http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Monday, October 5, 2015

Melbourne Aku Datang (Part 7) - Harbour Town Docklands

Entri pendek je kali nie sebab aktiviti esok ialah aktiviti rasmi kami bagi education trip.


Hari Kelima (29/9/14)

Hari ini, aku cuma ikut sahaja ke mana kawan-kawan aku pergi sebab aku memang blur nak pergi ke mana pada hari ini. Jadi bila dengar mereka cakap nak pergi ke Harbour Town Docklands, aku ia kan sahaja plus aku ada kupon diskaun untuk tarikan di sekitar situ melalui app Melbourne yang aku download dari Google Play. Kami bertolak dari Flinders Street menaiki trem percuma menuju ke Waterfront City/Harbour Town (atau satu stesen sebelumnya, aku dah tak ingat). Yang pasti sejurus kami turun dari situ, pemandangan pertama yang kami nampak ialah Etihad Stadium. Katanya dekat situlah perlawanan bola sepak berlangsung, tak pasti betul tidak fakta tu sebabnya aku bukanlah peminat bola sepak. Jadi kami ambik gambar dekat sekitar situ sebelum masuk ke kompleks beli belah dia.







Banyak promosi yang sedang berlangsung pada masa itu untuk jualan penghabisan stok rasanya. Kawan aku beli handbag dekat 2 - 3 bag jugalah, baju dan barang lain tak usah cakap, memang banyak pun. Aku je tak beli pape dekat situ sebab aku tak reti nak beli barang-barang nie semua (cakap je la tak minat). Kalau ikutkan nak pergi ke Melbourne Star Observation Wheel sebab ada kupon diskaun tapi majoriti tak nak pergi ke sana. Jadi aku pun follow the flow.











Sampailah waktu tengah hari lepas dah lunch, nasi goreng veggie = AUD 8.90 (memang betul-betul vege, sarkastis sikit), kami pergi ke satu lagi pusat beli belah dan kali ini aku jalan sorang-sorang sebab tak sangup nak melangut sahaja dorang bersakan beli itu ini. Jadi lepas dah cakap dekat salah seorang yang aku nak balik dan dorang pun ok, aku balik semula ke hostel tapi sesat naik trem disebabkan aku main lejan je naik. Mujur trem tu memang free punya. Last-last jumpa kawasan yang aku nampak familiar, aku turun dekat situ dan melencong pergi tengok setiap kedai yang ada dekat kawasan situ lagi-lagi yang belah bawah tanah punya. Dekat waktu malam jugak la aku baru sampai hostel.

[ Besar sayur tu dah sama size dengan sudu, memang betul-betul veggie ]
Malam tu kami semua tak keluar pergi mengular ke tempat lain sebab esok ialah lawatan rasmi kami. Jadi ada dikalangan kami yang akan membuat pembentangan di Victoria University membuat semakan terakhir pada slide show mereka. Kalau ikutkan hampir setiap malam kami akan lepak dekat kawasan jalan kaki utama berdekatan dengan hostel kami, sebab dekat situ line WiFi lagi kuat berbanding dekat dalam hostel. Dekat situ juga ada jual air tin yang paling murah kami semua jumpa berbanding tempat lain iaitu sekitar 90sen AUD je untuk 1 tin, tengok jenama juga la. Aku selalu beli diet coke je dan malam tu teringin nak beli aiskrim, jadi survey dekat situ mana yang ada tulis Halal, tak ada gelatin semua, aku beli dekat situ dalam AUD 4.40. Malam tu memang kami cuci mata tengok gelagat orang baru balik kelab dengan orang baru balik tengok game football.


[ Ok, sambung cite best esok ]

2 comments:

Time Traveller said...

Riang ria jenjalan ke Melbourne tu huhuu...
Seronok pulak bila jenjalan dengan kengkawan yang ramai huhuu :D

takky said...

@timetraveller, education trip je nie....kalau tak plan nak p jejalan dengan dr zuha masa sem 2 dulu, memang tak ada harapan la nak merasa p negara orang masa study...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...