu apa jadi dekat Yeon Woon, jangan lupa saksikan The Moon Embracing the Sun yang mempunai 20 episod di mana-mana yang anda ingin tonton seperti di laman web ini ---> http://www.viki.com/tv/2130c-the-moon-embracing-the-sun. Aku cadangkan tonton website ni secara online sebab dia sediakan sarikata melayu, english dan bahasa-bahasa lain yang bagi aku memang sedap baca sarikata tu lagi-lagi sarikata melayu dia.

Pendapat Aku
Sejujurnya dah lama rasanya tak buat review drama nie. Sejak habis buat entri tentang travel hari tu, banyak lagi benda nak buat tapi asyik blur je bila pandang keyboard nie. Blablablabla.....ok, terus bagi pendapat tentang cerita ini, petang nanti dah nak kena balik universiti dah.

Cerita ini telah dibahagi kepada dua zaman iaitu zaman remaja dan zaman dewasa. Bagi aku, zaman remaja lebih buat aku tertarik untuk tonton drama ini. Walaupun ianya berkonsep cerita lama-lama a.k.a zaman istana punya tapi entah kenapa aku rasa tertarik masa aku tonton dekat TV9 baru-baru ini. Bila tonton satu episod tu, aku terus buat keputusan untuk tonton secara online sebab nanti dah tak boleh dah nak tengok cerita dengan hati yang tenang di universiti. Macam biasa, kalau dalam cerita korea mesti ada 2 atau 3 pasang watak utama untuk cintan-cintun (ok, mengaku yang dah lama tak tengok cerita macam nie). Bagi pasangan raja dalam cerita ini, putera perlu memilih calon isterinya ketika berumur 15 tahun lagi dimana bakal isteri perlulah berumur antara 12 - 15 atau 16tahun tak silap. Jadi masa tonton zaman remaja ini, lakonan mereka nampak lebih hidup berbanding zaman dewasa. Itu yang terpaksa diakui. Ditambah lagi watak remaja yang lebih comey, cantik dan kacak berbanding watak dewasa kecuali pelakon Han Ga-in (tetiba minat dia sejak tonton Yuhi The Witch). >.<

Gambar: Tak kenal sape pelakon nie tapi dorang berlakon lagi best dari pelakon zaman dewasa

Gambar: Watak remaja Yeon Woon yang kanan....comeyyyyyy

Walaupun watak remaja lebih hidup dari watak dewasa, ada satu watak yang paling aku suka sepanjang drama ini berlangsung iaitu watak penasihat Hyung Sun yang merupakan penasihat kepada Putera Mahkota. Kenapa aku suka watak dia? sebab dia suka buat gaya macam Haji Bakhil bila kena marah dengan Putera Mahkota. Tak adalah nak kata sebiji tapi memang ada iras-iras Haji Bakhil si penasihat tu. Setiap kali tengok dia kena marah dengan putera mahkota, setiap kali tu la rasa nak lempang dia sambil ketawa sebab kelakar tengok muka dia. Jika anda rasa anda nak tengok drama ini disebabkan pelakon-pelakon yang kacak dan cantik rupawan, lupakan sahaja sebab anda akan rasa yang anda akan tertipu bila tengok kualiti lakonan dia serta jalan cerita dia (raja dia tak reti berlawan pakai senjata, teruk gila). Anda juga mungkin akan menyumpah sikit di akhir cerita pada watak raja nanti sebab dia memang tak pandai nak lakonkan watak berlawan, watak raja tu untuk semua adegan sudah lulus kecuali adegan berlawan....fail gila.

Gambar: Dari kiri ialah putera remaja, penasihat dan putera dewasa.

Ranking Bintang.
Dari 5 bintang, aku bahagikan kepada 2 bahagian iaitu untuk zaman remaja dan zaman dewasa. Untuk zaman remaja aku bagi 4.3 bintang dan bagi zaman dewasa aku bagi 3 bintang. Kalau ikutkan nak bagi bawah dari 3 bintang sebab rasa geram sangat bila tonton adegan berlawan tu, tapi disebabkan happy ending....bagi la 3 bintang. Cuma satu perkara je yang aku nak cakap, kalau nak tonton dengan feling yang lebih....tontonlah dalam keadaan yang tidak mengantuk. Entri aku nie kira pendek je berbanding sebelum-sebelum ini sebab aku tengah ngantuk, tak tidur lagi sebab nak simpan untuk lelap dalam bas malam nanti. Walaupun aku tahu ada adegan yang aku rasa sedih gila, tapi rasa mengantuk aku lagi kuat membuatkan mulut aku lebih berfungsi (menguap) daripada mata aku (menangis sikit-sikit). Ok, itu saja. Nanti panjang umur jumpa lagi (macam ada orang baca blog ni tapi dah kata blog nie macam diari, so suka hati la nak perasan) huhuhuhu c(= Pape pun jom layan OST yang aku rasa sedap untuk drama ini

Video: Moonlight is Setting by Heora

Video: Back in Time by Lyn

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...