http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Monday, September 28, 2015

Im Back ^_^ Who miss me??

Akhir ye, tergerak juga jari jemariku ini untuk menaip dekat blog. Sejak dari bulan Jun which is hari terakhir aku tulis entri nie, aku cuma buka blog ni untuk baca entri saja. Nak menaip ye, ya ampun....MALASSSSS teramat sekali. Nie pun tetiba tergerak hati nak menaip. Ingatkan dah lama sangat tak update blog nie tapi rupanya baru 3 bulan setengah aku tak menaip, tak ada la lama sangat pun.

Ok, straight to the point. Entri untuk kali nie aku nak tulis pasal azam 2015 yang mana aku belum capai, on the way capai, dan tak jadi nak capai. Yang dah capai ???? Belum lagi wei, sedih sedih.

[Boleh rujuk balik entri ini di SINI]

Setakat ini untuk azam nombor 1 dan nombor 2, azam tu tak dapat aku capai atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. Yang nombor 3 dan 4 tu InsyaAllah akan berlangsung akhir bulan ini dan awal bulan depan jika tiada apa-apa halangan. Yang untuk nombor 5 tu kemungkinan boleh capai kot dalam tahun nie sebabnya entri ini ialah entri ke 9 aku untuk tahun ini. Sedih sungguh la aku nie.

Kenapa azam nombor satu tak dapat capai?

Sebenarnya aku dah pun pergi ke kursus scuba anjuran fakulti aku. Semuanya ok je. Dah bayar yuran semua, ambil kelengkapan bagai, buat checkup semua siap dah pergi ke Pulau Bidong (sebab kursus tu buat dekat situ) dan berjaya tamatkan hari pertama dengan baiknya. Malangnya hari kedua tu tetiba tekanan darah aku naik kaw-kaw punya, badan aku dan gigil satu badan sebab sejuk punya pasal. Nak hembus air keluar dari mask bagi sesi mask clearing tak lepas-lepas, mungkin tu la yang buat tekanan darah aku naik sebab dah gelabah dan tak dapat nak tarik nafas walaupun tong oksigen ada seketul besar dekat belakang. Bila dok selalu sedut gas oksigen tu pulak, kepala aku mula pening semacam. Pening yang tak dapat aku nak cover line langsung sebab selalu kalau aku pening kepala, masih boleh nak control macho lagi. Tapi untuk aktiviti nie, nyawa lebih berharga dari macho. Hohohohohohoho (sila ketawa ikut gaya Shin Chan). Bila doktor yang ada dekat situ cek aku, tanya aku itu ini dan aku pun explain itu ini, kesimpulannya dia tak benarkan aku teruskan kursus scuba ini. Nak buat jugak boleh tapi kesihatan kena tanggung sendiri la kata dia, maybe tu cara dia dari psykologi nak pujuk aku? Entah la tapi benda dah lepas kan.....Mujur aku dapat balik duit baki sebab pihak pengurusan cuma cas aku duit makan dengan duit operasi je kot tak silap, penginapan semua free sebab penginapan kat situ memang universiti kami punya. Jadi tu la sebab azam 1 aku tak tercapai.


Kenapa azam nombor 2 tak dapat capai pula?

Ok, yang ini memang aku geram dan aku ada la buat perangai kejap dekat syarikat yang aku buat latihan industri tu dulu dalam minggu pertama. Bagi aku, cara dan kaedah yang aku buat tu betul tapi biasalah bila jadi orang bawahan nie....we must be YES MAN even dalam hati memang !@#$%^&*()<> sangat (tu pun lepas dah slowtalk dengan pensyarah aku dengan motto just follow the flow). Aku mohon nak buat syarikat ini sebab kawan aku ada kerja dekat situ, jadi aku hantarlah resume dekat emel HR dia, dan dalam masa yang sama juga aku ada hantar juga resume dekat syarikat kawan aku yang lain melalui emel HR syarikat tu juga. Dua-dua syarikat sudi terima aku TAPI satu tu tak payah pergi temuduga dan satu lagi kena temuduga. Yang tak payah temuduga tu memang aku dah try mohon dari tahun lepas masa aku sem 5. Mulanya dia nak bagi aku masuk Jabatan Akaun, tapi aku cakap la yang aku nie budak Tourism. Jadi dia pun telefon balik dan tanya sama ada ok ke tidak kalau aku masuk Jabatan SebutHarga a.k.a Quotation Department, aku pun cakap ok sebab dalam hati aku bolehlah belajar macam mana nak buat tempah tiket dan cara nak buat pakej pelancongan bagai. Jadi alang-alang tak payah nak kena pergi temuduga, aku pun tolaklah dengan cara baik syarikat yang lagi satu tu.


Bila hari practical aku sampai dan aku dah masuk pejabat dia, tup tup "ok, awak masuk Jabatan Akaun ye" dan aku "What??? Bukan hari tu kata nak bagi Quotation ke?" Bila dia blablabla sikit, aku pun ok la sebab dalam hati cakap maybe satu bulan satu jabatan.  Bila dah jumpa dengan staf jabatan semua dan hari tu juga aku tanya apa yang patut, argh sudah!!!! Aku jadi kambing hitam nie, jadi memang minggu pertama tu aku dok ulang alih dari meja kerja aku dengan HR. Mujur orang HR tu jenis penyabar la juga tapi yang aku WHAAAAAAT!!!!!!!!!!!!!!!!!! tersangat sangat dekat bos jabatan aku. Nauzubillahnaminzalik, berlagak + kerek + kekwat + poyo nak mampus dia tu. Sepanjang minggu pertama aku dekat sana, bos aku tu langsung  tak nak buka mulut nak terangkan apa yang patut masa aku jumpa HR walaupun dia SELALU LEPAK BILIK HR. Sampai ada satu masa tu orang HR jeling tajam dekat bos aku suruh cakap dan dia cuma cakap sepatah sepatah je. Sumpah memang aku tak faham macam mana dia boleh jadi bos jabatan tu. Aku ingatkan aku sorang je tak suka dia, tengok tengok memang semua staf tak suka bos aku dan semua staff tu merujuk semua pekerja syarikat tu, bukan staf jabatan aku sahaja. Aku punya penyelia jabatan tu pun malas gila nak cakap dengan bos sebab rasa meluat dengan bos tu. Cakap pandai tapi nak buat kerja tak reti, duduk dekat meja kerja tapi main game kereta dekat komputer (yang ini aku lihat dengan mata aku sendiri masa tengah terangkan kerja aku dekat penyelia jabatan). Banyak lagi benda buruk boleh aku cakap pasal boss aku nie tapi bila fikir yang aku dah mintak maaf dekat dia walaupun guna emel je nak mintak maaf dekat dia, so jangan nak tambah dosa free lagi takky oit Nak mintak maaf depan-depan?? Pandang aku pun dia tak nak, nak mintak signkan borang OT aku pun nak cepat-cepat apatah lagi cakap dengan aku, dalam mimpi je la wei. Mujur semua urusan borang-borang uni aku tu penyelia aku boleh uruskan. Ish, geram pulak aku bila ingat balik.

Ok la, tu je bebelan aku buat masa ini. Kejap lagi aku nak throwback balik kembara aku tahun lepas punya.

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...