http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, December 25, 2012

Dunia Batin Ku

Batin
Dimanakah engkau
Mengapa kau perlakukan aku sebegini rupa
Apa salah aku pada kau
Atau memang aku tak layak mendapatkannya

Zahir
Cukuplah dengan pemberian semuanya
Aku tahu tanpa kau aku terseksa
Aku sedar tanpa kau jiwa aku merana
Aku mengerti tanpa kau aku alpa
Kerna kau lah pendamping setia
Dulu, kini dan selamanya

Namun kini aku mahukan keduanya
Salahkah aku bersikap tamak haloba
Dosakah aku mahukan keduanya
Tak salah bukan jika ianya dari yang tercinta

Jauh bau bunga dekat bau tahi
Bila dipijak memang wajib dicuci
Sampai bila kena cuci berkali-kali
Hingga hilang semua daki di tubuh ini

[ Gambar: Salahkah aku bertindak sebegitu 
atau hanya perlu diam seribu batu ]

Bila aku tarik diri
Kau kata mulalah merajuk tak henti-henti
Mula ingat orang lain tak sayangkan diri ini
Dah kau amalkan kelakuan tu sejak azali
Mana aku tak melarikan diri
Atas alasan darjah mu yang tinggi
Aku cuba hormat dan kawal diri
Itulah alasan otak aku bagi
Walaupun hati mengumpat keji

Bukan aku mahu kurang ajar
Bukan juga bilang kau mengajar yang tegar
Aku cuma mahukan semuanya dapat sedatar
Dari yang kecil sampai ke besar

Dunia batinku
Hilang ditelan kalbu
Penat mencari kemana ia tuju
Rupanya ia tak mahu diganggu bila ku temu
Sembahyanglah sebanyak mana ku mahu
Kalau hati dah memang sejuk beku
Tak guna aku sujud bertalu-talu
Bukan aku tak percaya pada yang SATU
Cuma aku sedar aku tak layak terima kasih dari-Mu
Kerna terlalu banyak khilafku yang Kau tahu
Membuat aku sedar siapalah aku pada Mu

Hasil Nukilan pada 10 malam / 24 Dis 2012
dan edit pada 11.30 pagi / 25 Dis 2012

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...