http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, October 17, 2010

JANGAN KORBANKAN DIRIMU, BINTANG....

Bumi sentiasa berputar...
Ada siang, ada malam...
Kadang-kadang kita sedar dalam tidak...
Bahawa bintang sentiasa menemani kita...
Namun tidak semua sedar...
Yang bintang sentiasa memerhatikan kita...

Bintang sentiasa melihat siang...
Bintang sentiasa melihat malam...
Namun bintang sentiasa terpinggir...
Kerana tiada siapa menyedari kehadirannya....
Siang lupa yang bintang ada membantunya...
Malam alpa yang bintang ada menyokongnya...

Malam mula sedar yang bintang memerhatikannya...
Malam mula sedar yang dia bersalah kerana meminggirkan bintang...
Maafkan malam wahai bintang kerana meminggirkan kamu...
Maafkan malam wahai bintang kerna lupa ko sentiasa menemaniku...
Maafkan malam wahai bintang kerna alpa dengan sokonganmu....
Maafkan malam wahai bintangku...

Malangnya siang tidak sedar...
Yang bintang sentiasa memerhatikannya...
Malangnya siang tidak sedar...
Yang bintang sentiasa menemaninya...
Malangnya siang tidak sedar...
Yang bintang sentiasa membantunya...

Wahai siang, wahai malam...
Tolonglah bintang...
Bantulah bintang...
Temanilah bintang...
Agar dia tidak keseorangan...
Agar dia tidak kesunyian...

Ku harap kau sedar...
Yang bintang sentiasa ingin menyinari hidupmu...
Walaupun dia sedar yang bulan lebih menyinari di malam hari...
Walaupun dia sedar yang matahari lebih menerangi di siang hari...
Namun bintang ingin menyatukanmu semula...
Jikalau bintang mampu melakukannya...

Ya Allah...
Selamatkanlah bintang....
Janganlah korbankan bintang...
Jika bintang ingin menyatukan malam dan siang...
Walaupun ianya mustahil...
Namun bintang tetap ingin mencubanya...

Oleh itu...
ku amat berharap dan berdoa yang bintang,

JANGAN KORBANKAN DIRIMU...
JANGAN KORBANKAN DIRIMU...
JANGAN KORBANKAN DIRIMU...

Amin ya robbal alamin...

[ditujukan kepada warga kelasku yang makin retak dimamah anasir-anasir keji dan buruk sangka, semoga hubungan kami kembali seperti dahulu kala...]

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...