http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, April 8, 2011

Kita Akan Bertemu Lagi Pada 4 Mei Ini....

tajuk yang tidak berapa suspen dan membuat orang lain pening...
what ever la sebab aku tak tahu nak tulis mukadimah sebenarnya....
huhuhuhuhu.....
ada apa dengan 4 Mei ini??
tarikh ini merupakan tarikh aku akan....

DIBEDAH SEMULA BUAT KALI KE-3....

yup, its true n im tired with it....
bukan apa....
kena duduk dekat hospital tak leh buat apa2....
nak baca pun tak bawa bahan bacaan masa itu...
terpaksa pinjam novel dekat jururawat dekat situ....
punyalah tak tahu malu empuya blog ini bukan....

sebelum ini aku ada cerita tentang kemasukan aku ke dalam hospital....
dan masa itu juga otak aku sangat mereng gila nak mampos....
sebab apa??
korang boleh baca > ini < dan juga > ini <....
aku rasa kalau betullah apa yang aku doa tu makbul....
memang musnah cara kehidupan aku....
dah la iman tak kuat....
lagi nak doa....
but sometime i still hope that this pray will be a reality....
ok, fine....STOP IT TAKKY!!!!!!!!!!!



[ Aku ambil gambar ini secara senyap2 pakai kamera aku...aku lupa nak simpannya dekat rumah....^^; ]

Aku masuk hospital pada 18/3/2011 dan kena bedah pada keesokkan harinya iaitu pada hari jumaat. Lepas bedah, aku terus tidur tak sedar2 diri dan jururawat kata aku meraung kesakitan lepas habis pembedahan dekat bilik wad sambil bercakap dalam bahasa JEPUN. Jururawat dah pelik dan tak paham apa yang aku cakap. Selamat ayah dengan mak aku ada masa aku dah habis bedah tu. Ayah aku pun terangkanlah sikit2 apa yang aku cakap itu. Mula2 aku pun pelik masa dengar cerita dari jururawat tu, tapi bila ditanya pada ayah, dia mengiyakan. Kakak aku cakap aku gedik sebab nak cakap dalam bahasa jepun....

"Manalah orang nak sedar orang cakap apa masa itu??!!" 

Itu jawapan aku pada kakak aku padahal aku sedar sikit2 apa yang berlaku masa aku merenget itu cuma aku tak bukak mata dan perasan yang doktor dan jururawat cuba tenangkan aku masa tu (aku rasa dorang masukkan ubat penenang kot masa itu). Masa itu memang aku tak perasan apa2 langsung dan terus tidur tapi malangnya bagi aku,
disebabkan aku meraung bagai nak rak masa tu aku terpaksa dibedah lagi sekali iaitu pada hari ISNIN, 21 Mac 2011. Aku terpaksa dibedah sekali lagi sebab ada darah beku dekat kawasan pembedahan aku.Dekat kawasan pembedahan aku tu dorang ada letak satu tiub & pam (itu istilah dorang, bukan istilah aku ok). Tiub & pam itu sepatutnya akan keluarkan darah kotor dekat kawasan pembedahan aku itu (which is 1st operation) tapi malangnya darah tu tak keluar sebab dia dah jadi darah beku. Jadi aku terpaksalah kena bedah lagi pada hari isnin tersebut. Pembedahan kali ke-2 tidak sesakit dan segerun kena bedah pada kali pertama tapi aku lebih suka suasana pembedahan pertama daripada kali ke-2. Sebab apa? sebabnya kawasan dekat situ punyalah riuh macam pasar.

"Itu dah lumrah kawasan dekat situ riuh, sebab dorang tak boleh nak tinggalkan kawasan situ sesuka hati dorang. Jadi kalau dah sampai waktu makan, terpaksalah mintak orang lain tolong bungkuskan"

Ayah aku cakap macam tu bila aku cerita pengalaman aku dekat dalam bilik bedah. Aku cuma boleh angguk2 geleng2 bila dengar apa yang ayah aku cakap. Dia lagi pengalaman dari aku, dah makan banyak asam garam dari aku. So, iyakan sajalah....

[ Gambar: Ini sahaja gambar yang aku rasa menarik, web gambar lawa lambat loading pula hari ini ]

Aku terpaksa duduk seminggu dekat sana. Jadi semua makan minum aku ditanggung oleh hospital sepenuhnya dan mak ayah aku hanya bawa makanan tambahan kalau2 aku tak cukup makan. Tetapi sayang, aku tak boleh makan langsung lepas pembedahan tu. Nak minum air dalam satu cawan biasa pun ambil masa dekat sehari baru habis. Korang cuba bayangkan yang roti coklat  6 bar tu, aku hanya boleh habiskan 1 bar dalam masa 30 min. Gila susah nak makan sebab sakit bila nak telan. Ayah aku ambil inisatif (betul ke aku eja nie?) dengan bagi aku makan kentang putar KFC. Walaupun agak sakit untuk telan tapi tak ada la sesakit nak makan roti dan benda pepejal yang lain. Pihak hospital bagi aku makan bubur dan lauk pauk lepas aku sudah dibedah tapi aku hanya makan lauk saja sebab buburnya eeeewwww, cair gila. Mula2 aku tak makan langsung makanan yang pihak hospital bagi. Lepas doktor tahu dan bagi nasihat suruh makan agar boleh keluar cepat dari wad, aku hanya makan lauk sahaja. Dimulakan dengan menghabiskan kuah lauk, lama2 bila aku dah boleh telan benda pepejal baru aku makan lauknya pula tapi makan lambat2 la but buburnya tetap aku tak makan. Huhuhhhuhuhu....

