http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Monday, April 4, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian Memang Gamat...

salam sejahtera pada pembaca sekalian.....
hari ini dan saat ini buat julung kalinya saya membuat entry seperti ini....
entry dimana ianya berkaitan dengan anugerah artis....
yang sudah semestinya pasti saya tidak tercalon didalam anugerah tersebut....
janganlah anda semua bersedih hatinya....
(oh my, tetiba nukilan aku nie seperti blog final projek aku pula >o< )

[ Gambar: Membaca tentang anugerah ini di blog Kak Z membuatkan aku pun teringin menulis tentangnya juga ]

Seperti yang sudah sedia maklum.....
para pemenang pun sudah diketahui siapa dan gamatnya anugerah ini harus dipuji....
terutama disaat-saat akhir siaran langsung ini....
bagi sesiapa yang belum mengetahui pemenang dan artis yang tercalon....
anda boleh membacanya dibawah ini....
mahupun di > blog Kak Z < untuk lebih terhibur.....

Artis Berkumpulan Duo/Berkumpulan Popular
Ana Raffali/Suhaimi Mior Hassan/Altimet
6ixth Sense
Azlan The Typewriter
Bunkface
Meet Uncle Hussein

Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha
Nurkhiriah
Lisa Surihani
Scha Alyahya
Tiz Zaqyah

Penyampai Radio Lelaki Popular
Aznil Hj Nawawi
Faizal Ismail
Halim Othman
Kieran
Salih Yaakub

Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias
Kenchana Dewi
Noorkhiriah
Raja Azura
Sharifah Shahira
 
Penyanyi Nasyid Popular
Hijjaz
In Team
Mirwana
Rabbani
Raihan

Pengacara TV Lelaki Popular
Ally Iskandar
Awal Ashaari
Aznil Hj Nawawi
Jimmy Shanley
Zizan

Artis Baru Lelaki Popular
Daus
Maulana
Shah Jaszle
Shahir
Sharnaaz Ahmad

Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana
Fara Fauzana
Linda Onn
Raja Azura
Sharifah Aleya

Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Ady Putra
Fizz Fairuz
Remy Ishak
Shaheizy Sam

Pengacara TV Wanita Popular
Cheryl Samad
Fara Fauzana
Nurul Syuhada
Raja Azura
Sharifah Shahirah

Artis Komedi Lelaki Popular
Along
Angah
Johan
Nabil
Zizan
 
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Dato' Hajah Rosnani Jamil

Penyanyi Lelaki Popular
Aizat
Anuar Zain
Black
Faizal Tahir
Shahir

Pelakon Filem Wanita Popular
Diana Danielle
Lisa Surihani
Liyana Jasmay
Maya Karin
Scha Alyahya

Artis Mobile Popular
6ixth Sense

Artis Baru Wanita Popular
Adira
Ana Raffali
Mizz Nina
Nur Syuhada @ Dottie
Elfira Roy

Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Bront Paralea
Remy Ishak
Shaheizy Sam
Syamsul Yusof
 
Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Ana Raffali
Stacy
Yuna 
 
Bintang Paling Popular 2010
Shahiezy Sam 
( 126 168 undian )

inilah dia Top 5 dan pemenang bagi kategori2 yang dipertandingkan.....
ada yang aku rasa gembira sebab artis yang layak menang...
ada yang rasa sedih sebab ada artis yang tidak menang...
tetapi yang penting undian sudah pun dijalankan....
dan aku hanya tonton TV sambil jual gigi....
hhihihihihihi....^O^

aku juga ingin memberi sedikit komen peribadi terhadap anugerah ini....
aku pasti setiap majlis yang dijalankan mesti ada komen....
(itu yang aku belajar dalam subjek MICE masa sem 3)
komen ini hanyalah pandangan peribadi sahaja tahu....
first time tulis entry macam ni buat aku cuak pula....

