http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, March 25, 2011

Mula Sedar Yang Perjalanan Hidup Akan Sentiasa Bermula...

Sesedih mana pun kamu...
sekecil hati mana pun kamu....
sesunyi mana pun kamu....
hidup mesti diteruskan...
tak ada gunanya nak disesalkan....
kerna dugaan itu satu penghargaan....

 [ Gambar: Aku sedar yang aku selalu begini sebelum ini ]

macam mana aku boleh lupa akan ungkapan itu....aku pun tidak pasti....
memang lumrah manusia itu seorang pelupa....
tapi aku yang selalu sahaja lupa...?
bolehkah diterima alasan ini....
aku juga tidak pasti....

setelah seminggu berada di wad....
hanya baring mengerang kesakitan....
dan meronta-ronta kerna terseksa....
baru aku sedar yang ini hanyalah dugaan...
yang mungkin baru sesakit gigitan semut....
hendak bersolat semula meminta ampun atas permintaan aku sebelum ini....
aku tidak berani untuk melakukannya...
kerana aku tidak pasti...
adakah aku akan melakukanya lagi ataupun tidak....
solat bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main....
aku hanya mampu berniat sahaja...
dah bermuhasabah diri sementara....
sebelum menjadi diri yang hina semula pada esok harinya....
ya, aku sedar aku pelupa....
tapi itulah manusia...
yang tidak pernah hendak mengambil cabaran hidup...

perlukan nasihat atas diri yang BANGANG ini....
sekian, terima kasih...
dan aku tahu yang permintaan aku sebelum ini tidak jadi kenyataan....
> ini & ini <
kerana cabaran yang sesakit gigitan semut pun masih mengomel....
inikan pula cabaran yang besar....
manusia.....

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...