http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Monday, February 3, 2014

Travel Malaysia Truly Asia - Kg. Pulau Melaka (Part 3)

Entri kali ini bukanlah bertujuan politik, cuma kawasan tempat tinggal kawan aku nie di kawasan ini sahaja. Kenapa aku kata bukan bertujuan politik?? Meh ikut cerita bagi hari ke-3 aku ye....


Hari Ketiga (19 Jan 2014)

Hari ini merupakan hari terakhir aku di Kelantan, jadi pagi tu aku kena bersiap-siap untuk gerak ke rumah parents Is sebab kak long dia nak guna kereta. Jadi better aku p rumah dia terus dan rehat kat sana. Pagi tu dalam pukul 10.00am kami mula bertolak ke rumah Is. Sempat juga la singgah kedai kejap beli sarapan sebab gerai-gerai kecik yang jual sarapan tu dah habis makanan dia. Lupa pula yang hari Ahad ialah hari bekerja, jadi ramailah yang beli sarapan sebagai bekal pergi kerja. Aku pernah dengar dari budak kelas aku yang rumah Is nie dekat sangat dengan rumah Tok Guru Nik Aziz nie, jadi aku suarakan dekat dia yang aku teringin nak tengok rumah Nik Aziz nie dari jauh (maaf ye sebab aku tak gemar sebut gelaran yang berdarjat nie, panggil banyak sebut pun pangkat Dr sebab nak panggil pensyarah aku kena guna word Dr). Jadi sebelum sampai rumah Is nie, dia bawak la aku pergi tengok rumah Nik Aziz nie.

Video: Perjalanan ke rumah Nik Aziz, sumber dari Youtube

Ikutkan aku nak ambik gambar tapi aku tengok masa tu ramai budak-budak sekolah agama (maybe gelaran untuk mereka?) tengah keluar rehat. Jadi sejujurnya mereka akan pandang pelik bila orang luar datang tempat mereka lagi-lagi aku yang datang dari bandar. Nak ambil gambar dekat internet tapi lain benar dengan apa yang aku nampak depan mata aku nie (terutama dekat bahagian laman sebab laman dia cuma tanah n pasir, tak ada nak berlantai mozek bagai laman dia tu) , cuma video nie saja yang bagi aku nampak sama sikit (bagi aku la), jangan nak wat topik politik ok....korang tanggung dosa besar nanti law cuba politikkan entri aku nie tahu. Apa yang ingat setakat ini, dari jalan masuk tu dekat belah kiri surau or masjid tak silap aku dan belah kanan pula sekolah agama tahfiz macam tu. Rumah Nik Aziz nie belakang surau or masjid tu je dan pintu rumah dia bersambung dengan surau @ masjid tu. Is cerita lagi bahawa asal rumah Nik Aziz nie cuma bahagian kayu yang belah depan tu je, cuma sejak dia jadi MB baru bahagian batu dekat belah belakang bahagian kayu tu ada, itupun atas nasihat dan sumbangan dari Sultan Kelantan. Kalau ikutkan Nik Aziz tak nak but Sultan pujuk juga. So adalah bahagian yang batu tu. Law tengok sekilas pandangan aku, rumah kat kampung aku lagi besar dari rumah dia but itulah ulama, hanya utamakan apa yang perlu je, tak perlu berlebih-lebihan. Kami tak lama dekat situ sebab pelajar-pelajar dekat situ dah pandang semacam dah. Aku ingat lagi nasihat Is masa sebelum datang Kelantan, orang-orang sini suka pandang orang. Macam mereka boleh tahu yang orang tu asal Kelantan mahupun tidak dengan pandangan mereka tu. Jadi lepas dah tengok rumah Nik Aziz, kami terus ke rumah Is. Tak ambil masa yang lama pun, tak sampai 2minit pun dari rumah Nik Aziz ke rumah Is kalau naik kereta. 

Sampai rumah Is dalam pukul 1030am. Salam dengan ayah dia dan Is keluar pergi hantar kereta dekat kak long dia, sementara tunggu Is balik untuk sarapan tu aku borak-borak dengan mak dia. Ceritalah pengalaman aku sepanjang ada di Kelantan nie. Mak dia cakap nanti datanglah lagi ke sini, biar dia sambut betul-betul law aku datang nanti (muka happy sebab plan memang nak melawat nanti). Lepas Is dah balik dan kami makan sarapan yang kami beli tu, aku lepak dekat tangga rumah dia (rumah kampung memang best wei, suka suasana dia). Is suruh aku duduk dalam tapi tak nak sebab syok duduk luar, sejuk. Mungkin sebab masih dalam musim monsoon lagi agaknya tapi ada aku kisah, yang penting sejuk, nyaman dan syok...SYS gitu, hahahhhahaa ><. Sambil-sambil lepak dekat luar, sambil layan pemandangan dan sambung baca RAM siri-4, Is pun joint sekaki kejap. Aku pun borak-borak dengan dia apa sume sebelum ayah dia panggil tolong buat renovation rumah dia tu. Tengah dok syok-syok baca novel RAM tu, Is panggil tengok cerita Krish 3, orang Kelantan dan Terengganu nie memang minat gila dekat Hindustan. Kalau korang layan radio Hot.fm, korang akan perasan yang Hot.fm Ganu dan Klantan selalu akan siarkan lagu hindustan. Kami pun syok la tengok sambil mak Is panggil Is tanya aku nak makan ke tak. 

