Setelah sekian lama tak update blog nie, baru hari nie ada kesempatan untuk cerita perkembangan mahupun apa benda yang aku dah buat sebelum-sebelum ini. Jadi bersempena dengan tajuk entri kali ini, aku nak cerita tentang pengembaraan aku bersama lagi 3 kawan UMT pergi jalan-jalan lepas habis je final exam untuk semester 1 tahun 2 nie.....
Kelantan - Selangor - Johor
(17/1/2014 - 25/1/2014)
Ini ialah destinasi yang kami tuju selepas habis je final hai tu. Sebelum aku bercerita lebih, diharap anda semua dapat doakan aku dapat menulis seperti biasa sebab tetiba aku rasa janggal sangat bila baca ayat yang aku tulis nie TERSANGATLAH skema yang amat.
Ok, la nie aku nak terus direct tu the point. Malas nak tulis ayat-ayat yang sopan santun nie, rasa janggal sangat. Part entri nie aku akan cerita tentang destinasi pertama dahulu iaitu KELANTAN. Untuk pengembaraan di Kelantan ini, aku bertolak ke sana dari 17/1 sampai malam 19/1. Sampai di KL pada pukul 5.00 pagi keesokan harinya.
Hari Pertama (17 Jan 2014)
Memandangkan aku bertolak ke sana dari UMT, jadinya aku naik bas dari MBKT dalam pukul 10.00am dan turun dekat area Tesco KB dalam pukul 1.00pm (3jam perjalanan dari KT-KB). Kalau ikutkan sepatutnya aku kena turun dekat KB Mall tapi disebabkan kusyuk sangat tengok pemandangan bandar Kota Bharu yang lebih indah daripada Kuala Terengganu (serius lebih smart bandar KB dari bandar KT), aku telah terlajak bas dan terpaksa turun dekat perhentian terakhirnya. Selamat jarak dari Tesco ke KB Mall tak jauh sangat sebab anggaran dalam 3-5min je naik kenderaan, kalau ikut kaki aku nie boleh je sampai tapi disebabkan tak tahu jalan...kenalah tanya orang tempatan dekat kawasan situ juga. Kalau dari stesen bas dekat Tesco nak ke KB Mall naik teksi, korang kena bayar RM10 ye (jangan naik prebet sapu sebab dorang charges lagi mahal dari teksi). Kebetulan pula masa aku tanya dekat orang yang jual goreng pisang dekat area Tesco tu, tuan kedai cakap yang adik lelaki dia nak balik rumah dan kawasan rumah mereka lalu depan KB Mall. Jadi tuan kedai tu suruhlah aku tumpang adik dia naik van dorang, mula-mula segan la juga (oh, aku nie memang segan orangnya sampai kadang-kadang segan aku tak bertempat jadinya) tapi bila fikir balik...baik tumpang je + tak terbang RM10 aku tu, hihihihih c(=.
p/s: roomate aku cakap orang laki yang travel ke Kelantan pada hari Jumaat kena simpan tiket bas sebab takut ada polis check since para lelaki yang travel nie SELALUNYA tak p solat Jumaat. Kalau tertangkap boleh kena saman katanya.
Sampai je dekat KB Mall tu, teruslah pergi cari makanan ringan kejap sebab lapar gila. Kawan aku message aku yang dia nak bawak makanan kampung untuk aku lunch dekat sana since tujuan aku datang sebab nak merasa makanan kampung. Jadinya aku cuma beli benda ringan dan novel RAM je la dulu sementara tunggu kawan aku tu. Owh lupa pula, tujuan aku pergi ke Kelantan nie bukan sebab saja-saja je nak pergi tapi sebab:
- Nak bezakan kemajuan antara KB & KT
- Nak merasa makanan kampung
- Nak merasa balik ke KL naik kereta api
beli perisa capucino coklat & buku RAM
Jadi sambil tunggu tu baca la kejap buku yang aku beli tu. Aku cuma beli buku nie sahaja sebab siri dia yang lain kawan aku bagi pinjam kat aku. Pada sesiapa yang minat karya RAM nie mesti tahu perkara nie, jadi aku malas nak ulas panjang-panjang. Jadi tunggu punya tunggu, dalam pukul 3.00pm jugak la dorang sampai. Kawan aku yang tiga orang tu dah sampai Kelantan sejak dari semalam lagi, since one of them is orang Kelantan....jadi dorang stay kat rumah budak tu. Aku pula tinggal kat rumah kawan aku yang lain sebab aku sorang je laki dalam group tu, nanti aku tunjuk gamba ek.
Jadinya bila dorang dah sampai dan bagi aku rasa makanan kampung n air mineral (dorang terbeli sebab ingat aku tak ada air). Aku lupa apa nama lauk yang kawan aku masak tu sebab lapar sangat, yang aku ingat ada sayur labu. Lepas dah makan tu, kami pun pusing-pusinglah sekitar KB Mall sebab tujuan petang jumaat tu memang nak pusing dalam KB Mall tu je pun, hahahaaha. Jadi petang tu lepas asar, kami p pekena KFC sebab kawan aku dapat voucher diskaun KFC.
Lepas Is (nama kawan aku yang aku nak tumpang tidur umah dia) dah sampai, kami pun bertolak pulang dan plan jumpa dekat Wakaf Che Yeh dalam pukul 9.00pm. Is bawak aku p rumah dia, unfortunately aku tak tidur rumah dia kat situ tapi Is akan teman aku tidur dekat rumah Kak Long dia sebab rumah yang aku nak tumpang tu tengah renovate. Lepas dah borak dengan keluarga dia, mandi apa semua, aku dengan Is bertolak ke Wakaf Che Yeh.
Kalau ikutkan apa yang parents Is cakap, Wakaf Che Yen dah tak gempak macam dulu. Kalau sebelum ini, kawasan sana meriah sampai pukul 3-4pagi baru tutup tapi kini dalam pukul 1-2pagi dah tutup. Sebab dorang tutup awal aku dah tak berapa ingat la pulak. Yang pasti nak masuk ke Wakaf Che Yeh nie kena bayar RM2 untuk satu kenderaan masa masuk. Barang-barang dekat sana pun berlambak gila wei, macam dekat KL dah aku tengok padahal kita selalu dengar yang orang kata Kelantan nie mundur. Jadi dekat sini aku dah tercapai lebih dari satu objektif iaitu aku sempat bandingkan perbezaan antara KB & KL selain KB & KT. Sepanjang aku window shopping dekat situ, sempat la beli selipar dan mesin jahit mini untuk mak aku. Yang selipar tu untuk aku la sebab selipar aku rosak, tak selesa la law pakai kasut bila p jalan-jalan jenis santai nie. Is pula sempat belanja aku makan jajan n kepok dekat situ. Apa yang aku dapat belajar pada hari ini ialah jangan selalu sangat dengar perkara negatif tentang sesuatu perkara selagi kita tak tengok dan selidik sendiri. Jadi itu sahaja perjalanan aku untuk hari pertama. Aku akan cerita apa yang terjadi lepas ini pada entri yang seterusnya ok.
No comments:
Post a Comment