http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Thursday, January 17, 2013

Hari Yang Terisi...

Akhir ye dapat juga aku menulis setelah hampir seminggu aku mula cuti semester 1. Walaupun ada banyak benda yang nak ditulis tapi disebabkan aku tak ada idea (padahal malas nak ambil gambar yang sesuai  nak letak dalam entri) nak menulis maka aku selalu tangguhkan aktiviti menulis aku ini. Jadi hari ini aku nak buang masa sikit depan laptop untuk menulis, menulis dan menulis. Kita bermula sekarang.

Macam biasa, setiap kali aku ada temujanji dengan doktor mesti akan datang lewat sikit dan kali ini aku datang lewat 30 minit (ade peningkatan berbanding sebelum ini) ke HKL dan aku baru dapat tahu yang Klinik (setiap bahagian dipanggil klinik, bukan macam klinik kat tepi-tepi jalan tu) yang aku selalu pergi dah ditukar ke bangunan baru. Rasa marah ada, rasa gembira pun ada sebab kalau kena marah dengan jururawat sebab datang lambat, boleh cakap yang tak tahu klinik dah tukar ke bahagian baru. Jadi rutin aku macam biasa, kena menunggu lama dekat kawasan menunggu dalam 2 jam (sampai pukul 9.30 pagi dan jumpa doktor pukul 11.30pagi) buat aku dengan selambanya tidur dekat kerusi menunggu, tapi tidur duduk la...bukan tidur baring dekat situ, nanti orang lain kata apa pula. Bila dah jumpa doktor dan kena bebel sebab makan ubat tak ikut masa dan bla bla bla bla, aku buat temujanji baru untuk akan datang. Masa nak buat tenujanji baru tu, doktor yang periksa aku acah-acah nak pukul aku sebab dia baru perasan yang aku suka-suki ubah dos ubat aku sendiri.

Doktor: Jadi u kena makan ubat calcium lactate ini 3biji 2 kali sehari...eh kejap, 3biji 2kali atau 3biji 3kali sehari?
Aku: 3biji 2kali sehari je doc...
Doktor: Ye ke? Tapi i tengok sebelum-sebelum ini (sambil belek-belek temujanji sebelum ini), u kena makan 3biji 3kali sehari?

Aku: 3biji 2kali la doc (sambil buat muka yakin)
Doktor: U bukan saja-saja kurangkan dos kan? (masa tu dia buat muka...macam mana nak tulis ye? Muka cuba serkap jarang mungkin?)

Aku: I memang makan 2kali sehari je, jadi makan ubat pun 2kali sehari je lor...tak dapat nak cari masa la doc....(buat muka Puss The Boot tapi tak jadi)
Doktor: (acah-acah pukul tangan aku) U nie suka-suka je ye. Tak ada, tak ada, kena makan ubat 3biji 3kali sehari juga....
Aku: (buat muka kesian tapi tak laku) iye lor, iye lor...
Doktor: Ingat makan ubat ini 3biji 3kali sehari (sambil tulis something dalam repot aku, mungkin dia tulis yang aku suka-suka kurangkan dos ubat aku kot)


[ Meja bilik aku dah macam kaunter ubat aku tengok ]

Bila nak ambik tarikh temujanji baru dekat kaunter daftar, sekali terserempak dengan doktor yang pernah bedah aku sebelum ini. Dulu aku memang bawah pemerhatian dia masa aku jadi pesakit dia tapi disebabkan dia cakap yang dia terpaksa berpindah ke Hospital Putrajaya, aku terpaksa diletakkan dibawah doktor-doktor yang baru habis belajar atau sewaktu dengan ye (inilah satu sebab kenapa aku terpaksa tunggu selama 2jam dekat kawasan menunggu selama ini). Tanpa buang masa, bila dia patah balik nak masuk bilik rawatan dia, aku mula tegur dia dan kenalkan diri aku. Baru je cakap yang aku pernah jadi pesakit dia, terus dia ingat aku (tak tahu sama ada dia betul-betul ingat aku atau buat-buat ingat aku). Borak-borak sikit lalu aku terus cakap kalau boleh aku nak jadi pesakit dia balik (kiranya macam doktor peribadi la, tak payah nak tukar-tukar doktor) dan dia terus setuju. Tak sia-sia aku buang masa dekat hospital hari ini sampai pukul 2.30 - 3.00 petang (kena tunggu lama sebab jururawat doc yang aku jumpa tu salah bagi tarikh temujanji). Cerita aktiviti pertama aku tamat dekat sini. Masuk aktiviti kedua pula....

