Hari ni cuma nak buat short entry jer. Disebabkan aku salah buat satu tugasan atau lebih tepat lagi, cuai dengan tugasan aku hari ni walaupun staff lain dah bagi hint untuk aku lebih waspada dengan tugasan hari ni. Sekarang mi manager aku risau kalau2 customer yang aku terlepas pandang tadi hantar emel aduan lagi dekat HQ. Dah r manager aku memang bad mood hari ni, so memang aku kena kaw2 dengan dia. Dia tak ada r cakap kasar but body language dia memang nampak ketara sangat.
Aku bukan jenis sentap bila orang cakap macam2 dekat aku tapi aku TERsangat terasa bila orang tersebut tunjuk bahasa badan yang menandakan dia geram, kecewa, annoying dengan aku. Aku cuba fikir positif hari ni yang sikap aku yang down sekarang ni mungkin kerana aku lupa nak makan ubat hari ni or sebab perut aku kosong sejak pagi tadi. Ntah la, doakan aku dapat tempuh semua dugaan ni dengan baik & jayanya. Kalau tak pun, just doakan aku dapat hadap-Nya segera sebab aku tak rasa dapat terus bertahan atas dunia ni. Hidup lama2 pun bukannya kumpul banyak bekalan pahala, tapi lebih lama hidup buat aku rasa macam lebih banyak bekalan nak ke neraka je aku ni.
No comments:
Post a Comment