http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, December 17, 2010

Selamat Kembali Ke Asrama

Yup...aku sudah pun kembali ke asrama, setelah hampir 2 minggu lebih aku duduk di rumah sewa. Ini kali pertama aku tulis entry aku dalam bentuk perenggan sebab nak praktis untuk blog final projek aku. huhuhuhu. Rasa janggal jugak la bila tetiba tukar style penulisan.Walaupun aku sudah tidak duduk di rumah sewa lagi but im will still remember all of my neighbor n friends. Kenangan kita semua akan aku ingat sampai bila-bila selagi diizinkan.

[ selalu borak2 sampai tengah malam kat luar rumah ramai2 sambil mengutuk orang ]

Sepanjang 2 minggu lebih aku duduk kat rumah sewa, aku dah save 4 topik menarik yang boleh aku kongsi dalam blogspot aku kat dalam handphone...(memandangkan dekat rumah sewa tak ada wireless) aku akan cuba cari masa yang sesuai untuk terbitkan topik2 tersebut. Ia lah, sekarang ini aku pinjam broadband kawan. So, ada la limit2 bila guna....hihihihihihi.

Jadi aku harap pada anda semua, hargailah kawan2 anda yang sentiasa membantu anda. Bukan senang nak cari kawan yang boleh tolong kita, lagi2 kawan itu selalu kene band dalam kelas sebab buat hal. Korang boleh rujuk kat sini dan sini sebab kawan inilah yang banyak tolong aku walaupun ramai budak kelas aku tak suka dia. (aku pun tak faham apa sebab dorang tak suka dia).

Aku juga amat2 berharap korang tak akan dapat kawan yang macam ini sebab dia langsung tak balas pesanan, panggilan handphone hatta telefon rumah aku bila aku cuba hubungi dia. Kalau nak diikutkan rancangan aku yang asal, aku nak tumpang duduk rumah dia sementara nak dapat asrama dan dia pun setuju bila aku tanya dia masa final exam dulu. Malangnya bila aku nak buat kepastian balik, dia langsung tak jawab message dan call aku. Bila ditanya, jawapan ye...ish!!!! Bikin gua geram aje...tapi yang berlalu biarkan berlalu. Aku sudah pun membalas dendam dengan menolak permintaanya untuk menjadi classrep, means jadi ketua kelas untuk sem akhir ini (memang aku tak nak pun tapi dorang paksa juga, amek ko bila aku tolak dengan cara yang sinis dan bukan kasar).

Cukup la sampai sini sahaja coretan aku. Aku rasa kalau aku tulis entry ini seperti style lama aku, konfem entry ini jadi panjang berjela-jela. Ingatlah anda semua, hargailah kawan anda selagi dia belum pijak kepala anda dan masih menghormati anda. Kalau tidak, jangan haraplah dorang nak berbaik-baik dengan anda sebab manusia sekarang bukan macam manusia dulu. Renung-renungkan dan selamat beramal. ^v^

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...