http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Thursday, November 5, 2015

Melbourne Aku Datang (Part 10) - Royal Botanic Garden & Burger Edge


Last jalan-jalan sebelum balik pada keesokkan harinya. Ada dua tempat lawatan rasmi sebenarnya pada hari tersebut tapi last minute kami batalkan trip ke Fitzroy Garden sebab tengok tempat berbayar tu kecik je (dorang yang cakap la sebab kami sampai lambat). Ok, enjoy the story (lagi sikit je dah nak habis wei).


Hari Kelapan (2/10/14)

Pagi tu kami bergerak dengan berjalan kaki dari hostel hingga ke Royal Botanic Garden, dalam 10 ke 15 minit jugak la jalan kaki ke sana. Ok, lebih 15 minit sebab sibuk bergambar sebelum sampai sana, mujur aku cepat-cepat kawal keadaan (sebab aku pun join sekaki tapi cepat-cepat insaf kejap). Jadi dekat Royal Botanic Garden nie kami dah selesaikan bayaran masuk (sebab sekali pakej dengan tour sekali) dari Malaysia lagi. So harga yang kami dapat dah pun aku lupa, hahahahahahaha.

[ Line clear, snap gamba candid satu ]

[ Termasuk la aku sekali, hahahhahaahaha ]

Royal Botanic Garden nie merupakan salah satu taman yang mendapat pengiktirafan UNESCO kalau tak silap aku la masa tour guide tu terangkan tentang asal usul taman nie. Dia juga siap tunjukkan beberapa upacara masa zaman-zaman dahulu dan terangkan beberapa kebaikan dan fungsi tumbuhan yang ada dekat situ. Nak terangkan lebih lanjut memang tak dapat la sebab dah lebih dari setahun kejadian nie berlaku. Jadi sesiapa yang  berminat nak tahu boleh klik dekat ----> SINI untuk lebih lanjut.

[ Peta Royal Botanic Garden, Melbourne ]

[ Tengah buat demo upacara apa ntah masa nie ]

[ Makan ulam katanya, hahahhahaha ]

[ Jom teroka dengan lebih advance ]

[ Tapi bergambar jangan dilupakan ]

[ Yeah, u right takky: say Dr. Zuha ]

[ Wow, wow, cepat-cepat...semua dah ke depan tu ]

[ Yeah!!!! ]

[ Katanya inilah bendera Australia dulu-dulu sebelum wujudnya bendera Australia sekarang ]

[ Sambil-sambil dengar tentang bendera, kami minum teh yang guide tu sediakan ]

[ And take a picture, peace!!!! ]

[ Masa nie musim bunga baru nak mula ]

[ Cukup-cukup la kome, meh kita p makang ]

Dekat sejam setengah ke 2 jam juga la kami dekat taman tu, disebabkan lawatan ke Fitzroy Garden ialah lepas pukul 2.00 petang, jadi kami diberi masa untuk bersiar-siar sebelum berkumpul dekat destinasi yang seterusnya. 

[ Lokasi dekat atas jambatan tak silap aku ]

[ Thankz Dr. Zuha sebab belanja kami makan sushi, memang sedap sushi dia tapi bukan semua sushi boleh makan ye ]

[ Lokasi dekat Little Ipoh Melbourne, air Bubbly Float nie asalnya AUD 6.00 je dalam menu tapi sebab aku tak tahu ada saiz kecik dan saiz besar, kedai tu bagi saiz besar dan aku kena bayar AUD 7.50. Geram kejap aku masa tu ]

Kumpulan aku sampai lambat sikit dekat Fitzroy Garden tu. Taman nie memang besar tapi disebabkan kami buat lawatan rasmi, kami kena masuk dekat cottage yang ada dekat situ dan pensyarah cakap tempat tu kecik dan tak berbaloi dengan harga yang akan kami kena bayar (mujur tak bayar lagi sebab pihak sana suruh bayar by hand). Jadi pensyarah dah suruh ajk yang berkaitan untuk emel mintak batalkan lawatan tu dan mujur pihak sana terima dengan hati terbuka. Jadi kami dekat taman tu memang bergambar sakan dan aku tak larat nak cari gambar banyak-banyak sebab gambar dekat atas pun dah cukup banyak.

[ Yang penting gambar untuk masuk dalam laporan lawatan kena ada ]
                                 
[ Gambar bulatan nie ada banyak tapi jumpa satu je dekat FB ]


Disebabkan kami dah lapang petang tu, aku pun plan nak mengular sorang-sorang TAPI kawan aku tak bagi sebab Dr. F suruh dorang pastikan ada orang teman aku berjalan dekat sini. Jadi petang tu lepas dapat maklumat dari Dr. Zuha tentang lokasi makanan halal yang agak WOW, aku pun paksa sorang kawan aku nie ikut aku cari kedai nie sampai jumpa disebabkan aku dah teman geng dorang pergi tengok tempat shopping. Penat dok curi WiFi kedai sebab nak guna google maps (masa tu aku tak tahu tentang waze lagi) sampailah bermanis mulut dan buat muka comel tanya orang dekat situ tentang lokasi kedai nie. Thanks tu sorang mat saleh nie yang memang baik hati dan boleh buat pompuan cair bila tengok, dia sudi tolong terangkan dekat aku lokasi kedai nie walaupun dia tak berapa pasti dekat mana kedai tu berada. Memang kami bertiga (termasuk kawan aku) zero pasal lokasi kedai nie dan harapan kami pada google maps je. Mamat tu ibarat nujum pak belalang mula menilik yang kedai tu ada dalam bangunan depan kami iaitu Melbourne Central Shopping Centre (berdasarkan lokasi dalam IG aku) dan dia cadangkan kami pergi ke foodcourt dalam bangunan tu untuk tahu lebih lanjut. Sampai-sampai je dekat foodcourt tu, terus nampak kedai yang kami cari dan HORAYYYY!!!! Jom makan.

[ Makan set Burger Okker = AUD 10.90, tak ingat aku ambik air atau tak tapi yang pasti sos dia pedas dan sedap ]

Sos dia ada 5 jenis tak silap aku dan aku pilih yang pedas. Burger dia yang ampun, sedap wei. Beza kot dengan burger dekat malaysia tak kira burger tepi jalan mahupun burger yang dekat McD, KFC bagai semua tu. Jadi aku makan dengan kawan aku dan dia tak habis makan sebab saiz burger tu besar bagi dia. Memang puas hati la makan burger nie.

Malam tu kemas barang siap-siap sebelum terbang pada esok hari dan malam tu jugak abang Fandi dan bini dia datang lawat kami dekat hostel sebelum kami bergerak balik ke Malaysia esok hari. Sempatlah buat kenduri makan meggi dan tong-tong piza dekat hostel tu dengan dorang tapi gambar tak ada sebab tak jumpa siapa yang ambil gambar masa kami makan sama-sama nie.

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...