Aku terpaksa duduk didalam sana selama seminggu dan segala kos untuk tanggung aku duduk dihospital dipotong melalui gaji mak aku sebab aku guna "GL" mak aku (GL = surat jaminan tak silap aku). Bila aku tanya mak aku berapa banyak kena potong, mak aku cakap tak kena potong apa2 lagi. Jadi kami anggap yang pihak kerajaan telah belanja semua kos aku sepanjang aku duduk disana. Hahahahhaa. 

[ Gambar: Aku mungkin telah diperhatikan sebegini oleh staf2 wad disitu c( ; ]

Jadi bila 4 Mei ini tiba, aku rasa semua jururawat hanya akan mengeleng-geleng kepala bila nampak aku. Mungkin dorang akan fikir "Kau lagi?". Mana taknya, akulah satu2nya pesakit yang tak reti2 nak duduk diam dalam wad tersebut. Bila doktor atau jururawat nak cek aku je, mesti aku tak ada dalam bilik sebab tengah lepak tengok TV dekat kawasan rehat pesakit. Lepas tu, konfem2 aku akan terima jelingan manja a.k.a tajam dari mereka. ^O^. Waktu malam pula, masa semua pesakit tidur, aku joint jururawat2 yang bertugas dekat situ berjaga sambil tengok TV sampai pukul 2 ke 3 pagi. Kadang2 aku borak2 dengan dorang dan kadang2 aku melangut tengok dorang buat kerja. Jadi boleh dikatakan semua staf yang kerja malam dekat situ dah kenal aku. (bangga sebentar bersama Kit-Kat)...Bila waktu pagi sebelum sarapan akulah orang yang paling liat nak bangun pagi sebab tidur lambat punya pasal, dorang nak kemaskan katil aku pun payah (jururawat2 akan kemas setiap katil pesakit pada setiap pagi). Disebabkan itulah aku rasa jururawat2 dekat situ hanya akan senyum sahaja bila aku masuk balik nanti.

Aku rasa sampai sini sajalah untuk kali ini. Maaflah kalau tetiba format tulisan aku bertukar ditengah2 cerita. Aku rasa kalau tulis dalam bentuk perenggan mungkin lebih sedap mata memandang dan aku pun tak penat nak menekan "Enter" banyak2 kali. Jadi sebelum aku nak bla dulu, aku nak tanya pendapat korang kalau korang kena masuk wad dan kena bedah? Hahahahhhahha, aku merepek lagi....c( ;

P/s: Lupa pula nak bagitahu sebab aku kena bedah buat kali ke-3. Semalam aku pergi hospital nak tahu keputusan sama ada tairot aku tu ialah ketumbuhan ataupun kanser ataupun sewaktu dengannya. Doktor cakap tairot aku tu KANSER, sebab tu aku kena bedah lagi. Huhuhu, benci2 benci sebab orang sakit makin kurus tapi aku, makin sakit makin mengembang pulak spare tayar nie...benci2 benci....=,=



2 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

psst..aku nak st tau ape yang ko merepek dalam bahasa jepun tu hahaha..ko ni pengaruh cite jepun kuat sgt ke ape hahaha..lawak pulak..

ok ok 4 mei..dah dekat dah..aku doakan ko..

Ya Alllah berikanlah kekuatan fizikal dan mental kepada sahabat ku ini..

Tabahkan hatinya dan kuatkanlah semangatnye menempuhi segala cabaran mu Ya Allah..kurangkanlah kesakitan yang dialaminya Ya Allah...sembuhkanlah penyakit kanser tairot rakan ku ini Ya Allah...

Ya Allah jangan kau berikan rakan ku masalah yang tak dapat ditanggungnya Ya Allah..kasihanilah hamba mu ini .. sayangilah kami dan lindungilah kami..

Sesungguhnya kau lah maha agung, maha penyayang, maha pengasih maha pengampun..maha berkuasa dalam menyembuhkan segala penyakit dalam dunia ini..

amin..



weh papehal mesej aku kat nombo ni k 0192962614..nurul@neo

takky said...

terima kasih sebab doakan saya...
just 3 word i say in japan...
"otosan = ayah, itai = sakit, tesuketei = tolong"

maaflah law salah tapi itu yg aku ckp masa 2...

saya mmg terpengaruh dgn jepun nie...
lagi² anime dgn drama jepun...
hihihihi c(;

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...