http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Wednesday, September 30, 2015

Melbourne Aku Datang (Part 2) - Dari UMT ke KLIA2 ke Melbourne

Alang-alang dah rajin, aku update terus dalam blog ni dah biar dia auto-publish nanti. Boleh klik dekat link bawah untuk baca part 1 punya.


Hari Pertama (24/9/2014 - 25/9/2014)

Pada 24/9 bermula 10.00 malam, maka bertolaklah kami 15 orang pelajar ke KLIA2. Pensyarah yang ikut cuma Dr. Zuha dan ketua program, Dr. F dan sorang lagi pensyarah dari jurusan pemasaran, Dr. Efi kerana kebetulan tarikh beliau untuk pergi ke sana sama dengan kami. Cumanya para pensyarah ini bertolak asing dengan kami kerana mereka ada perkara yang diselesaikan lagi-lagi Dr. F sebab dia bertolak terbang tak sama dengan tarikh kami pergi, cumanya kami tetap akan berjumpa dia di Melbourne nanti. Sebelum pergi tu, adalah sikit kata-kata nasihat dan amanat yang perlu disampaikan serta sesi jiwang-jiwang kejap dengan budak kelas sebelum bertolak pergi. Malam tu bertolak dan singgah kejap dekat Bukit Besi sebab pak cik driver nak isi tenaga dalam pukul 11.30 malam. Kami semua tidur dalam bas dimana majoriti pelajar kongker 2 seat sorang.

[Geng assignment + lepak + tazkirah + menganjing + gosip aku]

[Antara ahli rombongan dan budak kelas yang hantar kami]

Pukul 6.00 pagi, kami berhenti rehat dekat RnR Dengkil untuk bersiap dan mandi semua. Dekat situlah secara rasminya telefon baru aku jatuh masa nak mandi dan screenprotector aku retak. Mujur sikit je retak ye. Dah sedih sikit masa tu tapi kejap je la. Sarapan semua kat situ dan terus bergerak ke KLIA 2 sebab dah dekat dari RnR Dengkil.

Kami jumpa Dr. Zuha di sana bersama Dr. Efi masa nak check in beg kami. Untuk pergi ke Melbourne ini, kami kena mohon visa ETA dan maklumat visa mestilah ada nombor pasport pemegang. Kebetulan salah seorang peserta baru tukar paspot sebab paspot lama dia hilang. Gelabah la jugak masa tu sebab dah nak flight kot, mujur orang kaunter tu dapat call pihak atasan dia dan betulkan apa yang patut. Jadi nasihat aku untuk mereka yang baru kali pertama mohon visa sendiri macam kami ni, pastikan maklumat visa dan paspot adalah sama dan sekiranya paspot hilang, segera laporkan pada balai polis yang berkenaan dan juga pihak-pihak yang terlibat lagi-lagi pihak yang buat visa tu.

Flight kami berlepas pukul 1.40 petang dan sampai di Melbourne dalam pukul 11.25 malam waktu Melbourne.  Beza waktu antara Malaysia dan Melbourne ialah 2 jam dan masa perjalanan kami memakan masa hampir 8 jam. Sampai dekat airport, terus cari line wifi free sebab nak bagi tahu keluarga yang kami selamat mendarat. Kalau ikut pengalaman pensyarah dan hasil bacaan kami di internet, airport Melbourne adalah antara airport terketat prosedur dia. Namun malam tu alhamdulillah semuanya berjalan dengan cepat je lagi-lagi masa dia tengok borang form masuk negara dia tu. Mungkin sebab airport tu dah nak tutup rasanya, jadi mereka nak cepat tutup sebabnya pada pukul 12.00malam, pintu masuk airport memang dah tutup.

[Sempat tengok matahari terbenam]
[Sempat lagi budak klas aku bergosip dengan cabin crew]


[Semua tak sabar nak mendarat]
[Dah sampai, YEAH!!!!!]


































[Say cheese dekat depan Flinders Station sebelum masuk hostel]
Sampai sana, AJK pengangkutan hantar wasap dekat driver bas yang kami tempah dari Malaysia untuk bawak kami ke Greenhouse Backpacker Melbourne. Sampai penginapan kami yang berkonsep hostel, kami check-in, letak beg dan rehat. Kami tempah 3 bilik, 1 bilik = 6 katil untuk laki manakala perempuan pula dapat 2 bilik di mana mereka berkongsi bilik dengan traveler lain. Lepas dah letak beg bagai, cop katil dan loker, budak bilik aku turun pergi beli makanan sebab lapar sangat. Sorang je tak turun sebab jetleg rasanya. Budak perempuan pun ada yang turun beli makanan dekat bawah hostel kami sebab kedai tu halal dan jual kebab dan piza. Budak perempuan beli piza dan budak laki beli pizza kongsi ramai-ramai. 

Masa nak beli piza tu, jumpa dua perempuan mabuk. Kawan-kawan aku dah cuak dah tapi aku kata dekat dorang, jangan takut dan wak lek wat pis je sebab if kita takut dan tak layan dorang nanti dorang makin kacau dan maybe kena maki free-free nanti. Sampai sekarang aku ingat 2 dialog perempuan mabuk tu cakap dekat aku: "Don't watch news, u will be sad" dan "Don't watch football, u will be sad". Aku tak faham apa dorang cakap tapi aku layankan saja sampai kawan aku halang aku bila aku cuba nak tolong perempuan tu dari jatuh sebab kasut tumit tinggi dia.

[2 pizza untuk 6 orang makan plus ada rasa kebab juga dari budak perempuan tu]
Bila dah bayar makan semua, masuk bilik dan membongkang la kami sambil menunggu hari esok.

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...