Lepas dah balik dari hospital, ingat nak singgah SOGO sebab nak beli 'headphone' baru tapi bila fikir balik yang aku nak kena pergi Maybank dekat Pandan Jaya, jadi aku batalkan niat aku dan pergi ke bank dahulu. Bukan apa, memandangkan waktu masa tu dah nak dekat pukul 4petang jadi aku takut yang bank tutup pula nanti. Tujuan aku pergi bank pun bukan ye apa, cuma nak ganti kad bank baru sebab kad aku tu kejap-kejap boleh detect dekat mesin ATM, kejap-kejap tak boleh detect pula. Bila pergi dekat situ dan tanya nak tukar kad, sekali orang yang jaga tu cakap kena bayar RM12....GANTI KAD BANK KENA BAYAR RM12!!!!. Gila ke apa nak kena bayar banyak tu tapi disebabkan aku ada rancangan yang ada kaitan dengan kad bank tu,  jadi aku pun isi sahaja borang dan tunggu nama aku dipanggil ke kaunter bank. Bila dah kena panggil dan scan ibu jari, aku mula tanya dia...

Aku: Kalau tak bayar tak boleh ke?
Akak: Kena bayar dik, lagi pun ia terus tolak siap-siap dalam akaun nanti.
Aku: Ala kak, bukan ye ada masalah sangat pun. Kad saya ini cuma kadang-kadang je tak boleh nak detect dekat masin ATM, tak kan nak kena bayar jugak...
Akak: Kena juga adik sebab kad adik masuk kategori ganti kad baru, bukan ye tukar kad baru...(rasa ye ada istilah dorang sendiri masa ini)
Aku: Ye ke? Bukan ye apa, sebab kad saya ini pun tahun depan dah nak luput (tunjuk tarikh luput kad dekat akak kaunter). Kalau saya tukar kad ini lepas tarikh luput ini nanti nak kena bayar juga ke?
Akak: Hmph, kejap ye (dia tanya senior dia masa tu)...Kalau kad adik dah luput dan adik nak tukar kad baru, yang itu tak perlu bayar sebab adik memang kena tukar kad baru. Untuk kes adik ini, adik kena bayar RM12 sebab adik nak ganti kad baru sebab rosak. Lagi pun rasa ye lebih baik adik ganti sebab akak tengok pun bahagian belakang (rujuk kepada tempat swipe kad) dah kira teruk ini...

Aku: Hmph...tak apa la cam tu, saya tukar tahun depan je la...
Akak: Betul ke nie?
Aku: Ya, nanti tahun depan saya tukar baru.....terima kasih ye kak (sambil senyum dan berlalu pergi)...


Niat aku tak nak tukar kad bukan ye apa. Dekat UMT, bank yang selalu aku guna ialah CIMB dan Maybank ni kira backup bank aku je la. Kadang-kala kalau aku nak beli benda-benda merepek memang aku pakai Maybank sebab bank tu aku simpan sebahagian duit gaji aku. CIMB pula bank untuk ayah aku bagi duit belanja (ye, saya anak ayah mak...tak ada PTPTN sebab mereka tak benarkan mohon, jadi tolong jangan fikir yang negatif sangat. Tak pasal-pasal saya dapat saham pahala percuma pula). Tujuan aku nak buat kad baru sebab kawan sekolah aku dok asyik tanya bila nak melancong ke Singapore atau Thailand dari zaman aku diploma lagi dan aku asyik cakap yang aku tak ada duit. Iye la, tiap kali ada duit lebih je aku beli novel FIXI. Hari tu aku habiskan dekat RM100 beli novel FIXI yang dalam pakej 6-pax (tapi puas hati sebab lepas satu ketagih aku masa tu). Malangnya sekarang ini aku dah tak bekerja dan duit dalam tu makin susut. Jadi aku ingat nak simpan kad tu dekat tempat yang aku tak akan nampak kad buat masa ini dan bila aku ada kerja sambilan, baru aku akan guna kad tu untuk masukkan sikit duit gaji aku. Harap rancangan untuk aku jalan-jalan ke negara jiran tercapai. Aminnnnnn.........Masuk aktiviti ke-3 pula.

