http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Thursday, July 11, 2013

10 = KIL (Special Entry)


Sinopsis
Filem Nik Amir Mustapha "Kil" menceritakan kisah seorang lelaki muda yang tertekan dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri namun cubaan demi cubaannya gagal untuk membunuh diri. Beliau menjumpai penyelesaian yang sempurna dalam agensi pembunuhan aneh yang membantu membunuh orang membunuh diri, semua berjalan seperti yang dirancang sehingga dia bertemu dengan seorang gadis bernama Zara.

Sinopsis Aku
Mengisahkan Akil yang cuba nak bunuh diri tapi tak mati-mati juga. Banyak cara yang dia cuba lakukan untuk bunuh diri tapi tak menjadi sehinggalah dia terjumpa satu iklan dimana terdapat satu agensi khas yang menawarkan khidmat membunuh diri. Setelah menerangkan serba sedikit maklumat dan sebab mengapa dia cuba membunuh diri kepada pihak agensi, akhirnya agensi tersebut bersetuju untuk menerima kes akil ini. Pada mulanya akil tertunggu-tunggu bila agensi tersebut akan mula menjalankan operasinya itu, namun semua  berubah pabila dia bertemu dengan seorang gadis bernama Zara. Adakah dia berjaya untuk membunuh diri? Saksikan KIL di sumber-sumber yang boleh anda dapati di Internet dan kedai-kedai CD yang berhampiran.

[ Video: Trailer KIL ]

Pandangan Aku
Awesome story but of coz hanya orang-orang yang berfikiran terbuka dan menonton cerita bukan sebab nak seronok dan aksi sahaja yang akan faham jalan cerita ini. Sekarang ini aku bekerja di wayang sebagai Usher dan Steward sahaja (means tukang cabut tiket dan buka pintu wayang je) dan aku ada tanya beberapa pekerja dekat situ tentang sambutan cerita ini di sekitar kawasan ini. Mereka cakap cerita ini tak berapa dapat sambutan, but berdasarkan status-status kawan aku di FB....ramai yang cakap cerita ini best dan ada yang tonton sampai 3 kali movie nie. Jadi aku ambil inisiatif untuk cari cerita ini di internet dan alhamdulillah jumpa juga full movie untuk cerita ini. Jika ada sesiapa dari orang-orang yang berkaitan dengan cerita ini terbaca entri aku nie, harap maaf sebab tak ambil dari yang original (tapi rasanya tak ada siapa pun yang baca).

Ok, sebelum aku melalut lebih panjang...baik aku bagi ulasan aku untuk cerita ini. Sejujurnya cerita nie kalau dibukukan jadi cerpen untuk buku KOMSAS sekolah menengah, aku amat-amatlah setuju. Sebab apa? Banyak moral dan pengajaran dalam cerita ini, watak dan perwatakan yang unik, jalan cerita yang hebat, teknik penceritaan yang menarik dan banyak lagi. Jikalau sesiapa yang tonton hanya sebab nak tengok Ridza Minhat saja (bagi akulah), mungkin anda perlu ambil sedikit masa untuk fahamkan tentang teknik imbas kembali, monolog dan macam-macam yang ditonjolkan dalam cerita nie (rasa macam kena buka buku KOMSAS balik la pulak)

Sejujurnya apa yang dihadapi oleh Akil dalam cerita nie pernah aku hadapi....sedikit dan apa yang dia cuba buat dalam cerita nie pun pernah aku lakukan....sedikit cuma yang adegan asap kereta tu tak pernah buat la lagi. Mengikut pendapat aku, punca Akil cuba untuk bunuh diri adalah dia berasa kosong a.k.a empty....tak ada apa-apa yang menarik untuk dia buat, untuk dia rasa dan makna untuk dia hidup sudah hilang. Daripada dia pergi menyusahkan orang lain, baik dia mati saja plus dia dah tiada sesiapa lagi dalam dunia nie. Namun sejak dia bertemu dengan Zara, dia terkedu apabila mendengar pendapat Zara bahawa orang yang cuba membunuh diri ialah orang yang hanya pentingkan diri sendiri sahaja. Nak tahu lebih lanjut kena lah tonton cerita ini.

Pada mulanya aku agak tertanya-tanya jikalau cerita ini mungkin akan mendapat tentangan dari mana-mana pihak sebab asas untuk cerita ini ialah bunuh diri. Mana-mana agama dalam dunia nie melarang umat dia untuk membunuh diri but pengarah cerita ini berjaya mengelakkan kontroversi ini daripada berlaku. Sebabnya dalam cerita ini dia tak sentuh pun apa-apa yang berkaitan dengan agama kecuali masa dekat kawasan kubur (ok, jangan spoilkan cerita takky). Jadi pada sesiapa yang cuba nak kondem cerita ini dengan mengatakan cerita ini buat orang mula hilang pedoman agama ke apa ke, anda silap dan sila tonton cerita ini sehingga habis kerana jawapan kepada persoalan anda ada disini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin menonton cerita ini, jangan lupa jumpa pakcik Google dan cubalah cari cerita ini. Nak bagi link cerita nie dalam blog tak berani sebab nanti langgar peraturan internet pula. Pandai-pandai nak hidup la bila dah buat sesuatu perkara. Link yang aku boleh bagi ialah link INI yang menerangkan tentang ulasan-ulasan daripada para penonton dan pihak media mengenai cerita ini. 

Ranking Bintang
Dari 5 bintang, aku boleh bagi 4.8 bintang sahaja. Lagi 0.2 bintang yang hilang tu aku ambik dari bahagian suara. Memandangkan laptop aku tak berapa nak hebat sangat, jadi suara dia tak keluar dan aku kena guna aplikasi vide VLC untuk tonton cerita ini dan kena kuat dan pelahankan suara untuk mana-mana part yang aku tak berapa dengar dan teruja nak dengar. Owh, video cerita yang aku tonton nie bukan video cikai-cikai yang ambil senyap-senyap kat wayang ok. Video yang aku tengok nie gambar dia clean n clear, tak ada senget-benget dan garis-garis halus pun.

Jadi pada sesiapa yang rasa berminat nak tonton, jangan lupa google cerita ini dengan menaip "KIL" di carian dan pandai-pandailah cari mana-mana website yang ada tawarkan cerita ini.

[ Video: OST KIL, mungkin agak bored sikit but sesuai gak la dengan adegan cerita nie ]

P/s: Aku taip "special entry" dekat tajuk sebab labels yang aku pilih khas untuk review drama saja. 

1 comment:

Arip said...

Filem ni memang terbaik.

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...