http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, February 4, 2014

Travel Malaysia Truly Asia - VivaExpoHall & KLCC (Part 4)

Apa khabar semua, rajin gila aku update sekarang nie. Kenapa aku rajin update??? Sebabnya 14 Feb nie dah start masuk UMT balik, bila dah masuk U balik bermakna line internet slow dah bila line internet slow bermakna aku susah nak update blog. Sebelum kita sambung cerita, meh aku beritahu tujuan pengembaraan kami di Selangor pula. Antara tujuan kami, atau lebih tepat ialah tujuan kawan-kawan aku yang bukan duduk KL nie ialah:

  1. Nak merasa naik semua jenis kereta api a.k.a LRT, KTM, Monorel, dan ERL.
  2. Nak lawat expo anime yang paling lama dan masih diingati orang hingga sekarang.
  3. Nak tengok KLCC, makan makanan korea dan lain-lain.

Nak tahu apa anime yang aku cakap tu, baca kisah dekat bawah nanti ye. Ok kita sambung pengembaraan kita yang seterusnya....


Hari Keempat (20 Jan 2014)

Tak ada apa-apa yang menarik sebab aku berehat dekat rumah aku. Hanya budak pompuan je yang berjalan sakan pergi Alamanda dan sekitar Putrajaya memandangkan rumah salah seorang dari mereka dekat dengan kawasan situ. Jadi pengembaraan aku pada hari itu dikira cuti dan tiada kos yang terlibat pada hari tersebut.

Hari Kelima (21 Jan 2014)

Pengembaraan aku bersambung pada hari ini. Sasaran tempat pada hari ini ialah VivaExpoHall dan KLCC. Kalau sesiapa yang baca entri nie mungkin boleh tangkap kenapa kami pergi KLCC tapi pergi VivaExpoHall untuk apa? Biar aku bercerita dulu ek......

Pagi tu kalau ikutkan kami akan berkumpul di LRT Miharja pada jam 1000am or 1030am tak silap aku tapi dorang sampai pukul 1100am, bila ditanya rupanya budak pompuan lame bebenor siap ye n kena tunggu KTM. Tak kisahlah, pape pun aku tunjuk dekat dorang yang paling senang dan murah nak beli air tin ialah dekat mesin air sekitar LRT iaitu hanya RM1/tin dan RM2/tin macam kopi semua.

sempat lagi bergambar dengan air tin bebudak nie

Untuk pergi ke VivaExpoHall nie sekejap je; dari LRT Miharja, korang keluar dari stesen dan belok kiri...pasti lintas jalan dan masuk kat kawasan perumahan pangsapuri cina, pastikan ada nampak jejantas di antara 2 pangsapuri tu sebab jejantas itu akan membawa anda ke VivaExpoHall. Mesti dalam hati anda dok bising "Aku tak nak tahu jalan pergi sana sebab aku selalu keluar naik kereta, aku cuma nak tahu event apa yang ada dekat sana...." bukan? Jadi gambar-gambar dibawah ini akan menerangkan aktiviti kami sepanjang berada di VivaExpoHall......

Gambar: Better ambil Lrt Miharja sebab dia terus sambung ke VivaExpoHall tu

Kami nak masuk tengok Doraemon!!!!

Bergambar dulu kat pintu masuk sebelum masuk dalam

Pengembaraan bermula!!!!!!

Asalnya warna kuning tapi sebab telinga dia kena gigit dengan tikus, 
dia menangis beberapa hari bagai nak rak hingga biru badan jadinya.

Tengah berangan dapat beberapa alat Doraemon nie

Tudung biru cemburu sebab tak ada pasangan, hahahahah

Kawan aku cakap couple nie orang Korea, entah betul ke tak

Kawan: Wargh!!! Doraemon: Opocot mak kau

Tu lah kau, yang pergi terkejutkan doraemon tu kenapa,
kan kita dah melekat dekat dinding nie.

Sedang kami bermain-main polis centri, tetiba aku tertembak tingkap rumah orang

Lalu tuan rumah keluar marah-marah, so run for your life!!!!

