Salam kepada semua yang baca mahupun terbaca entri aku ini....
Sihat semua??? Sebelum anda baca entri ini, sudi-sudilah baca entri sebelum nie sebabnya tajuk entri ini pun tulis 'Part 2', jadi tak kan nak terus langkat ceritakan???
Hari Kedua (18 Jan 2014)
Pagi tu bangun agak lambat sikit sebab tidur lewat malam semalam. Memandangkan cuma aku dan Is sahaja yang tidur dekat rumah Kak Long (Kak Long dan anak-anak dia tidur rumah parents dia, mungkin sebab segan agaknya dan aku tak berani nak bertanya lebih lanjut), jadinya tak ada la rasa segan sangat nak berbual ke apa sebab aku dengan Is memang rapat since kami sama kelas dekat UMT nie. Pagi tu Is belanja makan nasi berlauk, cumanya dia dah lama tak stay dekat rumah kak long dia...jadi gerai yang jual makanan sedap-sedap agak sukar untuk dikenalpasti. Plan geng aku pada pagi tu ialah nak pergi Pasar Siti Khadijah dan makan makanan kampung dekat Restoran Nasi Ulam Kampung. Dalam pukul 9.30am tu aku dengan Is bersiap sebab Is cakap kak long dia nak pakai kereta nanti, nak bawak anak dia p klinik gigi pagi tu. Jadi dia hantar aku dekat McD Pasar Siti Khadijah dan balik ke rumah parents dia. Is tak dapat ikut aku berjalan pagi tu. Jadinya aku cuma akan berjalan dengan 3 orang kawan aku yang lain tu je la.
Anggaran masa perjalanan dari rumah Is ke Pasar Siti Khadijah dalam 30minit, jadi sementara tunggu kawan aku yang lain sampai tu aku baca sambungan novel RAM siri 3 pula. Jujur aku cakap dekat sesiapa yang nak travel nie, jika korang taw yang geng-geng korang nie jenis yang selalu lambat atas sebab-sebab tertentu...moleklah sekiranya bersedia dengan bahan bacaan mahupun game untuk isi masa lapang. Nak main internet pun boleh tapi handphone aku tak power, jadi lupakan saja lah niat nak online. Janji dengan kawan nak berjumpa dekat pasar dalam pukul 11.00am, jadi aku memang bawak buku untuk isi masa sementara tunggu mereka. Masa tu malas nak pusing-pusing sebab nak simpan tenaga hasil sarapan aku tadi. hihiihhihi ><. Dari pukul 11.00am tu terus bertukar pukul 12.00pm, kawan aku lambat sampai sebab kena tunggu bas dari rumah dia ke pasar tu.
minah saleh nie masuk air dgn kami coz kami tlg dia lintas jln sesak masa tu
Memandangkan masa untuk berjalan pun dah masuk waktu makan tengah hari, jadi kami tangguhkan perjalanan ke Pasar Siti Khadijah lepas lunch. Kami mula menuju ke Restoran Nasi Ulam Kampung yang terletak di Medan Selera Kampung Kraftangan. Restoran nie ada banyak cawangan sebenarnya sebab dekat dengan rumah Kak Long Is pun ada satu kedai ini. Makanan dekat situ memang sedap, murah dan lauk dia besar-besar. Kenapa aku cakap besar? Sebab kami beli ikan keli dan ikan cencaru n FYI kepala ikan keli tu sama besar dengan tapak tangan aku dengan harga yang murah. Tengok je la gambar-gambar dekat bawah nie, sikit je gamba sebelum pergi Pasar Siti Khadijah
Otw nak p cari kedai makan
2 of my geng untuk trip nie.
Semua nie RM4.50 x 4pax.
bergambar pas lunch
tapi sebelum jalan, kite p window shopping dulu
motif gambar cuma kurungan petak putus2 tu je
Dalam pukul 2.00pm, kami sampai ke Pasar Siti Khadijah, berjalan sakan kami pergi window shopping dekat sana. Yang banyak beli cuma aku je, mungkin sebab aku ni jenis jarang berjalan agaknya. Aku sempat rembat 2 t-shirt dan 2 budu Cap Ketereh (beli 3 botol = RM5 sebab kawan aku nak rasa gak but takut since botol kaca, takut pecah bila sampai rumah nanti). Kalau nak bandingkan antara Pasar Siti Khadijah dengan Pasar Payang, Pasar Siti lebih tersusun dan teratur. Mulanya kami nak menidakkan perkara ini sebabnya orang tak ramai masa kami pergi beli tu tapi alasan kami tu tak cukup sebab kawasan dalaman dia memang strategik; GF - barang dapur n barang basah, 1st F - makanan, 2nd F - baju, 3rd - tak bukak, bahagian luar GF - kuih tradisional dan buahan tempatan. Kalau sesiapa yang perasan masa nak naik antara satu tingkat ke tingkat lain, dekat tangga tu ada notice board dan dalam notis board tu ada peta kawasan dalaman Pasar Siti Khadijah.