Komen Peribadi :
  1. Opening majlis bagi aku not bad la even orang rumah aku cakap penyanyi cuba nak rosakkan lagu tu.
  2. Kakak aku dengar nama Fasha di "BOO" masa dia amek anugerah dan aku pula?? sedang kusyuk melantak dan hanya perasan bila kakak aku cakap macam tu....hihihihi (jahat ye mulut aku nie ek)
  3. Tak sempat nak tengok anugerah penyampai radio lelaki popular dan pelakon wanita komedi popular, jadi tak tahu apa yang boleh komen dekat sini...
  4. Terima kasih kepada Pak Nil sebab sound mereka yang asyik nak promote baju tak habis2, cakap merepek - repek macam makan kerepek dan sewaktu dengannya....aku pasti kalau Pak Nil tak sound masa tu memang konfem anugerah ni habis dalam pukul 1 atau 2 pagi...(mungkin bukan?)
  5. Suara penyanyi yang gantikan Suhaimi Meor Hassan memang sebiji, aku hanya mampu kata "wooow, gila la" cuma kalau penyanyi yang asal nyanyi mesti lagi happy bukan??
  6. Tak faham kenapa tetiba cerita Awan Dania boleh masuk masa Jehan nak bagi anugerah tapi kira elok juga la daripada merepek cakap pasal baju...hihihiihi
  7. Kamera saja je nak shot artis yang leka masa anugerah sedang berlangsung seperti Aaron Aziz yang sedang bercakap guna telefon bimbit dan Jue Aziz yang sedang menguap (kata mak aku)...tapi yang aku pasti cara mereka kendalikan kamera agak kureng sedikit sebab nampak kabur2, orang sedang berlari nak ambik shot dari bahagian lain dan yang paling jelas masa Sharifah Shahira nak mengacara....( aduhai =,=; )
  8. Fafau menang 2 anugerah, den rasa HHHHHAAAPPPPYYYY sangat....^O^
  9. Start dari lagu Anuar Zain, aku baru rasa gembira sebab persembahannya yang menarik dan rasa macam ada dalam konsert sampailah persembahan Dato' Siti Nurhaliza....suasana masa Anuar nyanyi pun nampak hebat, penonton senyap dan kusyuk sahaja dengar
  10. Natasya Hudson bagi 'tanda' dekat Juliana Evans masa Ju tanya pasal baju Hans Isaac...Natasya amat peka dengan apa yang Pak Nil cakap...(bagus la u ni.)
  11. Aku suka masa Yuna nyanyi lagu, rasa ringan sikit kepala sebab cara dia sampaikan lagu dengan sempoi dan aku teringin nak tahu alat muzik yang Yuna pegang...interesting lor!!!!!
  12. Rita Rudaini agak masam masa dia bagi ucapan...sedih tengok dia macam 2 but Im glad she pregnant...harap anak yang bakal lahir nanti akan eratkan kembali hubungan dia dan keluarga mertua....(chaiyok2 Kak Rita)
  13. Ella sempoi gila masa buat show atas pentas, memang rasa macam dia tengah buat konsert...
  14. Masa Anita Sarawak dengan Faizal Tahir nak bagi anugerah sahaja yang ada lagu....aku ingat Faizal akan buat gimik terbang sebab Anita masuk dulu...(pelik sebab Faizal tengah butangkan baju, apa kes??)
  15. Zizan terus diam lepas dia dapat anugerah, aku rasa dia cuak agaknya plus masa nak tahu keputusan bintang popular pun dia berdiri jauh2 dari kad keputusan tu.....sian dia (sabar la ye Zizan)
  16. Aksi bersahaja Johan dengan Usop Hantu Kak Limah buat aku betul2 ketawa....tak sangka Usop boleh buat macam tu depan Dato' yang nak bagi anugerah masa itu...yang tak tahan semua orang (1 dewan tuuuuu) masuk kepala bila Usop cakap "Siapa setuju angkat tangan macam saya".....dialognya yang bersahaja dan sempat berhenti bercakap sekejap sebab ingat dia baca tulisan Jawi....masa dia serius pula, suara dia tiba2 tukar jadi suara jantan (oopppssss, sori la ye )
  17. Sam dengan mak dia pun joint sekaki dengan Usop dan pengacara yang lain2, siap boleh lari pusing2 dengan kerusi roda keliling Dato' lagi tu.....aku rasa Dato' tu mesti pelik sebab aku rasa Dato tu tak tengok lagi cerita 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'...ialah, dah kata Dato' mestilah sibuk memanjang bukan??? (tapi ada aku kisah, wahaahhahhahahaha)
  18. Usop boleh terus berdiri tanpa kerusi roda lepas Sam habis bagi ucapan, siapalah yang bawak lari kerusi roda Usop tu.....
  19. Persembahan Dato' Siti nampak cute, rentak tari ikut tarian Wonder Girls buat dia tak payah nak banyak kali berjalan, menari dalam satu tempat sahaja....nampaknya Siti pun dah kena angau Korea la lagaknya....
  20. Baru ingat yang pengacara banyak berdialog guna nama artis masa opening majlis, baru nak bagi panas la tu agaknya but yang aku rasa kelakar + geli masa Zizan kenakan nama Fasha Sadha dengan dialog "Fasha nak sandar"...manusia2, suka ejek nama orang bukan???
Jadi inilah antara komen - komen peribadi aku...
maaflah kalau rasa tak tersusun....
aku pun rasa inilah antara entry yang terpanjang aku pernah buat...
tapi aku rasa siapalah yang nak baca entry cikai macam nie....
setakat masuk blog ini sekejap dan terus keluar...
sebab entry ini bukalah info yang orang mahu bukan....
ahaaahahahah
aku sudah mula nak merepek lagi....
tapi memang betul pun sebab tak ada sape2 sound aku pun selama ini....

2 comments:

Mrs Nurul said...

beb tahniah kepada sam ! hahah aku minta copy senarai pemenang ni yer beb..dah credit nama ko =)

takky said...

hohoho...
saye dah baca kat blog kak neon tadi...
^O^

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...