http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, July 14, 2013

Sahur Oh Sahur...

Hari ini dah masuk 5 Ramadhan tak silap aku. Kenapa pula aku boleh ingat-ingat lupa? Itu aku tak pasti sebab bagi aku, bila dah buat sesuatu benda tu aku dah tak ingat benda lain. Jadi kalau dah puasa tu, aku just puasa sampai ada sesiapa yang bagi tahu esok dah raya. Ok la, aku pun sebenar ye teringin nak berkongsi satu cerita untuk dijadikan pengajaran kepada sesiapa yang baca....

[Gambar: Tapi aku tak tonton bola, aku tonton movie dan cerita kat laptop]

Mesti sesiapa yang tengok gambar nie tersenyum saja sebab boleh faham serba sedikit tentang isi topik yang aku nak ceritakan. Sekarang nie, aku susah betul nak bersahur. Kalau diikutkan cerita dari mak aku, aku dah berjaya bangun dari tidur dan duduk melongok saja tapi lepas tu....*bump* tidur balik. Setakat yang aku ingat nie, baru sekali je aku bersahur dengan keluarga aku, hari lain aku cuma bersahur dalam mimpi (ada sekali tu memang aku mimpi tengah sahur dengan family, tak tipu wei) sahaja. Nak kata penat lepas balik kerja?? Tak logik sebab lepas balik je terus aku mengadap laptop. Mungkin sebab aku tidur lewat agaknya sebab sekarang nie penyakit susah nak tidur (insomnia kalau tak silap) dah kembali menyerang aku.

Aku selalu berjaga malam dan tak boleh tidur. Kalau tidur pun lepas makan which is lepas aku dah balik kerja dan sambung buka puasa dekat rumah (kat tempat kerja just makan benda sangat simple je, nak jimat duit) dan makan apa yang ada dekat atas meja makan. Jadi bila dah tertidur depan laptop nie, dalam pukul 12 - 1 pagi tu mesti aku terjaga dan tak boleh tidur dah. Nak buat ibadah, badan rasa berat je, tangan dan mata je yang mampu gerak. Jadi aku cuma tengok cerita dan baca apa-apa yang patut dekat laptop nie. 

Apa yang aku nak cerita nie bukanlah nak membuka pekung di dada tapi cuma nak beritahu kepada sesiapa yang mempunyai masalah macam aku nie, harap dia mempunyai iman yang kuat untuk hadapi semua ini. Bukan senang untuk kita bangun malam dan buat amal ibdah tapi aku dah sia-siakan peluang yang aku dapat. Alamak, dah tak ada idea la pula nak tulis.

Ok la, aku harap esok dapat la bersahur. Sebelum nie dah berjaga sampai pukul 4.30 pagi lebih (sebab selalunya keluarga akan sahur pukul 5 pagi) tapi masih boleh tertidur. Jaga-jaga je dah pukul 9 pagi lebih. Kedudukan tidur pun dari muka menghadap pintu bilik, bangun-bangun je tengok kaki yang mengadap pintu bilik dan muka mengadap tingkap bilik. Nampak sangat yang aku dah bangun tapi tidur balik but seriously aku langsung tak sedar yang aku dah bangun. 

Walau apa-apa pun, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa dan semoga dapat menempuh dugaan-dugaan puasa dengan sabar, tabah dan gembira dengan bulan Ramadhan ini. Aminnnnnnnnnnn.........^_^

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...