Lepas dah habis urusan dekat Maybank, aku pun gerak la ke Jusco Taman Maluri. Sebab pertama pergi sana kerana nak cari headphone (gila skema ayat aku) memandangkan aku tak jadi pergi SOGO. Sebab ke-2 pula kerana nak SaLunchTea (Sarapan + Lunch waktu minum petang) dekat Jusco. Masa dekat hospital, aku cuma makan roti je sebab malas nak pergi kafeteria mereka disebabkan jauh sangat...malas nak jalan jauh-jauh. Tu sebab aku cakap aku sarapan + makan tengah hari, hihihihihi >< . Sebab pertama aku tak kesampaian sebab harga headphone dekat sana agak mahal dan jenis yang aku nak tak ada dekat situ. Lain yang ku cari, lain yang ku jumpa, aku ternampak kedai buku MPH dekat situ. Dalam otak aku "owh tidak, mesti buku FIXI ada jual dekat sini" dan kaki aku sekepala dengan fikiran aku, jadi kami (merujuk kepada aku dan anggota badan aku) terus masuk ke MPH dan cari buku-buku FIXI terbaru, sekali jumpa buku GERGASI, BISIK, LICIK, CERPEN dan macam-macam lagi (tak larat nak tulis semua tajuk buku nie) tapi yang paling menarik perhatian aku ialah iklan kad siswa dekat kaunter pembayaran MPH. Setiap pembelian buku akan dapat 10% dengan adanya kad siswa (dalam hati dah gembira) jadi aku kira-kira balik duit dalam dompet kalau-kalau cukup ke tak nak beli buku GERGASI dan BISIK, malang ye duit aku ngam-ngam soi je. Jadi aku buat keputusan tak jadi beli sebab aku dah lapar sangat masa tu. Dalam hati aku cakap "kalau aku tak makan roti tadi, konfem dah boleh puasa sunat nie". Jadi aku buat keputusan makan dekat foodcourt Jusco saja walaupun dalam hati nak makan kat kedai Nando's, nak makan roti, tart, pizza, takoyaki tapi nak jimat punya pasal sebab dengar cerita ada pesta buku nanti dan juga nak simpan sikit duit untuk melancong. Aku just makan nasi ayam dan ice blended Mocha je (tapi Mocha dia dah tak sedap macam dulu)...

Jadi itu sahajalah aktiviti aku sepanjang hari ini, bila balik rumah dalam pukul 4petang lebih macam tu (dah nak dekat pukul 5petang tak silap aku), aku angkat baju yang aku sidai pagi tadi dan basuh baju. Nak harapkan adik aku buat kerja rumah...tak ada harapan la. 24/7 dok mengadap laptop main game online je, padahal PMR dah nak dekat tu, dah malas nak cakap sebab dah tahu apa reaksi dia. Daripada aku sakit hati dengan jawapan yang dia akan bagi nanti, lebih baik aku yang buat kerja-kerja ini. Yang nak berjaya dia, bukan aku. Bila dia dah merasa betapa pahit ye sesuatu kegagalan, mungkin masa itu dia akan sedar yang bukan senang nak berjaya dalam hidup tanpa belajar perkara yang tak akan dapat dalam kelas.

P/s: Aku pun dah tak tahu apa benda yang aku merepek tulis nie sebab panjang sangat, tapi seronok juga ....^_^

2 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

hurm..

pasal kad bank tu kan.. mmg lawak gile la.. kalau i jd kaka tu.. maui pelangkung u.. hahaha.. tukar je la kad banyak songeh punye budak kan...


pasal ubat u tu.. waaalawehhh banyaknye.. moga moga sembut ..dan tak payah menghadap ubat lagi...tetapi..Allah maha mengetahui.. ujian utnuk u.. ada hikmahnya kan :)..skarang dah dapat tukar doktor..alhamdulillah :P jgn skip makan ubat !


haaa pergi melancong !!! uihh seronoknya i dengar.. huhukumpul duit nnt leh jalan jalan tgk negara orang.. bila berjalan jauh luas pemandangan.. hilang stress..


haa jj maluri tu tempat i tu.. huhu..jgn buat kacau kat situ ok :)


take care !

takky said...

wow, pnjg ye komen kak neon...
sampai saya kena refer balik entry saya...
hihihihihi >_<

pape pun thankz coz sudi komen n bagi respond...
ttg duet utk melancong 2, still dlm perancangan lagi sebenar ye...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...