Dok tengah syok lari, sekali bertembung dengan cikgu. 
Mujur aku tak sekolah lagi masa tu, jadi aku jadi tukang ambik gambar sebagai bukti nak tunjuk dekat parents kami

Akak-akak aku nie pun buat muka sedih sebab cikgu cakap esok ada exam.

Sebab malas nak study, mintak doraemon roti memori.
Tetiba ada orang lain nak makan juga roti tu, aku pun tolong akak aku rampas roti tu.

Akak aku dah bersedia nak pergi jawab exam dah tu

Yang akak aku g sorang ni p jemput kawan dia g sekolah guna tekikopta sebab umah kawan aku ni jauh sangat

Dah happy lepas jawab exam, ambik gamba dulu.
Aku? rumah dekat je dengan padang permainan nie.

Kami pun mulalah selfie kejap (entah betul ke tak aku eja tu)

Memandangkan game pagi tadi akak aku nie kalah, 
jadi dia p praktis menembak belon-belon sebab geram puya pasal since kalah dengan aku c(=

Ha, amacam??? Jangan lupa pergi ye nanti. Masih ada sebulan lebih je lagi memandangkan event nie berlangsung sampai 23 Mac 2014. Harga tiket dewasa-13 hingga 59tahun  = RM25 / kanank-kanak-4 hingga 12tahun = RM15 / tiket percuma = 3tahun ke bawah, 60tahun ke atas dan orang yang ketinggiannya 90cm ke bawah. Boleh rujuk di laman sesawang ini ---> myticket.asia untuk beli tiket secara online ataupun pergi je ke tiket kaunter kalau malas nak beli online nie. Tak ada harga pelajar ye di sini.

Gambar: Banner event Doraemon 

Kami lepak dalam tu dekat 2 jam juga tak silap aku. Lepas dah habis tengok event Doraemon nie, kami bertolak ke KLCC. Dari LRT Miharja, budak perempuan terus beli token a.k.a tiket LRT menuju ke LRT KLCC dengan harga RM 3.30, aku pula hanya guna kad pengenalan aku je sebab kad aku ada simbol Touch N Go...jadi aku dah topup siap-siap dalam kad aku dan hanya perlu sentuh sahaja kad aku pada pintu masuk LRT tersebut. Pada mereka yang ingin tahu harga tambang untuk ke setiap stesen LRT bolehlah merujuk ke laman sesawang ini ----> MyRapid. Dalam pukul 1.30pm macam tu kami sampai KLCC. Kami pergi sana cuma untuk teman kawan-kawan aku yang bukan berasal dari Selangor untuk tengok tempat nie dari dekat dan untuk makan tengah hari. Boleh tengok gambar dekat bawah dengan lebih lanjut.

Dalam tren Putra LRT menuju KLCC

Ambil gambar kejap sementara air pancut tu beroperasi

Lai-lai, makan tengah hari wei.....

"Piza dah sampai. Sorang bayar RM 19.10 dekat aku ek nanti", kata akak tudung hitam

Pas makan, tak sah law tak ambik gambar dengan KLCC

Budak-budak suka benar ambik gambar dengan forigner, but syok coz dorang sporting.

Budak samseng Kampung Pisang, hihihihi >_<

Dah-dah, balik-balik. Esok nak berjalan lagi nie. BTW semangat abei depan tu berjalan

Kami semua bertolak pulang dari KLCC sekitar pukul 5 iaitu lepas asar. Kawan aku balik ke Kajang dan teruskan pengembaraan dia dekat kawasan sana dengan makan sate kajang, aku je tak dapat follow sebab terus balik Ampang memandangkan aku tak duduk sekali dengan mereka. Jadi aku terus naik LRT dari KLCC menuju ke Pandan Indah dengan tambang sebanyak RM4. Itu sahaja cerita pada hari pertama pengembaraan aku di Selangor ini. Esok kita sambung pula apa aktiviti kita di Selangor ye......

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...