http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Wednesday, February 5, 2014

Travel Malaysia Truly Asia - Restoran Sweetree & CM (Part 5)

Yaaaa, kita dah masuk pada bahagian ke-5 untuk pengembaraan aku ini. Entri kali ini aku rasa pendek je kot nak taip sebab supplier gambar tak cukup bagi gambar dekat aku. Pada sesiapa yang nak travel tu, nasihat aku pada mereka yang jenis suka interframe dalam gambar-gambar nie...pastikan anda tak bawa kamera anda bila berjalan sebab kalau anda bawa, konfem anda yang jadi tukang ambik gambar nie ye (teruk betul nasihat aku nie, hahahahahah). Ok, next story please....

[ sambungan dari part 4 ]

Hari Keenam ( 22 Jan 2014)

Untuk jelajah kita pada hari ini, aku hanya perlu goyang kaki dekat rumah sahaja sambil tunggu panggilan atau message dari geng aku. Hahahaha, dah tak perlu nak tunggu-tunggu bagai sebab hari ini destinasi pertama kami ialah melawat kawasan aku (pergh, kawasan tu). Kalau ikutkan dorang cakap dalam pukul 11.00am tapi dalam pukul 1130am baru sampai tempat aku, mujur aku duduk rumah je sambil online FB. Jadi bila dah dapat message dari mereka, aku teruk gerak ke LRT Taman Cempaka untuk ambil mereka. Jadi lepas dah ambik dorang, kami terus bertolak ke Restoran Sweetree yang terletak di Perkampungan Korea. Pada mereka yang sudah baca part 4 untuk kembara ini, pasti ingat yang salah satu tujuan kembara kami di Selangor ini ialah nak makan makanan Korea. Jadi salah seorang dari kawan aku ni cari dekat internet mengenai makanan korea yang halal di Perkampungan Korea yang berada di Ampang. Alamak, tak ada idea la nak cerita. Aku tunjuk gambar je la dulu sebelum cerita.

Bergambar depan kedai, 
terpaksa crop gambar sebab banyak benar kereta yang buat gambar nie jadi cacat.

Dok tengah fikir nak makan apalah agaknya.

Yang kami kenal cuma lauk ini je, yang lain kena study wei.

Tu dia makanan untuk kami berempat, ngam-ngam muat meja wei.

Yey!!!! Berjaya makan guna chopstick.

Terpaksa habiskan makanan kawan sebab dia tak larat makan.
Portion makanan dia memang banyak sangat.

Peta lokasi dari Galaxy Ampang ke Restoran Sweetree, 
\tak ambil dari LRT Cempaka sebab peta jadi lagi besar.

Kalau korang tengok makanan atas meja tu je, korang dah boleh agak mesti mahal gila harga dia bukan? Bagi akulahkan, harga makanan dekat sini memang berbaloi lagi-lagi air blended dia (aku dan si baju kuning atas tu selalu minum air blended si baju merah tu sebab sedap gila). Harga untuk semua makanan kami nie ialah RM113.10/4pax = RM28.30/pax. Makanan korea nie tersangat pedas bagi aku tapi rasa pedas dia sekejap sahaja, kalau nak hilangkan rasa pedas dia masa tu juga...minumlah air Teh Hijau Korea dia, memang terbaik sebab masa tu juga hilang semua rasa-rasa pedas dalam mulut aku nie. Jikalau anda semua teringin nak pergi makan di Restoran Sweetree yang merupakan salah satu restoran halal di Perkampungan Korea nie, anda boleh rujuk alamat di bawah ini atas ikhsan dari pak cik Googla Maps:

Sweetree Restaurant
2 Jalan Ampang Putra, 55100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Lepas dah habis makan nak pergi mana pula? Kami terus bergerak ke CM atau nama panjang dia Central Market. Dari LRT Pandan Indah, kami beli token LRT dengan harga RM3.40 dengan menuju ke LRT Pasar Seni. Turun je dari LRT Pasar Seni, cuma jalan sikit dalam 2-3minit untuk sampai ke CM tu. Dekat sini bolehlah nak tengok-tengok cenderahati nak bawak balik rumah macam keychain, fridge magnet dan lain-lain lagi. Namun pastikan anda tengok semua harga-harga dia dulu sebab macam kes kami nie, kami tengok harga fridge magnet dekat bahagian dalam lagi murah dari bahagian luar. Waktu kami pergi nie, bersepah-sepah pelancong a.k.a pelajar dari Jepun. Dah la comey-comey (melting kejap), rajin pula mereka senyum kalau jumpa mana orang yang bertentangan mata dengan mereka. Ada satu kedai tu pula, aku tengok budak-budak nie siap tawar menawar dengan tokei kedai tu sebab tokei kedai tu pandai cakap bahasa jepun.