keadaan dalam pasar masa itu
Kami habis berjalan dalam pasar tu dalam pukul 3.30pm. Memandangkan aku datang dengan Is, maka balik pun dengan Is juga la. Aku message Is sebelum solat jamak zohor/asar dan dia cakap maybe dalam pukul 5pm baru boleh ambil sebab kak long tak balik lagi. Jadi aku kata kat dia, just relax dan aku nak berjalan-jalan lagi dalam bandar tu. Pusinglah aku dekat sekitar bandar Pasar Siti Khadijah, macam-macam aku jumpa dan sesiapa yang melancong dengan berjalan kaki disitu, jangan risau jika anda sesat sebabnya kawasan situ dalam bentuk petak. Kalau korang pergi pusing-pusing punyalah jauh, korang tetap boleh sampai ke tempat asal balik. Memandangkan tujuan pertama aku ialah nak bezakan bandar KB & KT, aku ambil peluang ini untuk teroka sekadar yang aku mampu. Dari pukul 3.30pm sampai pukul 6.00pm aku berjalan dekat sana dan macam-macam gedung beli belah yang aku jumpa, bila aku tengok balik kawasan situ umpama berada di Jalan TAR tahun 90-an sebab kawasan itu mengingatkan aku waktu keluarga aku beli barang-barang sekolah masa aku kecik-kecik dulu.
1. Menara Tinjau tapi tak boleh masuk
2. Bendera Kelantan tengah berkibar kat padang
3. Ada agent buat pakej diving tuuuu.....
4. Pelangi Mall (bawah) & apartment (atas)
5. Saja amek coz nama kedai tu unik ><
Dalam pukul 6.00pm tu, dapat message dari Is yang Kak Long baru sampai rumah dan dia OTW nak ambil aku. Masa tu jugalah aku dapat message dari geng aku yang tiket bas dekat tempat dia dah habis, jadi dia mintak aku tolong belikan bagi pihak mereka. Aku tak dapat nak balik KL naik kereta api sebab masa lunch tadi geng aku cakap tiket kereta api habis, nak tempah tak boleh sebab kena guna kad kredit dan bukannya kad debit. Makanya tujuan ke-3 tak tercapai, tak ada rezeki nak buat macam manakan.....
Jadi lepas Is sampai, kami berdua pergilah mencari tiket bas dekat Stesen Bas Tesco yang aku turun semalam tu. Ingatkan nak naik bas SP Bumi or KKKL sebab dua bas tu je yang aku selesa naik tapi malangnya dua-dua bas tu tak turun KL. Bas Mayang Sari (tak silap aku) dan bas Transnasional je yang tak silap aku turun di KL. Memandangkan tiket bas dari KB-KL lebih dari RM100 (beli untuk 4 orang ye), aku terpaksa pinjam duit Is dulu, mujur dia ada duit lebih masa tu. Lepas dah beli semua, singgah dekat Tesco dia sebab nak p cucuk bank ganti balik duit Is tadi. Bagi aku, Tesco dia lagi gempak dari Tesco Ampang sebab kedai franchise dia lagi banyak dari Tesco Ampang macam Subways, BigApple (or Dunkin' Donuts tak silap), Kenny Rogers Roasters (paling aku ingat), Secret Recipe dan banyak lagilah (tak larat tulis sebenarnya sebab ayat orang putih). Ingat nak ajak Is dinner dalam tu tapi dia tak nak, segan dan dah makan petang tadi katanya (pukul 4 dia dah makan, Is memang jenis tak makan banyak). Last-last makan dekat kedai makan dekat luar Tesco tu je, aku makan nasi ayam + teh o ais dan Is cuma minum teh o ais je.
Malam tu sampai rumah dekat pukul 9.00pm jugak la, mandi-mandi semua dan lepak dekat ruang tamu. Sambil menunggu cerita Bini Aku Langsuir dekat TV3, aku baca novel RAM siri 4 pula sebab nak isi masa lapang. Masa tu Is tengah mandi dan dia pesan suruh panggil dia bila cerita tu dah mula. Itu je la aktiviti malam tu dan dia pesan esok kami akan tinggal dekat rumah parents dia sebelum bertolak balik ke KL. Sememangnya hari ini aku belajar yang jikalau orang KL nak stay lama-lama or tinggal terus dekat Kelantan, lagi-lagi dekat kawasan KB nie memang tak ada masalah sebab kemudahan dia memang banyak berbanding KT. Nak tahu apa aku buat pada hari terakhir di Kelantan? Kita sambung esok ye cerita dia.
No comments:
Post a Comment