http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, February 15, 2015

Melawat "Farm In The City"

Alang-alang dah mula rajin mengupdate blog, marilah kita siapkan sebanyak mana entri yang mampu kita sebelum mula masuk ke alam universiti semula lepas raya cina nanti. Jadi untuk kali ini, aku bertuah sebab akak dan abang ipar aku bercadang nak pergi ke satu destinasi yang penuh dengan haiwan. Asalnya mereka ajak mak ayah aku saja tetapi disebabkan aku tengah cuti sem masa ni, dengan tak tahu malu ye aku pun meng-offer-kan diri untuk turut serta sekali pergi ke destinasi itu.

Selamat datang ke Farm In The City

Jadi pada 28 Januari 2015 yang lepas dalam pukul 4 petang, kami sampai ke "Farm In The City" yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Cuaca masa tu dalam tak berapa panas dan tak berapa sejuk, kira ye redup je la masa tu. Masa sampai tu ada renovation sikit dekat pintu masuk, jadi kami masuk melalui kedai cenderamata mereka dahulu sebelum sampai ke kaunter tiket. Harga tiket serta waktu operasi boleh rujuk di bawah ini. Nak lebih jelas, boleh klik pada gambar tersebut.

Harga tiket dan waktu operasi

Bagi mertua-mertua diluar sana yang berumur 60 tahun dan ke atas, siap sedia keluarkan MyKad anda sekiranya tak nak bebankan menantu anda bayar tiket untuk anda sebab harga tiket bagi dewasa dan warga emas adalah berbeza di situ. Macam kes kami, ayah aku baru perasan yang harga warga emas ialah RM25 berbanding dewasa iaitu RM30. Memandangkan menantu dia berkeras nak belanja, tak boleh nak buat apa la. Hihihihihihi. Untuk info tambahan bagi mereka yang tak dapat lihat dengan jelas akan "*" tersebut (termasuk aku bila tengok balik), aku tulis balik apa yang ditulis dekat papan tanda tu.
  • Kanak-kanak = bawah umur 12 tahun
  • Warga emas = atas 60 tahun
  • Tinggi dibawah 90cm = masuk percuma 

Bila sampai dekat situ, aku rasa teruja sebab aku nie jenis suka haiwan yang comel bagi aku tapi menggerunkan bagi orang lain. Jadi dengan semangatnya aku ambil gambar peta dia walaupun akak aku dah ambil pamplet dekat kaunter tiket tadi (tapi mujur aku ambil gambar sebab pamplet tu tak tahu pergi mana).

Gambar peta dekat pamplet kemas la sikit berbanding peta dekat papan dia.

Jadi lokasi pertama kami ialah kawasan kura-kura memandangkan kawasan tu kecik dan paling dekat. Ada banyak jenis kura-kura dan amat besar kura-kura dia. Kebanyakkan kura-kura dekat situ malu-malu, yang ada dalam akuarium pula kena tengok betul-betul sebab air dalam tu keruh. Jadi nak tengok lama-lama tak kesampaian sebab mood nak tengok agak terganggu disitu.

Hai awak, kita ada bawak makanan nie. Jangan la malu-malu.

Gabungan kura-kura dan buaya?? Hihihihih

Ok, jangan buang masa. Kita pergi kawasan lain pula iaitu sangkar burung. Dekat kawasan sini keluarga aku paling aktif. Semua dapat merasa bagi makanan dekat burung masa tu, mana yang takut-takut nak bagi makan dekat burung tu semua tutup mata sambil hulur tangan masa nak bagi makan dekat burung. Lepas dah ok sikit baru semua kusyuk tengok burung makan sambil sengih-sengih termasuk aku. Hahaahahaahahh

 
Yeah, semua burung kecik datang makan dekat tangan kita. Yang besar-besar makan dekat atas lantai je sebab bagi peluang dekat burung kecik membesar dengan sihat dan kuat. Hahahahhah

Yang belah kiri tu abang ipar dan akak aku, yang belah kanan tu mak ayah aku. Buat masa ni aku blurkan dulu muka dorang sebab mak aku pernah cakap dulu, jangan masukkan muka dia dan ayah dalam media sosial kalau boleh.