Depan pintu masuk Central Market

Ni pula dekat bahagian luar CM. 
Sempat beli fridge magnet dengan RM5 lepas dapat diskaun sebab beli 3 fridge magnet/3pax

Salah satu kumpulan kecik pelajar jepun, 
yang dekat tudung hijau n biru tu pun ada lagi pelajar jepun tengah survey nak beli or tak.

Kawasan dalaman dia nampak klasik dan macam kedai zaman-zaman dulu

OTW dalam perjalanan balik ke rumah dekat LRT Pasar Seni.

Kalau ikutkan lepas dah jalan-jalan dekat CM nie, nak pergi ke Times Square dan KWC Fashion Mall tapi hanya mampu pergi yang KWC Fashion Mall tu, itu pun last minute punya plan (or aku sorang je kot tak taw nak pergi situ). Jadi dari LRT Pasar Seni tu, kami turun dekat KL Sentral sebab nak merasa naik Monorel dengan harga RM1.00. Masa tengah cari Monorel Stesen KL Sentral nie, kami terlajak pergi ke Stesen Tun Sambathan sebab cari tak jumpa. Kami punya guide pun tersalah bawak sebab dah lama tak pergi situ, jadi kami naik monorel dari stesenTun Sambathan ke stesen Imbi dengan RM 1.60. Lokasi KWC Fashion Mall tu cuma terletak di belakang LRT Hang Tuah sahaja, jadi kami jalan kaki ke sana sambil makan kimbab yang kami bungkus dari Sweetree sebab tak habis makan lunch tadi. 

Kawasan KWC Fashion Mall nie memang sesuai dengan nama dia sebab banyak sangat fashion-fashion menarik ada dalam tu. Ingat nak beli jugalah sikit baju-baju dekat situ tapi aku memang tak bawah banyak duit pun untuk kali ini. Kawan aku sempat beli t-shirt untuk laki dia dan sweeter untuk dia dan sweeter tu memang smart gila. Bagi aku, KWC nie memang akan menjadi kegilaan orang-orang cina yang sukakan fashion sebab majoriti design lebih menjurus kepada kegemaran orang cina (memang la sebab majoriti yang jual pun orang cina). Huhuhuhuhuhu ><

Lepas dah habis shopping dekat KWC tu, kami pun bertolak pulang masing-masing. Budak perempuan nak balik cepat sebab kawan aku yang sorang nie tak sabar nak jumpa anak asuhan dia dekat Kajang. Dulu lepas SPM tak silap aku, dia kerja jadi Nanny dekat tempat tinggal dia dan sekarang anak asuhan dia dah tinggal dekat KL. Jadi dia ambil kesempatan ini untuk pergi melawat mereka, namun sebelum itu kami semua singgah dekat mesin air LRT sebab haus gila. Aku minum air tin kopi dengan harga RM2, masa tu tak perasan yang harga dia RM2 since dah haus sangat dah. Bekal air yang kami semua bawa memang dah habis. Lepas dah lepaskan penat lelah kami, beli token menuju ke tempat penginapan masing-masing. Aku pula hanya pakai IC aku untuk bayar tambang sebanyak RM1.90 dari stesen LRT Hang Tuah ke stesen LRT Pandan Indah.

Sampai situ je cerita pada hari ke-6 kami nie, esok kami nak pergi tempat lain pula. Mungkin cerita untuk sambungan ini agak lambat sikit sebab gambar-gambar semua masih ada dekat kawan aku. Jadi nanti dah dapat semua gambar-gambar tu baru aku upload entri baru ye....

1 comment:

Anonymous said...

macam mana nak pergi sweetree kalau naik lrt ?

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...