Dengar lagu Britney Spear dekat Youtube.
Sabtu ni dah kena bertolak balik semula ke UMT sebab cuti sem dah habis. Jadi sepanjang cuti ni iaitu bermula dalam 14 Januari 2015 which is aku sampai rumah sehinggalah sabtu ini iaitu 21 Februari 2015, aku tak pasti banyak ke tidak aktiviti yang aku dah buat sepanjang aku ada dekat rumah ni. Yang aku tahu aku melepak dalam bilik macam burung hantu dan download drama jepun dan anime sampai penuh Local Disk:D aku hingga kena pindahkan cerita yang aku download tu ke dalam external harddisk aku.
Jadi sementara tak nak tidur malam nie sebab nak berjaga satu hari atas alasan esok nak kena pergi Johor dan tidur dalam bas, aku nak cuba ingat balik apa aktiviti sosial yang aku dah buat selain download cerita tak habis-habis (sebab lepas nie nak download cerita lama = Majo no Jōken). Tetiba ternampak gambar drama tu dalam post IG. Tu yang rasa nak download sebab teringin nak tengok balik cerita tu. Ok la, aku just listkan dan letak a few gambar dalam nie tentang aktiviti aku sepanjang minggu nie.
- Jadi penolong pengira markah kertas peperiksaan abang ipar aku masa balik BP hari tu
- Dapat makan Nasi Briyani Kambing dekat area Ayer Hitam tak silap, yang penting aku ada nampak signboard nak ke Yong Peng. Hahaahahahaha
- Lepas balik dari Johor, ada satu malam tu lepak dengan geng poli asrama dulu sebab dorang dah lama ajak aku lepak dengan dorang. Ada la sorang mamat nie jenis cepat kecik hati sebab aku selalu malas nak layan dia. Dia ada ajak pergi berkelah mana ntah ramai-ramai tapi aku tolak dengan baik sebab ongkos tak cukup kalau nak jalan jauh-jauh nie plus aku tak tahu kenapa aku rasa tak sedap hati dan badan bila nak keluar dengan geng-geng laki nie.
- Beberapa hari kemudian, akak dengan abang ipar aku balik rumah. Dorang rancang nak pergi ke Farm in the City tengok haiwan dekat situ. Jadi aku pun menyemakkan diri nak ikut dorang juga. Maka terserlah lah diri penyayang aku terhadap haiwan masa tu. Korang boleh klik entri sebelum ini kalau nak tahu apa je aktiviti yang aku buat dekat situ. Kalau nak senang, boleh klik dekat sini.
- Lepas tu pergi kenduri kahwin budak poli dekat Sabak Bernam.
- Dah habis pergi kenduri kahwin dekat sana, singgah dekat Bagan Nakhoda Omar atau orang sana panggil BNO je dan melantak mee udang. Lepas asar masa dalam perjalanan balik rumah, pergi singgah Domino's Pizza pulak. Memang hari melantak rasanya masa tu.
- Esoknya aku pergi kenduri kahwin kawan sekolah menengah aku pula dekat Sepang. Mujur ada sorang kawan aku yang nak pergi sana, jadi tumpanglah dia pergi sana dan dapat la reunion sekejap dengan budak-budak sekolah walaupun majoritinya budak perempuan je yang ada dekat situ. Masa tu jugak rasa janggal sangat bila ada dekat sana. Rasa janggal tu bukan sebab dah lama tak jumpa dorang tapi janggal sebab semeja dengan kawan-kawan yang dah kahwin. Jadi topik masa borak banyak menjurus kepada isu kahwin je lor, tak tahu nak borak apa masa tu. Hahahaaha.
- Hujung minggu tu pula pergi kenduri kahwin kawan poli aku yang dekat kawasan Sentul pula. Majlis ni la antara majlis kahwin yang paling lama aku lepak dekat situ. Sampai pukul 12 tengah hari dan balik dalam pukul 5 petang semata-mata nak tunggu kawan-kawan yang lain. Dorang cakap nak datang dalam pukul 1, rupanya dekat pukul 2 lebih baru sampai. Yang aku sampai awal dekat sana pun sebab tumpang kawan aku yang pergi sana awal. Kalau korang tanya kenapa kami bertolak awal, aku dengan kawan pun tak boleh nak bagi jawapan tepat akan soalan korang tu.
- Aktiviti terbaru pula ialah keluar tengok wayang dengan geng belajar poli aku. Mulanya nak pergi tengok wayang dan makan makanan jepun dekat Mid Valley, malangnya kedai tu tengah renovation. Jadi just makan dekat foodcourt je. Lepas habis makan, pergi tengok cerita Jupiter Ascending dekat situ. Kalau tanya aku OK ke KO tentang cerita tu, aku jawab OK untuk part lawan dan KO untuk part heroin berborak dengan adik-beradik tu. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok nanti cerita tu.
- Aktiviti yang akan datang iaitu masa hari raya cina nanti ialah Family Day dekat Pahang. Disebabkan kereta tak muat nak pergi hari khamis nie, aku kena tumpang kak long aku yang stay dekat BP. Jadi ye esok petang aku akan bertolak di BP dan mungkin nak singgah ke Jusco untuk beli barang asrama sikit nanti.
Restoran Nasi Briyani Kambing dekat Ayer Hitam.
Lepak di kedai kawan aku a.k.a Panda Shisha dekat area UTC Sentul.
Gambar kiri: Lrt kosong untuk satu stesyen lepas balik lepak dekat Panda Shisha tu
Gambar kanan: Dekat laluan KTM masa nak pergi ke kenduri kawan aku yang pertama.
Tarikh dan gambar kenduri kahwin kawan aku.
Gambar masa lepak dekat Mid Valley.
Itu antara aktiviti sosial aku di luar rumah sepanjang cuti sem ini. Dalam rumah pun ada juga aktiviti sosial ye tapi kebanyakkan ye aktiviti yang tak sihat lor macam:
- Download drama jepun dan anime
- Main game Wii tapi kena pastikan adik aku ada masa tu. Kalau adik aku tak ada, payah sikit nak main sebab tangan aku nie tak bedung (istilah aku sebab tak boleh nak tangan tak boleh bagi benda tu gerak terus dan tegak).
- Masak makanan Puding Biskut Marie. Boleh juga tengok entri yang lepas-lepas untuk tahu macam mana cara nak masak. Cuma kukus je, senang nak buat. Boleh klik dekat sini.
- Rancang nak masak lagi satu makanan nie esok, cuma tak pasti jadi ke tidak rancangan nak masak tu.
Ok, itu saja buat masa ini. Doakan aku rajin update entri baru masa dekat UMT nanti sebab aku nak update baki kisah travel aku sepanjang tahun lepas. Chow....
No comments:
Post a Comment