Bersambung untuk bahagian ke empat. Hampir-hampir nak terlupa buat next entri. Bahaya betul bila nak mula terlupa nak sambung tulis. AMARAN, ada 3 video untuk entri kali ini. harap dapat bersabar bila video lambat loading.
Hari Ketiga (27/9/14)
Pagi tu semua berpecah ikut geng masing-masing. Macam aku nie follow geng perempuan yang ada dalam gambar bawah nie sebab kami memang plan nak pergi Eureka Skydeck 88. Cumanya aku tak ingat motif kami pergi lagi ke Queen Victoria Market. Apa-apa pun pergi je la berjalan dekat sana dan cuci mata lagi.
|
[ 2 Cina belakang, 1 India, 1 Mix Nyonya, 1 Melayu ] |
Kalau semalam pergi tengok barang cenderahati, kali ni pergi tengok barang basah dia pula. Seriously basah basah dia BERSIH wei, tak tipu. Aku terfikir masa tu yang pasar basah nie memang sesuai jadi salah satu tarikan pelancongan disini. Bila sampai dekat Queen Victoria Market, kumpulan aku berpecah dan jumpa dekat lampu isyarat sekitar situ dalam pukul 11.00 pagi. Jadi aku pun jalan-jalan la dengan kawan aku yang indian ni. At first aku buat tak tahu je bila di aikut aku but last-last terpaksa tegur dia suruh explore tempat tu dengan hati yang happy, not sebab asyik ikut aku. Dia asyik ikut aku sebab dia takut kena tinggal sorang dan takut sesat. I know its little bit dangerous berkeliaran seorang diri but pasar basah tu bukan ye besar mana pun, kecik je plus nanti dah janjikan nak jumpa dekat lampu isyarat dekat situ. Bila dah basuh dia sikit, baru dia pergi explore sendiri dan aku pun dapat berjalan dengan tenang.
[ Video 8 min dan 3gp format, harap bersabar ]
Jalan punya jalan dekat situ, tetiba perut lapar pulak. Baru ingat tak sarapan lagi masa keluar dari hostel. Nak cari makanan dekat situ tak tahu mana ada cop halal. Kebetulan dekat situ ada yogurt. So, niat dalam hati cari yang vege or buah dan tak ada gelatin. Jumpa satu kedai nie, semua kategori untuk rasa was-was dah tak ada tapi tetiba baru perasan dia ada tulis pasal gelatin yang mungkin termasuk dalam makanan dia sebab hasilkan produk lain dekat tempat yang sama. Terus cancel dan pusing cari kedai lain. Jumpa satu lagi kedai macam dekat bawah nie.
|
" Confirm 100% based fruit? No gelatin?.....ok, jalan" |
Bila dah tanya dua soalan tu dan dapat respond positif, dia bagi aku rasa sample bila dah tunjuk mana yang 100% fruit dan mana tak (aku rasa yang 100% fruit la). Last-last aku beli satu yogurt fruit saiz kecik bila tengok harga dia yang paling murah tapi campur dua perisa iaitu mixed berry dengan mango tak silap aku. Bila tengok dia tapau yogurt aku tu, dalam hati aku masa tu "Wow, itu saiz kecik korang cakap? Besar tapak tangan aku kot."
|
[ Kau nampak betapa BESARnya saiz kecik dia. If family saiz? ] |
Lepas dah beli, pergi duduk dekat sebelah luar kedai tu ada meja makan dan kerusi untuk rehat dan santai. So, makan lah dekat situ sambil tengok orang sekeliling. Rasa macam orang puteh sangat masa tu sebab suasana dia yang tenang dan happy. Tak dengar bunyi kenderaan yang bising walaupun dalam bandar dan memang rasa tenang dan damai lah. Tak tahu nak terangkan macam mana.
[ Makan sambil tonton persembahan ]
|
[ Sambil makan, sambil baca sejarah QVM ] |
|
[ Oit, mengah wei ] |
Lepas dah makan dan tengok jam pukul 11.00 pagi, aku terus pergi ke tempat lampu isyarat tu dan tunggu kawan-kawan aku. Habis kumpul, naik free trem dan cuci mata tengok keadaan sekeliling habis satu pusingan tak salah aku. Nice dorang punya trem dan ada banyak brochure dalam tu untuk rujukan pelancong. Pada sesiapa yang nak naik trem percuma nie, aku cadangkan naik trem nombor 35 warna merah sebab itu memang khas untuk bawak pelancong pusing satu bandar Melbourne (padahal tu je gambar trem ada dalam handphone ko, tak ingat ada free tram lain atau tak). Cuaca masa tu tak panas, tak sejuk sangat. Memang selesa bila berjalan dan kami turun dekat mana ntah sebelum sampai ke Eureka Skydeck 88.
|
[ Jom naik trem FREE pusing bandar ] |
|
[ Orang tak ramai, selesa naik ] |
|
[ Ada sebab kenapa kawan aku sengih macam tu ] |
|
[ Cover line pas ambik gambar ] |
|
[ Berapa kali kena posing dah ] |
Sebelum bertolak dari UMT, aku bagi tahu yang semua kena bawak kad matrik a.k.a kad pelajar masing-masing sebab ada sebahagian tempat pelancongan boleh guna harga pelajar. Jadi bila semua dah bawak kad matrik, kami guna kad tu untuk masuk ke Skydeck nie. Daripada kena bayar dalam AUD 20++, terus dapat harga AUD 15 guna kad pelajar. Jadi lepak la dalam tu dan tengok keadaan sekeliling. Sangat cantik, langit biru, angin kuat dan Ya Allah, cantik betul ciptaan Dia. Kebetulan ada satu bahagian nie sepatutnya kena bayar kalau tak silap tapi tengok ramai je yang masuk. jadi aku pun masuk dekat situ dan masa tu lah rasa "WAH!!!!!, Kuatnya angin dekat sini. SEJUKKKKK tapi BESTTTT!!!!!"
|
[ Atas: Gelap la gambar / Bawah: Tak nampak laut pulak ] |
|
[ Bajet feeling rambut iklan Rejoice sambil cover perut ] |
|
[ Tak ingat nama bangunan tu but menarik building dia ] |
|
[ Dia kata gambar dia lawa pakai kamera saya ] |
|
[ Say cheese!!!! ] |
|
[ Baru tahu maksud Eureka sebab selalu dengar word nie dalam Running Man ] |
Dekat sejam lebih juga la dekat situ sampai petang. Balik mandi-mandi dan tunggu makanan sampai sebab kami ada pesan makanan dekat kawan pensyarah yang tinggal dekat sini masa mintak dia tolong kami uruskan bayaran penginapan kami.
Malam tu jalan sorang-sorang lagi sebab nak cari mana-mana kedai yang ada jual makanan halal. Ada la jumpa beberapa kedai tapi agak tricky sikit sebab kebanyakkan agak tersorok. Masa tu jugak ada satu street show masa tengah cari kedai halal. Nice performance dan agak comel bagi aku. Patut la Dr. Efi kata dia suka tengok street performance masa study dekat Melbourne dulu.
[ Rugi tak ambik video dari mula ]
|
[ Flinders Station waktu malam ] |
Dah habis berjalan semua, balik hostel dan pergi lepak dekat kawasan pantri pula sebab ada meting pasal kawan-kawan bercadang nak pergi ke Brighton Beach. Jadi itu cerita untuk hari ini sebab esok nak jalan jauh.
No comments:
Post a Comment