Entri untuk kali ini agak pendek sebabnya aku dah tak berapa ingat aktiviti apa yang dibuat pada hari itu. Semua yang aku tulis nie berdasarkan turutan gambar yang aku simpan dalam telefon aku je.
Hari Kedua (26/9/2014)
Pagi tu kami bersarapan di hostel sebelum turun keluar berjumpa dengan Dr. Zuha dan Dr. Efi. Aktiviti untuk hari ini ialah pengenalan ringkas tentang jalan-jalan dekat Melbourne sebelum kami dapat mengular dengan senang hati.
|
[ Orang pertama tegur group aku masa sampai semalam tapi masa tu dia mabuk, pagi tu dia tak ingat kami dah ] |
|
[ Sementara tunggu budak lain turun dari hostel ] |
Bila dah jumpa dr dekat hujung jalan hostel kami tu, Dr. Efi terangkan serba sedikit tentang Melbourne, mana trem percuma yang boleh dinaiki, kaawasan nak beli barang dapur yang murah dan halal serta tak berapa ingat dah. Tapi yang pasti kami lalu depan perpustakaan Melbourne, cuma tak masuk je sebab masa tu tak rasa nak masuk. Agak menyesal juga la sebab pensyarah dan dua kawan cina aku yang pergi masa tu masuk dekat situ dan dorang cakap perpustakaan tu memang besar dan awesome.
|
[ Hai awak, nak buat lambchop boleh?? ] |
|
[ Dekat dengan tempat nak beli barang dapur murah, nama lokasi tak ingat ] |
|
[ Mampu ambik gambar burung depan perpusatakaan Melbourne je? Teruk benor perangai ko nie ] |
Tempat terakhir kami berjalan dengan dr ialah di Queen Victoria Market sebelum mereka lepaskan kami laburkan duit dekat pasar tu. Dekat sini la nak beli barang-barang murah sebagai cenderahati kalau datang ke Melbourne, tapi AWAS!!! Kena tahu hari apa dia operasi dan kena pandai tengok harga sebab kadang-kadang ada je harga cenderahati dia yang lagi mahal berbanding tempat lain. Lepas tu pula, lokasi kedai dalam pasar akan berubah-ubah setiap hari.
|
[ Dr. Zuha dan Dr. Efi tengah standby nak mengular tempat lain tanpa kami ] |
Aku dah ingat-ingat lupa bila aku beli cenderahati dekat sini sebab ada dua tiga kali juga la datang sini sebab teman kawan aku beli tapi yang pasti memang awal aku beli cenderahati masa datang ke Melbourne nie. Nak kata menyesal tu idok la sebab aku jumpa kedai yang jual baju dengan harga yang paling murah dekat situ iaitu AUD 4/sehelai je wei. Mujur beli masa tu sebab bila datang balik dekat pasar tu, aku dah tak jumpa kedai AUD 4 tu. Hahahahhahhahaa, nampak happy disitu.
|
[ Tu dia penat wei, tak lunch lagi pun masa nie ] |
|
[ Langit lawa gila masa tu, bukan orang dalam gambar nie ] |
Malam tu pula, aku berjalan sorang-sorang dekat sekitar kawasan hostel aku tu. Jangan ditanya ke mana aku pergi sebab aku main jalan je dan lepas tu ambil gambar dekat kawasan situ. Gambar tak berapa lawa sebab tangan aku tak fotogetik katakan tapi layan je la sebelum masuk ke hari esok.
|
[ Jalan sorang-sorang dan gambar nie paling lawa dan aku tahu watak apa ] |
[ Mampu tengok dari luar je, nak masuk tapi dah tutup ]
|
[ Nak ambik gambar selfie tapi asyik tak jadi je dekat tanah lapang belakang Art Centre Melbourne ] |
|
[ Tahap lapar gila, order Okonomiyaki versi veggie punya ] |
Nak tahu apa aktiviti pada esok hari? Tunggguuuuuu.......(padahal tengah cek balik ke mana la aku pergi esok hari) ^^;
No comments:
Post a Comment