http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Wednesday, November 4, 2015

Melbourne Aku Datang (Part 9) - Victoria University: Footscray Branch

Maaf sebab dah lama tak update blog nie, kena siapkan cepat kisah Melbourne nie sebab minggu ni dah nak flight pergi korea. Straight to the point, kisah hari ke tujuh nie pendek je sebab lawat satu tempat utama je. Tempat lain lawat kejap-kejap dan tak ingat nama tempat.


Hari Ketujuh (1/10/14)

Pagi tu semua berkumpul di Stesen Flinder Street bersama pensyarah kami dan bertolak ke Victoria University (VU). Kami naik kereta api dari Flinders Station menuju ke Footscray Station dan jalan kaki sikit sebab uni dia dekat kawasan situ sahaja. Victoria University (VU) ada banyak cawangan macam UiTM, dan kursus yang berkaitan dengan pelancongan ada dekat cawangan Footscray nie. Sebelum kami berjumpa dengan pihak VU tu, kami pergi sarapan dulu sementara menunggu beberapa kawan kami yang tak sempat nak keluar dari kereta api (kisah betul wei, kusyuk tengok luar tingkap sampai lupa dah sampai destinasi). Waktu sarapan dekat sini, memang kami 100% ikut je apa yang pensyarah kami makan dan apa yang pensyarah kami minum.

[ Blueberry muffin AUD 3.40 + cappucino AUD 2 /sorang sebab kongsi dengan kawan ]

Dah siap-siap makan semua dan jumpa dengan pegawai yang bertugas, kami mula berkenal-kenalan serta dengar mukadimah tentang VU serta kursus pelancongan dekat situ. Kami ambil nota sikit-sikit dan tanya beberapa soalan sebelum sesi perbentangan bermula. Bila dah habis, sesi pembentangan pun bermula dimana 5 orang dari peserta kami memperbentangkan kertas kerja final projek mereka. Yang lain cuma dengar, rekod video, ambil nota sikit-sikit dan ambil gambar. Tengah hari tu, pihak VU sediakan makan tengah hari dan makanan dorang memang sedap. Biasa la, dah lama tak rasa nasi berlauk kan. Hahahhahahahhaahaha

[ Semua "kusyuk" dengar taklimat ]

[ Nak kena cari balik baju tu untuk bawak g korea ]

[ Ok, say cheese ]

Lepas dah makan dan solat (yup, dekat VU nie ada disediakan surau untuk muslim). Kami sambung sesi taklimat kami dengan berkenalan dengan kelab pelancongan VU yang diterangkan oleh ketua kelab pelancongan mereka. Petang tu sebelum Asar kot tak silap, program kami pun habis dan pensyarah tanya kami nak ke mana lepas nie sebab dia ingat nak ajak kami pusing-pusing pergi beli coklat murah dekat situ (tak silap aku la, tak berapa ingat dah).

Jadi layan gambar je la, ada lagi 2 or 3 entri lagi sebelum tamat kisah ini.

[ Beli sweeter VU dekat sini, tengah promosi diskaun kalau beli 3 helai sweeter masa tu dan aku tak ada partner untuk dapat diskaun sebab cuma 4 orang je yang beli sweeter VU dekat sini ]

[ Lawat kawasan sekitar kampus dan ada kolam renang tertutup dekat dalam kampus nie ]

[ Bye VU and thanks for everything ]

[ Dah-dah, jom shopping coklat ]

[ Kamu pilih la mana yang kamu nak beli, so far coklat nie Halal ]

[ Tooooo many choices, what chocolate should i bought? ] 

[ Aku tak beli pun, risau beg nanti berat. Dah-dah, next entry please ]

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...