Korang pun tahu kan dalam entri sebelum ni yang aku nie jenis segan tak bertempat. Jadi masa Is tanya aku nak makan ke tak, aku tanya dia balik sama ada dia nak makan ke tak. Is cakap dia kenyang lagi dan aku pun follow dia. Kami pun sambung tengok Krish 3 sampai Is tetiba keluar rumah, katanya nak pergi ambik anak buah dia dari sekolah. Jadi pause cerita kejap dan sambung baca RAM balik. Lepas dia dah balik dari ambik anak buah dia, sambung tengok balik Krish 3, tetiba dia bagi aku Laksa Siam. Serius sedap gila wei, lain gila rasa dia berbanding laksa lain. Nak mintak tambah tapi segan, yang aku ingat isi dia ada laksa n ulam-ulaman n pakai kuah ikan apa ntah. Tapi sumpah memang sedap gila. Aku rasa makanan kampung yang aku nak rasa tu telah dipegang oleh Laksa Siam nie.

dah nak habis makan baru teringat nak ambik gambar Laksa Siam nie

lauk kampung yang sedap, sempat tambah sepinggan dan puas makan

Dalam pukul 2 gitu baru aku dengan Is lunch sama-sama. Masa tu parents Is dah makan n masa tu aku rasa "Ish, tak sopan ye la aku sebab tak makan sekali dengan tuan rumah", even Is tu tuan rumah juga but dia anak tuan rumah. So memang aku patut rasa segan n malu masa tu but nak wat macam mana, nasi dah jadi bubur. Dalam pukul 3 tu, aku solat jamak dan duduk dekat luar sambil main dengan kucing dan anak buah Is. Ada ajak Is teman aku p jalan-jalan dekat pasar basah dekat depan rumah dia tapi dia tak nak. Jadi kami berboraklah sampai dekat pukul 6.30pm. Makan malam dekat rumah Is dan masa tu ternampak Laksa Siam, masa tu memang happy dan teringin nak makan. Tanya Is kot-kot boleh makan ke tak but dia kata anak buah dia yang lagi sorang tu nak laksa tu untuk makan malam. Hanya mampu cuci mata sahaja masa tu. Dalam pukul 7.00pm, Is dan Kak Ngah dia serta anak buah dia hantar aku ke stesen bas. Sementara bas aku belum datang lagi, Is teman aku dekat stesen tu manakala Kak Ngah dan anak buah dia pergi kedai buku dekat sekitar situ. Aku dengan Is solat dahulu di surau dekat stesen bas. Untuk maklumat semua, aku naik bas dekat bandar KB berdekatan dengan Parkson, bukan dekat Tesco ye sebab bas Transnasional nie naik dekat stesen bas berdekatan Parkson, kira kawasan sekitar Pasar Siti Khadijah juga tu. Satu perkara lagi untuk maklumat anda semua, nak masuk tandas sama ada ambil wuduk atau buang air tetap kena bayar RM0.30. Sejujurnya aku rasa sangat mengarut tapi nak buat macam mana, nak cepatkan. Kalau tahu awal-awal jadi macam tu, aku dah siap-siap ambil wuduk dekat rumah Is lagi.

Bas aku bertolak dari KB pada pukul 8.00pm, lepas dah pastikan dengan pakcik bas tu yang bas nie akan berhenti di Hentian Selising...aku pun salam Is dan wat drama kejap dekat depan tu (ok, aku cuma tambah perisa je kat part nie).Sampai dekat Selising dalam pukul 8.45pm dan kami berkumpul dalam bas tu sama-sama dan buat macam bas tu kami yang puya. Rehat punya rehat, bas tu berhenti dekat mana ntah dalam pukul 1.30am macam tu. Law ikut nama tempat yang aku tengok dalam HP aku, dia tulis reksgyu_g3662 tapi aku tak tahu apa nama tempat tu. Apa yang aku nak cerita pasal tempat nie ialah makanan dia sangat mahal walaupun kedai macam gerai tepi jalan. Kawan aku beli 5 sosej dengan harga RM15, aku pula hanya mampu beli pau kaya dan daging sahaja dengan harga RM3....itupun puas aku dok selidik harga, rasa macam aku pergi interview tuan kedai tu pula. Sosej tu ada harga RM1, RM2, dan RM3 based on size dia tapi bagi aku nampak sama je (mungkin sebab masih mamai pas tidur dalam bas). Aku memang berniat nak cite pasal kedai nie dalam blog sebagai peringatan dan langkah berhati-hati pada mereka diluar sana.

kedai yang aku cakapkan tu, sori gambar tak lawa

Dah la, penat dah nak menaip. Nak edit gambar lagi. Kita sambung esok pula ek untuk pengembaraan di Selangor pula......

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...