Akhirnya berjaya jugak aku nak bukak page untuk tulis entri nie. Sekarang nie selalu je rasa malas nak menulis walaupun dalam otak nie ada banyak sangat benda nak tulis lagi-lagi cerita masa dekat UMT sebelum cuti sem nie. Dulu semangat cakap nak tambah satu lagi labels "maraton" yang bermaksud aku akan tulis entri banyak-banyak dalam satu masa dan post ikut jadual hari yang aku tetapkan tapi rancangan hanya tinggal rancangan. Ok la, tak nak melalut banyak sangat. Biar aku cerita sikit apa yang sedang aku alami sepanjang hampir seminggu aku kerja dekat tempat kerja baru aku nie....
[ Gigih tak aku lukis gambar rajah nie?? ]
Macam yang anda tengok pada gambar rajah di atas, aku boleh katakan bahawa inilah antara beberapa situasi yang aku rasa sedang berlaku di tempat kerja aku. Untuk minggu pertama nie, memang banyak aku dengar cerita lagi-lagi dari rakan sekerja aku sendiri tak kira yang dah lama mahupun yang tak sampai 6 bulan kerja di situ. Kalau anda tengok gambar rajah tu, cara orang pejabat pandang aku dengan rakan sekerja aku agak berlainan sedikit (bagi pandangan aku dan rakan sekerja lain). Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya orang pejabat selalu hentam rakan-rakan sekerja aku walaupun mereka buat kerja yang aku buat. Kadang-kadang aku cuma tolong jaga sekejap atau dah memang masa tu aku yang kena bertugas dekat kawasan tersebut tapi orang pejabat selalu cakap mereka asyik nampak muka aku je bila setiap kali mereka lalu dekat kawasan situ, orang lain pergi mana???? Disebabkan perkara tu la, rakan sekerja aku pandang slek atau bahasa yang lagi senang nak faham pandang dengan cara meluat dekat orang pejabat (dan aku mungkin). Buat masa nie, orang pejabat ada la juga marah aku, cuma cara mereka marah aku dengan rakan sekerja nampak lain bagi aku iaitu aku lebih diberi amaran berbanding yang lain. Walaupun niat mereka baik sebab mungkin mereka anggap aku nie orang baru tapi jangan la sampai buat rakan sekerja aku rasa geram sangat. Aku pun sebenar ye masih tak berapa faham lagi dengan politik tempat kerja aku.
Untuk garisan rakan sekerja dengan aku tu pula, kalau anda lihat betul-betul sebenar ye ada 2 garis hitam. Sebenarnya dekat situ aku boleh cakap yang aku ada 2 pandangan terhadap rakan sekerja aku (mungkin sebab rakan sekerja ada ramai). Yang pertama biarlah aku cakap dari segi negatif sebab yang positif nanti akan aku backup yang negatif nie. Perkara negatif yang aku pandang rakan sekerja aku ialah mereka nie rajin sangat mengular a.k.a merayau je sampai kadang-kadang susah nak tahu mereka ada dekat mana. Walkie talkie dekat situ banyak yang dah uzur dan bila aku panggil boleh dengar sikit-sikit je yang disahut. Mujurlah tempat tu tak besar sangat jadi boleh la mintak tolong cleaner dekat kawasan situ tolong carikan. Rupa-rupanya ada dalam hall yang berdekatan saja. Jadi dekat sini aku tak boleh salahkan rakan aku 100% sebab mungkin mereka sedang bertugas atau memang tengah mengular. Kenapa aku cakap mengular? Sebab orang pejabat yang selalu cakap macam tu dan itulah yang buat rakan sekerja aku rasa bengang dengan orang pejabat.
