Untuk hari ke-4 nie, aku rasa kena buat dua bahagian sebab ada banyak jugalah tempat yang kami lawat.
Hari Keempat - Bhg.1 (28/9/14)
Seperti yang telah kami bincangkan di pantri hostel, hari ini kami akan pergi ke Brighton Beach. Mana-mana pelancong yang melawat ke sini sememangnya mempunyai persamaan yang sama iaitu nak melawat rumah kecil warna-warni yang ada di pantai tersebut. Nama rumah tu Brighton Bathing Boxes. Pape pun kami bertolak ke sana dalam waktu pagi dari Flinders Station ke Brighton Beach Station. Dekat sini kami beli kad Myki dalam AUD 6. Sebelum cerita lebih lanjut, harap korang study sehabis baik macam mana nak guna Myki ni sebab mulanya kami ingat Myki nie macam Touch n' Go tapi sistem dia ada kelainan sikit dari TnG. Boleh rujuk website Myki untuk lebih lanjut ok ---->
SINI
|
[ Tengah beli Myki ] |
|
[ Nak turun belah mana nie? ] |
|
[ Korang, pandang atas ] |
|
[ Takky, nak gambar jugak ] |
|
[ Aku dengan dia 1st kenal masa kursus TG sebelum masuk UMT lagi ] |
|
[ Kunci bilik dengan Myki ] |
|
[ Ok, ambik gambar kenangan sebelum naik train ] |
Bila dah beli kad, tengok keadaan sekeliling stesen dia nampak gah jugak la. Mungkin sebab itu salah satu stesen kereta api utama disitu. Perjalanan dari sini ke brighton beach tak mengambil masa yang lama. Sepanjang berada di dalam train, boleh nampak beza suasana dekat bandar utama dengan luar bandar. Bila tengok bangunan-bangunan yang kami jumpa sepanjang perjalanan kami, mungkin ada sebahagian pelancong akan anggap yang bangunan itu dah kena vandalisme dengan budak-budak tempatan tetapi bagi aku contengan yang mereka buat pada bangunan-bangunan itu adalah seni kreatif. Cantik la juga lukisan-lukisan yang kena conteng tu cuma sayang kamera tak berapa power, jadi tak dapat nak ambik gambar bangunan-bangunan tu.
Keluar dari stesen kereta api, belok kanan, lalu terowong kecik bawah landasan kereta api, dah boleh nampak pantai dari jauh. Memandangkan kami nie kanak-kanak ribena, memang perangai dah macam budak-budak la masa tu. Masa tu baru nampak pantai je, belum nampak rumah warna-warni tu lagi. Tapi kami dah bergambar sakan dekat situ.
|
[ Sape boleh tolong ambikkan gambar aku nie? ] |
|
[ Hujung belakang aku tu bandar Melbourne taw ] |
|
[ Group foto sebelum pergi rumah warna-warni tu ] |
Dok tengah syok ambik gambar, telefon aku tetiba buat hal pula. Screen aku jadi freeze semua dan keypad langsung tak boleh nak berfungsi. Kalau situasi nie jadi dekat telefon lama aku, aku bukak bateri aku dan pasang balik dah ok. Malangnya telefon baru nie puya bateri dah memang melekat terus. Memang spoil la mood aku mase tu dah punya lama aku dok godek-godek, jentik-jentik bagai telefon tu, barulah dia hidup balik.Fuhh, lega gila masa tu. Masa tu semua dah jalan nak pergi ke rumah warna-warni tu.
