http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, September 29, 2015

Melbourne Aku Datang (Part 1) - Throwback Persiapan

Yaaaa, setelah lebih setahun cerita ini terperam dalam senarai travel  aku. AKHIRNYA tergerak juga hati aku nak menulis dalam blog aku nie (rasa macam menang anugerah atas pentas pulak). Tujuan lawatan ke negara kanggaro ni sebenarnya adalah susulan lawatan sambil belajar yang budak kos aku cadangkan dekat salah seorang pensyarah aku. Mulanya nak buat dekat Vietnam je sebab situ murah, pastu bila dah siap proposal dan proposal dah masuk meeting, tup tup pensyarah aku, Dr. Zuha cakap yang kemungkinan besar fakulti boleh bagi bajet extra masa tu. So dia telefon aku masa cuti sem (aku ingat sebab masa tu aku jawab call dia sambil buka hall wayang kat tempat kerja aku) dan bagi tahu kemungkinan kami boleh pergi tempat yang up sikit. Aku pun buatlah proposal ke Korea dan hantar dekat dia mintak periksa mana yang patut dan mana boleh dibuang sebab aku rasa bajet aku terover sangat la pula. Kami siap jumpa pensyarah dari fakulti maritim lagi (masa tu fakulti aku still ikut nama lama) sebab proposal mereka dapat hampir 100% sponsor dari fakulti. Tak silap aku, student dorang cuma bayar RM12 je kot masa kami meeting masa tu.

Tup tup lagi, ketua program kursus aku bertukar dengan pensyarah baru dan pensyarah tu kata "kenapa pergi Vietnam? Tak de, tak de, kita pergi Melbourne je. Situ lagi banyak info pasal pelancongan". Aku pun ye kan je la sebab benda yang kita usahakan sejak akhir semester 2 kot, dibuatnya ketua program tak luluskan terus trip nie, naya aku. Jadi aku pun buatlah proposal asal yang kemudiannya di olah sedikit demi sedikit oleh rakan-rakan aku lepas kami dah meeting semua termasuk dengan pensyarah aku. Proposal pasal korea tu aku lupa nak sebut sebab otak tak larat nak fikir dah.


[Ni ikut format fakulti, format kelab tak boleh pakai]

Jadi disebabkan aku tukang asal buat proposal tu, secara automatik aku kena lantik jadi ketua program walaupun aku tak nak sebab aku tak sangup nak berurusan dengan ketua program aku. Mujur ada sorang pelajar tu sudi terima pujukan kami untuk jadi pembantu aku sebab dia boleh slowtalk dan kawtim dengan ketua program aku tu. Jadi pemilihan AJK pun berlangsung masa tu tak silap. Ada 15 orang semuanya dan majoriti dipilih berdasarkan satu subjek yang Dr. Zuha ajar dulu memandangkan kami cadangkan buat trip tu dalam subjek dia dulu. Memandangkan bilangan pelajar sikit dalam subjek dia, jadi syarat utama untuk sertai ialah mampu sediakan RM1500 untuk trip ini. Ada pelajar yang memang dah siap sedia duit tu sebab mereka siapkan untuk belanja di Vietnam pada asalnya. Ada juga yang nak kena kumpul duit balik sebab tak cukup macam aku.

Blablabla semua, kami guna duit tu untuk bayar tiket penerbangan + penginapan terlebih dahulu. Duit yang kami kumpul tu dicampur sekali dengan duit sumbangan dari fakulti serta duit jualan + kitar semula kami. Nasihat aku pada sesiapa yang cari duit untuk trip belajar mereka dalam kumpulan, korang buatlah program kitar semula ataupun carwash sebab dua program tu memang boleh untung besar. Tiket penerbangan kami berharga RM 1454/orang dan penginapan ialah AUD 210 untuk 8 malam. Kami naik AirAsia dan menginap di Greenhouse Backpackers Melbourne. 

Ada satu cerita lawak masa nak booking tiket nie. Asalnya program kami nie cuma 5 hari 4 malam je, tapi disebabkan masa tu tengah hangat pasal kes MH370, jadi AJK Pengangkutan risau harga tiket naik. Jadi dia cek harga dan tengok harga paling murah ialah RM 1454 (nie harga yang ada dalam list aku, tak sure betul ke tak). Jadi dia booking la tiket harga nie dan dia beritahu dekat pensyarah yang dia dah booking dan bayar guna harga tu. Pensyarah aku pun terus "APAAA!!!!!!!! Ya Allah, kenapa tak bincang dulu. Memang la harga tiket tu murah tapi kamu ada fikir tak kamu kena tambah duit untuk penginapan dan transpot dekat sana nanti?? 9 hari 8 malam kamu tahu!!!!! Ish budak-budak nie la kan. Saya kena fikir ayat macam mana nak menjawab dengan orang atas nie awak tahu sebab dalam proposal cuma 5 hari 4 malam je." Aku pun tak sedar masa AJK aku mintak kepastian aku untuk beli tiket tu sebab aku tak periksa betul-betul tapi alhamdulillah berjalan lancar jugak la dapat bermalam dekat sana untuk 8 malam. Serius kelakar balik bila ingat.

Untuk kes penginapan pula, ada juga cerita yang geram tapi aku tak mampu nak tulis sebab banyak benda yang aku dah lupa pasal kisah nak bayar penginapan nie. Yang aku ingat, kami semua tak boleh nak tempah penginapan kami guna kad debit kami. Kami pun tak tahu kenapa walaupun dah telefon customer center bank kami tu. Last-last buat manual je, tu pun geram jugak sebab last minute staff bank bagi tahu kenapa tak buat je semua nie secara online? Buat online tak ada extra cas. Memang berangin aku dengan AJK Penginapan dan Aktiviti masa tu.

Pape pun semua urusan sebelum kami terbang ke Melbourne sudah selesai di Malaysia dan kami semua berdup dap dup dap untuk pergi ke sana.

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...