Owh, semalam kusyuk sangat tonton cerita GHOST 8TV yang Cheryl Samad berlakon tu sampai lupa nak update blog untuk hari ini. Malam tadi dah habis maraton cerita tu, jadi hari ini dah boleh sambung balik nak throwback trip aku ke Melbourne.
Hari Keenam (30/9/14)
Pagi tu bermulalah trip education kami semua. Target tempat untuk belajar hari ini ialah di Melbourne Visitor Centre (MVC) dengan Agensi Pelancongan ExtraGreen Holidays. Memandangkan dua tempat ini jarak dia dekat sangat dengan hostel kami, jadi kami hanya berjalan kaki sahaja untuk ke sana dan destinasi pertama kami pada pagi itu ialah agensi pelancongan. Lepas dah confirmkan dengan staf dekat situ, borak-borak semua dan tanya apa yang patut dalam 30 minit juga la tak silap, kami menuju ke MVC pula. Masa tu AJK yang berkaitan pergi bawak surat dan tanya staf dekat situ dengan siapa mereka nak berjumpa. Aku dah tak ambik port sangat sebab AJK aku pergi buat kerja dia masing-masing (kejam ye la ayat aku nie tapi nama pun ketuakan?? :P ). Jadi dekat MVC pun kami diterangkan oleh staff yang bertugas mengenai MVC nie dan destinasi-destinasi yang menarik di Australia. Banyak juga info yang kami dapat di sana tapi yang aku ingat kalau nak pergi tanya apa-apa dekat kaunter pertanyaan dia, kena ambil nombor giliran sebab ramai sangat pelancong yang datang ke situ. Masa kami berada di MVC pun sekitar 30minit jugak. Ok, habis education trip untuk hari ini yang mengambil masa 3 jam sahaja termasuk berjalan, menunggu dah posing ambik gambar sebelum sampai ke destinasi tu dan trip education yang seterusnya sambung esok hari.
|
[ Tengah bincang pasal trip ke taman tak silap ] |
|
[ Baru jumpa Dr. F masa nie ] |
|
[ Dr. Zuha tanya best ke idok merayau? ] |
|
[ Yang bawak anak tu pun student trip nie gak ] |
|
[ Habis lawatan 30min kami ] |
|
[ Tu dia MVC ] |
|
[ Snap lagi gambar masa AJK bertugas tak ada ] |
|
[ Tu nombor giliran siapa? ] |
|
[ Jumpa pegawai bertugas ] |
|
[ Ambik gambar dengan local tourist guide yang explain dekat kami ] |
|
[ Cepat sign, nak mengular nie ] |
Now is a free time, Dr. F ajak siapa yang nak ikut dia pergi jalan ke mana ntah boleh ikut dia dan siapa yang ada plan nak pergi tempat lain boleh pergi tempat lain dengan syarat pergi secara berkumpulan. Aku?? Cover-cover depan dr sampai bayang dr hilang, baru pergi mengular sorang-sorang. Macam tajuk entri aku hari ini, destinasi pertama aku ialah ACMI atau nama panjang dia Australia Centre For The Moving Image. Kenapa aku nak pergi sini? Malam semalam (atau malam beberapa hari lepas), sempat mengular kejap sorang-sorang dekat sekitar kawasan situ memandangkan tempat tu dekat dengan Flinders Station dan MVC. ACMI tengah buat pameran DREAMWORKS ANIMATION: The Exhibition. ARGH!!!!!! Ada pameran animasi wei!!!!! Aku nie bukanlah peminat tegar cartoon-cartoon nie (anime aku minat tapi cartoon kurang sikit, beza taw dua tu). Jadi memang destinasi aku hari tu memang nak pergi kesana dan aku pergi sorang-sorang dan nak tahu berapa lama aku spend masa dalam tu?? Hampir 3 jam aku mengular sana sorang-sorang tanpa aku sedar.