|
[ Aku sembunyi belakang mercu tanda tu betukan telefon aku ] |
|
[ Kami kanak-kanak ribena ] |
|
[ Tenang gila masa nie, dengan angin sempoi-sempoi je ] |
|
[ Guys, wait for me ] |
|
[ And they all left me behind] |
|
[ Don't block my way dude...What, wanna fight??!! ] |
|
[ Fine, you win ] |
|
[ So, sad...lain kali datang tempat orang buat macam datang tempat orang Takky ] |
|
[ I will back Mr. Kangaroo ] |
Sampai waktu lunch, kami semua lapar tapi semua tak tahu nak cari makanan halal dekat sana. Aku suggest makan je fish n chip dengan makanan vege dekat situ but ada yang was-was bila tiba bab makanan nie. Aku pun tak boleh nak urgue bagai sebab majoriti macam tu. Just follow the flow. Kebetulan masa kami nak ambik gambar ramai-ramai guna poloroid kamera kawan aku, kami jumpa couple Malaysia nie dan mintak tolong dia ambilkan gambar kami. Jadi kawan aku yang pakai kot coklat tu pergilah tegur couple tu dan tanya dekat mana nak cari makanan halal dekat situ. Memang nasib kami baik sangat, couple tu dari nak tunjuk kedai halal dekat mana, terus dorang jadi guide kami untuk berjalan satu hari tu.
Dari Brighton Beach, kami naik train menuju ke Flinders Station dan tukar naik trem ke St. Victoria untuk cari makanan halal. Dalam train tu kami berborak dengan couple tu. Mereka dah kahwin, laki nama Fandi Khor dan study dekat Swinburne University dalam kos arkitek or grafik tak ingat, tapi yang pasti kena lukis2 semua. Hujung minggu dia buat kerja part time dan bini dia nama Ku Nurizzrinda pun ada kerja part time dekat situ. Fandi beritahu susah nak jumpa orang Malaysia yang jenis peramah bila datang ke sini, jangan kata peramah.....nak senyum dengan orang Malaysia sendiri pun payah (aku buat testimoni masa nak beli souvenir dan ia terbukti). Walaupun bukan semua orang Malaysia macam tu, tapi majoriti yang dorang jumpa memang macam tu la. Jadi bila couple tu jumpa kami, memang mereka gembira sebab mereka dah lama tak borak dengan orang Malaysia dan guna full Bahasa Melayu bila bercakap. Jadi kami berborak-borak sampai ke destinasi yang dituju.
|
[ Edit gambar bini dia sebab tengok dekat FB, dia dah pakai tudung ] |
|
[ Jadi harap maaf la kalau tak lawa aku edit tu ] |
Kami makan di kedai Taste of Thai. Ada satu drama kelakar la jugak masa makan dekat sini. Kawan aku sorang nie order nasi goreng ayam krispi dan aku order nasi goreng ayam biasa sebab tengok bajet. Masa makanan tu sampai, semua main hulur je makanan bagi dekat orang lain dan aku pun masa tu dah lapar sangat. Bila semua dah bagi makanan dekat masing-masing, makan je la sampai la kawan aku tu rasa pelik asal ayam dia tak rasa krispi. Terus dia pandang aku dah tanya soalan tu yang buat aku tanya "aku baru makan suku, meh pinggan tu tukar dengan aku" tanpa rasa bersalah (dalam hati je, riak muka tu tunjuklah rasa bersalah) dan dia tak nak tukar lalu makan je apa yang ada.
|
[ Ni nasi yang aku makan ] |
|
[ Dan nasi nie yang sepatutnya aku makan ] |
Dekat kedai nie ada surau kecik dekat bahagian belakang. Tuan kedai nie buat surau sebab memang pekerja dia mostly orang muslim termasuk tuan kedai tu sekali. Cuma kena cakap dekat tuan kedai la sebab surau tu kena lalu dapur kedai dia. Jadi kami solat jamak dekat situ bergilir-gilir. Lepas dah habis makan, singgah kejap dekat satu shopping complex nie sebab nak topup Myki (kan aku dah cakap kami tak study habis pasal Myki nie). So lepas makan tu kami bersama bini abang Fandi nak berjalan naik trem ke tempat lain pula. Abang Fandi tak ikut sebab dia ada kelas petang tu. Ok, sambung next entri sebab dah panjang sangat aku cerita untuk entri nie.
|
[ Ni signboard nak pergi makan kat kedai Taste of Thai, yang Fish & Chip tu next entri ] |
No comments:
Post a Comment