Cuba bagi makanan dalam air
Wah, mak aku pun ikut sekali.





Keluar dari sangkar burung tu,berpisah kejap dengan mak ayah aku sebab dorang nampak tasik yang luas penuh dengan burung-burung air macam itik, swan dengan apa ntah. Aku pun dah lupa sebab tengok sekejap je. Aku, akak dan abang ipar aku pula jalan terus masuk terowong pendek. Dalam terowong tu ada banyak haiwan-haiwan esotik (betul ke eja tu? Biarlah) macam ular dan biawak. Kalau nak jumpa haiwan-haiwan ni, kena cari betul-betul sebab sarang dia penuh dengan daun dan daun dan ranting dan daun??? (speechless kejap). Lepas tu jumpa balik dan masuk lagi satu sangkar yang besar. Aku rasa sangkar tu lebih kepada haiwan-haiwan hutan macam ayam hutan, monyet kecik, kancil dan macam-macam lagi.

Cuba teka saya siapa? 

Ok la, korang layan je la gambar dan video yang ada dalam ni. Aku tak ada idea nak tulis panjag-panjang.

Dalam sangkar arnab

Mari bercakap dengan memerang

1. Kuda Padi.  2. Burung merpati?.  3. Monyet Kecik.  4. Gagak Putih



Semangat sungguh tupai tanah tu makan. Tengok la badan dia, sihat walafiat sungguh


Mintak izin dekat staf situ nak bergambar dengan skunk ni kejap. Staf tu cakap yang skunk ni tak sihat, tu yang muka moyok je tu dan tak berapa aktif. Semoga cepat sembuh ye skunk.


1. Burung Hantu di pagi hari
2. Musang atau racoon?? Tak dikenal pasti
3. Yang ini memang musang. Nama dia Fennee Fox
4. Kangaroo yang puas berjemur, tu sebab kulit dia gelap berbanding kangaroo dekat Australia


Maklumat mengenai Fennee Fox

Dekat sini juga ada kebun sayur tapi sayur dia tak berapa subur, kami tengok kawasan tu tak sampai 5 minit pun. Apa yang boleh aku simpulkan dekat sini ialah:
  1. Aku seronok sebab dapat tengok banyak haiwan yang comel bagi aku lagi-lagi musang dan racoon tu.
  2. Sedih sebab masa kami sampai tu, waktu makan haiwan tu dah pun habis.
  3. Sedih tengok haiwan yang kena duduk senyap je dalam sangkar mereka macam kura-kura, ular, iguana dan lain-lain. 
  4. Lokasi burung hantu tu dalam sangkar rama-rama. Tak tahu macam mana boleh sesat dekat situ tapi yang aku tahu aku tak jumpa pun rama-rama dan burung hantu tu pandang sleck dekat aku. Hampeh sungguh.
  5. Mungkin kena bersihkan sikit sangkar dan akuarium supaya pengunjung dapat lihat dengan lebih jelas haiwan-haiwan tersebut selagi tidak menganggu persamaan eko-sistem mereka.
  6. Haiwan-haiwan yang ada dalam sangkar besar macam tupai tanah, hamsters semua tu terlalu sihat sampai nak jalan pun tak larat.
Ok la, sampai situ sahaja. Pada mereka yang ingin pergi ke sini, bolehlah datang di lokasi ini yang beralamat:

Farm In The City 城の农场

Lot 40187 - 40188, Jalan Prima Tropika Barat, 
Bandar Putra Permai, 
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan


Semoga berjumpa lagi di entri akan datang. Selamat malam (sebab aku tulis waktu malam)

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...