http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, October 4, 2015

Melbourne Aku Datang (Part 6) - St. Kilda & Swinburne University

Ok, kita bersambung ke bahagian ke-2 pula untuk hari ke-4 nie.


Hari Keempat - Bhg. 2 (28/9/14)

[ Ok, lets continue our journey]

Dah habis makan, shopping sikit (aku tengok-tengok je) dan topup Myki, kami bersama kak Izzrin bertolak ke St. Kilda naik trem. Masa tu trem agak sesak dan kak Izzrin teruja bila tengok aku berpeluh masa tu walaupun cuaca masa tu sejuk. Dia kata sepanjang musim sejuk sampailah sekarang, nie baru kali pertama dia nampak orang berpeluh masa cuaca sejuk nie. Destinasi pertama kami dekat St. Kilda nie ialah Melbourne's Luna Park. Kak Izzrin kata kawasan sini memang terkenal dengan taman tema nie dan pantai dekat bahagian belakang dia. Kami dekat sini cuma ambik gambar je, nak main memang tak sangup sebab orang ramai sangat beratur nak beli tiket dan kami tak nak bazirkan masa kami dekat situ untuk lihat tempat lain yang lagi indah (tu dia ayat cover line aku). So tanpa banyak bercakap, meh la cuci mata tengok gambar je sebab tak tahu nak tulis apa pasal tempat nie selain sighseeing. Jangan risau, tujuan kami ke sini pun memang nak cuci mata pun tapi biarlah jadi tatapan kami sahaja. Hahhhaaahahhahhaaahah





[ Lets go to the beach, we no need shoes ok ]

[ They says its to HOT for them, auumm!!!]





[ Tugu dekat St. Kilda yang terkenal dekat situ, boleh google Captain Cook untuk tahu sejarah dia ]


Lepas dah habis cuci mata semua, kami nak pergi jemput abang Fandi dekat university dia. Kalau universiti dekat Malaysia ada pak guard semuakan, universiti dekat sini boleh masuk macam tu je. Ko redah je kawasan sini sebab orang memang tak marah plus aku tak nampak pun pak guard dekat sini. So, buat pertama kalinya kami berjaya menjejakkan kaki kami ke university luar negara walaupun cuma bahagian luar je dan bukannya dalam kelas.








Abang Fandi habis kelas arab tak silap aku masa tu. Memandangkan masa tu dah nak gelap dan waktu yang sesuai untuk makan malam, abang Fandi dan  kak Izzrin bawak kami ke kedai Fish n Chips yang memang jadi kunjungan orang ramai dekat situ tidak kira muslim or not tapi yang pasti situ memang halal. Aku beli Fish n Chip + scalot + sos dia= AUD 8 compare dengan Malaysia = RM 9 tanpa scalot dan sos, so not bad gak la harga dia (jangan tukar currency, biar RM is RM dan AUD is AUD). Kami tak makan dekat kedai tu tapi kami makan dekat rumah mereka. Rumah mereka like student apartment style, at ruang tamu utama ada meja snooker dan tv semua, pastu ada satu bilik kosong like ruang bacaan tak silap aku dan situ la tempat kami makan ramai-ramai. Aku dan a few budak pun sempat tengok bilik mereka. Walaupun kecik tapi cantik dan kemas but paling aku minat bila tengok rumah dia ialah almari dapur mereka nampak interesting sangat. Tak boleh nak cerita banyak pasal bilik dorang sebab tak sampai 5 minit pun aku dan kawan-kawan pergi situ. Kami pergi sana bergilir-gilir sebab nak basuh tangan je, hahahaahahhahahhaha.

[ Awat gambaq gegaq, lagi sekali ]

[ Ok, cun. Baru nampak nak masuk musim bunga ]

[ Papan tanda sebelum masuk kedai dia ]

[ Abang polis pun beli dekat sini wei ]

[ Abang Fendi dan Kak Izzrin belanja air ]

[ 1 FnC, 1 Scalot, 4 sos = AUD 8, 1 sos bagi kawan ]
Jadi, sepanjang kami berada di ruang tamu tu, sempat berborak dengan pasangan tu macam mana dorang boleh kenal dan kahwin semua, macam mana boleh tergerak hati nak sambung belajar dekat Melbourne, cabaran raya dekat sini dan paling rare is semua baru belajar main snooker. Sempat jugak tengok album kahwin dorang dan dengar pengalaman dorang dalam bab traveling nie sebab dorang pun memang suka travel. Bila dah nak dekat pukul 10.00pm, kami mula bertolak pulang ke hostel sebab tak nak terlepas trem nanti. Abang Fandi dengan kak Izzrin hantar kami sampai ke trem dan say take care to us. InsyaAllah mereka akan jumpa kami lagi sebelum kami pulang ke Malaysia.

[ Jumpa lagi next entri ]

2 comments:

Anonymous said...

Selamat kembali Takky...lepas ni mintak kalau ada masa, selalu la update blog...cerita pasal semut pun takpa. Geram tengok ikan tu. Nampak sedap gila.

takky said...

wow, tak sangka ada yang masih baca blog nie...
aku baru je ingat aku dok merapu sorang-sorang dalam nie....
thankz sesangat sebab sudi baca blog picisan nie...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...