|
[ Animation, here i come ] |
|
[ Watak Madagascar even aku tak pernah lagi tengok cerita nie ] |
|
[ Tengah beratur untuk buat salah satu aktiviti dorang ] |
|
[ Tonton video pendek sambil baring ] |
|
[ Tu dia lakaran cerita Shrek ] |
|
[ Pengenalan ] |
|
[ Salah seorang pelukis?? Entah, tak ingat ] |
|
[ Syok gila!!!!! ] |
|
[ Ke tepi lah kamu wahai manusia ] |
Memang syok gila masa tu. Kau boleh tengok macam mana dorang buat animasi, cuba dia punya software untuk buat animasi, tengok wayang gambar pendek dorang dan macam-macam la lagi. Lepas tu ada pula pameran gadjet game dari zaman dulu sampai la sekarang. Dekat sini pun memang lama juga dan sempat main game-game legend yang ada dekat situ. Harga untuk masuk masa nie ialah AUD 16 guna student kad. Pergh, selamat wei boleh guna student kad. Kalau tak memang lagi mahal rasanya. Sayangnya dalam jelajah aku dekat sini, aku tak banyak ambik gambar tapi banyak ambil video. Jadi kena cek dulu satu-satu mana video yang ok dan mana yang KO. Hihihihihihihiihihi.......
[ Hall Gadjet yang dibahagi kepada beberapa seksyen]
[ Demo buat animasi di Hall Animasi ]
[ Tengok video pendek di Hall animasi ]
Habis berjalan di ACMI, pergi beli lunch dekat Flinders Station which is okonomiyaki dan makan dalam perjalanan menuju ke IMEX Melbourne Museum.Yang ini aku naik trem free dari Flinders Station tapi lupa turun dekat stesen mana. Korang google je la nanti, yang aku pasti tempat nie memang dekat dengan Melbourne Museum. Kenapa aku pergi sini? Sebab dalam apps aku ada kupon free dan kawan cina aku yang pergi sana cakap tempat nie best, jadi aku pun pergi je la ke sana sorang-sorang. Dekat kawasan sekitar situ memang banyak tempat yang boleh dilawati tapi sayangnya timing aku pergi tu salah dan aku cuma masuk satu tempat je dan sayang lagi seribu kali sayang. Aku tertido masa tengah tengok IMAX tu. Tiket masuk ke IMAX ialah AUD 12.80, aku guna kupon diskaun aku PLUS student kad. Masa tu sesaja tanya orang kaunter boleh ke tidak guna student kad. Orang tu kata boleh je even kau bukan belajar dekat Australia nie sebab student tetap student bukan? Jadi orang tu bagi aku harga student + diskaun kupon. Harga student pula tak ada untuk tempatang atau asing, memang guna satu harga je pun. Kat situ aku kagum dengan sistem dorang. Kalau ada sistem tu dekat Malaysia, harap dapat maklumkan dekat aku sebab setakat aku menulis entri ini which is hari ini, aku belum jumpa lagi harga student yang membezakan student local dengan foreigner.
|
[ Baru lepas hujan, sumpah sejuk gila masa nie ] |
|
[ Ok, standby semua ] |
|
[ Student kad + kupon diskaun = tiket IMAX ] |
|
[ Korang nampak tu? ] |
|
[ Harap-harap tak terlepas trem free ] |
Kena balik awal masa tu untuk kejar trem free sebab tak silap aku trem free habis operasi dalam pukul 6.00 petang tak silap. Jadi lepas sampai ke hostel, letak beg kejap solat semua dan sambung keluar balik pergi pusing kawasan sekeliling dan masuk lagi ke kedai-kedai bawah tanah yang aku belum masuk lagi. Entah mana aku pusing, boleh pula jumpa kedai Daiso dengan satu kedai nie yang jual semua barang-barang POKEMON. Owh, I love Pokemon dan dalam hati memang nak sangat-sangat beli satu dua barang Pokemon macam baju ke apa tapi bila tengok harga "Ya ampun, mahal ye. Cukup ke duit aku nie?" (Dan sekarang rasa menyesal sikit sebab duit lebihan aku memang banyak masa tu). Aktiviti malam tu tak ingat dah apa aku buat. Ok, sambung cerita esok. Nak survey video mana nak letak dalam entri nie kejap sebelum aku publish entri ini.
|
[ Kedai Vege, and tuan kedai kata memang tak ada unsur haiwan ] |
|
[ So, tawakal dengan bismillah dan makan sambil tunggu next entry ] |
No comments:
Post a Comment