http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, December 28, 2012

Sepanjang Kenduri Berlangsung

Malam nie aku akan balik ke UMT, jadi sebelum aku terlupa dan terus lupa....aku nak tulis sedikit pengalaman aku sepanjang aku pergi ke kenduri kahwin kawan aku nie. Macam yang aku beritahu pada entri sebelum ini (klik sini ok), aku telah pergi ke kenduri kawan aku yang bersanding pada selasa lepas dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Yang tak lancar ye cuma aku sampai lambat, dalam pukul 3 petang gituuu...(itu dah kira lambat la wei). Mujur masih ada beberapa lagi kawan-kawan lama yang masih lepak dekat majlis kenduri. Rasa gembira sebab dapat jumpa balik kawan-kawan lama cuma senior-senior ramai yang dah tak berapa kenal aku, yang kenal aku pun mana yang betul-betul rapat je...itu pun dorang dah nak balik. Jadi tak sempat nak berborak sakan.

[ Benci tengok gambar nie sebenar ye sebab nampak bebenor aku dah makin besar, sebab tu aku tak suka tengok cermin sebab cermin itu penipu, dalam cermin comel je aku tengok ]

Waktu berborak dengan kawan-kawan aku yang dah lama ada dekat situ, dorang cakaplah yang ada beberapa kawan yang datang awal tadi bersama dengan pasangan masing-masing dan ada yang baru sahaja berbadan dua, baru nak masuk sebulan juga lah kandungan kawan aku yang dah kahwin tu. Alhamdulillah, murah rezeki korang. Malam semalam terjoint mak-mak nie berchating dekat gambar yang dorang post pasal isu-isu bersalin dan juga pasal kes caeser (ala, yang bedah perut kalau susah sangat nak bersalin tu). Aku pun bukan ye pakar sangat tapi joint la jugak kan since dulu aku nie ala-ala cctv gak masa dekat sekolah dulu. Hahahaahaha, adalah dapat sikit-sikit tips dan bagi tips pada mereka-mereka yang diperlukan dan memerlukan....(ini bukan jenis gosip makcik-makcik kampung taw kami berchating nie). Pape pun syok jugak sebab dapat belajar serba sikit benda baru selain rapatkan kembali hubungan kawan yang dah lama tak jumpa...

 [ Kawan sekelas aku masa sekolah menengah tengah buat karangan untuk pengantin ]

Aku pun tak tahu nak tulis apa sebenar ye sebab tak ada idea nak tulis, iye la kan malam nie dah kena bertolak balik semula ke UMT. Otak masih lagi kosong sebab tak bersedia langsung nak jawab exam, argh!!!!!! kenapa mesti ada exam? Bukan guna sangat pun apa yang kita belajar nanti masa kerja (inilah salah satu pemikiran budak tak matang macam aku). Hmph, pape pun selamat berbahagia kepada kawan ku

Faralina    Rafsanjani
Semoga berbahagia hingga akhir hayat

[ Jangan marah ye dengan efek yang aku buat nie, hahahahha ]

P/s: Baru tahu dari buku autograph kat atas nie yang dorang official bercinta pada tahun 2010, sebelum tu kiranya baru risik-risik dan tanya khabar je dulu....

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...