Aku baru sahaja habis jawab kertas peperiksaan ekonomi. Yup, orang lain sambut tahun baru dan aku sedang menyibukkan diri dengan baca nota-nota yang entahkan masuk dalam otak, entahkan tidak masuk dalam otak. Kalau ada peribahasa "masuk otak kanan, keluar otak kiri", dah lama aku nak guna peribahasa tu. Hari ini bukan nak kata apa lah, memandangkan kertas ekonomi ada topik tentang pengiraan, jadi aku memang la berharap yang mengiraan yang aku buat tu banyak yang betul. Tapi apakan dayaku (OMG, ayat macam nak kena pelempang), dah la belajar last-minutes lepas tu nak harap yang terbaik...memang mengarut la kan.
Lepas kertas peperiksaan tadi, ada sorang kawan aku dok rasa frust sangat-sangat sebab dia terkeliru dengan jalan kerja yang dia buat memandangkan jalan kerja bagi soalan yang dijawab hampir sama dengan topik lain yang dibelajar. Aku pun jawab soalan yang dia jawab masa periksa tadi dan aku yakinkan dia bahawa jangan risau, semuanya akan selamat. Malang ye disebabkan dia asyik ulang benda yang sama sahaja, aku pun tergerak hati nak periksa balik nota yang aku buat (tolong jangan amalkan, senang cerita MEMANG jangan amalkan lah) sebelum ini. Jadi tangan aku yang gatal nie pun tengok la balik nota yang aku buat semalam dan dan dan dan dan dan dan dan dan dan dan.................aku dah terlupa buat satu lagi langkah pengiraan DAN disebabkan langkah tersebut aku tak buat, jadi pengiraan-pengiraan lain dibawah pengiraan tersebut adalah tidak SAH SAMA SEKALI.
Bukan nak salahkan kawan aku (fikir positif takky) sebab asyik bertanyakan benda yang sama. Dah memang perangai dia macam tu, risau tak bertempat (itu alasan pertama sebab fikir positif aku) jadi aku sebagai orang yang tua matang daripada dia seharusnya bagi serba sedikit kata-kata motivasi pada dia. Sekurang-kurangnya beritahu pada dia yang mungkin pensyarah akan bagi beberapa markah kesian dekat soalan yang dia jawab, lagi-lagi bila soalan yang ditulis tu (pause kejap, kawan aku masuk bilik la plak).....ada letak formula. Mujur dia cakap dia ada letak formula dekat jawapan dia tadi, senang sikit nak bagi semangat dekat dia (dan juga pada diri aku). Jadi itu je yang boleh aku cakap sebaba budak sebilik aku dah balik dan aku tak rasa selesa nak menaip bila ada orang. Chow dulu dan wasalam.........
No comments:
Post a Comment