Perkara kedua pula bagi aku ialah tutur bahasa. Aku tak berniat nak memandang rendah tapi sejujurnya cara pergaulan kita antara orang yang berpelajaran tinggi dengan orang yang berpelajaran rendah mesti berbeza. Bila kawan dengan yang berpelajaran rendah nie, jangan sekali-kali tunjuk kita nie pandai dalam semua benda dan bila berkawan dengan orang yang berpelajaran tinggi, jangan sekali-kali tunjuk kita nie bengap tahap dewa. Jadi bila dah berpelajaran nie, secara tidak langsung bahasa yang digunakan pun pasti akan terkena tempias ye tak kira belajar tinggi atau rendah. Pada mulanya aku rasa geram juga dengan budak-budak nie tapi sabar dulu sebab aku kena fahamkan dulu cara mereka bekerja, berkomunikasi, dan bergaul. Walaupun kadang-kala bahasa mereka agak biadap dan ada unsur 18SX sikit tapi itu tak bermakna mereka nie jahat sebab aku baru sahaja mula bekerja. Don't just a book by it's cover bak kata orang putih. Jadi bila dah dekat seminggu aku ada dekat sini, aku pun macam dah boleh ngam sikit dengan mereka dan dah boleh masuk air sikit bila masuk bab-bab yang berkaitan (wait, rasanya dah masuk topik positif dah nie). Daripada aku melalut lagi panjang, secara konklusi dari topik negatif nie, rakan sekerja aku selalu bengang dekat orang pejabat sebab orang pejabat asyik lebihkan aku dan bukan mereka. Bagi mereka, mereka tak kisah orang pejabat nak bagi kerja banyak atau tak tapi sekurang-kurangnya hargailah mereka yang dah berkerja tiap-tiap hari nie. Tak kisah kalau nak marah ke apa (jika untuk kebaikkan) tapi yang penting hargai. Itu saja.
Untuk positif pula, aku dapat maklumat nie dari seorang staff lama yang dah kerja dekat situ. Sebelum nie dia bekerja tetap kat tempat aku tapi sekarang dia cuma kerja sambilan sahaja sebab sedang sambung belajar diploma. Memandangkan aku selalu tanya dia macam mana sebenarnya perangai rakan-rakan sekerja aku nie dan orang pejabat, dia pun ceritalah satu persatu. Ada yang tekaan aku betul dan ada yang tekaan aku salah. Untuk bab orang pejabat - sebelum nie dia rapat dengan orang pejabat, jadi dia tahu perangai orang pejabat nie macam mana. Dia kata si pulan nie memang macam nie perangai dia, kalau baik memang baik tapi kalau sekali kau cari pasal dengan dia memang tersembur-sembur dia mencarut maki dekat kau. Yang sorang lagi pula, sebelum nie si fulan nie baik, ok, selalu tolong backup pekerja lain tapi sekarang dah tak dah. Mungkin disebabkan dia dinaikkan pangkat secara terpaksa (tak pasti ayat nie molek ke tak) sebab orang pejabat dah tak cukup pengurus. Jadi si fulan nie dah tak boleh nak backup sangat pekerja-pekerja dekat sini. Jadi dia cakap kalau aku nampak suasana dalam pejabat tu kelam kabut, andaian aku tak salah sebab sistem pengurusan pengurusan memang sedang bercelaru sekarang nie sebab orang pejabat tak cukup. Orang pejabat nie dah macam serbuk paket 3-in-1 sebab banyak kerja yang mereka perlu lunaskan untuk sesuatu benda.
Secara kesimpulannya bagi aku, bila kita bertemu dan bercakap dengan orang lain terutamanya dengan pelanggan mahupun pekerja...kita mesti tekankan 2 perkara ini (1) SENYUM (2) jaga TUTUR BAHASA. Bila kita jaga dua perkara ini, sekurang-kurang orang yang sedang berdepan dengan kita akan terasa sejuk sedikit sifat geram atau sewaktu dengannya pada kita. Kalau tak boleh atau tak pandai senyum, SENGIH pun jadilah. Tu je yang aku boleh cakapkan sebab bila kita buat 2 perkara nie termasuk dengan pelanggan kita, secara automatik pelanggan pun akan suka kita dan mereka akan ingat kita walaupun kita tak tahu mereka tu siapa. Ada sorang rakan sekerja aku nie selalu tanya aku yang aku kenal ke pelanggan yang selalu tegur aku dan jawapan aku, ada yang kenal dan ada yang tak kenal tapi main tegur je aku nie macam aku nie kawan lama mereka.
No comments:
Post a Comment