http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, June 4, 2013

Nak Tukar Emel Nuffnang?

Baru-baru nie aku ada baca entri kak neon pasal entri terbaru dia tentang Nuffnang. Jadi aku pun baru la nak menjenguk akaun nuffnang aku setelah sekian lama (adalah dalam 2 tahun gak aku tak tengok akaun tu) aku tak melawat akaun tu dan duit dalam tu baru je RM5.50....hmph, x pe la since blog aku pun tak ramai orang yang tahu (ayat touching gile + poyo kan...). Jadi masa tengah belek-belek tu, baru aku ingat yang emel lama aku dah kena blok dengan yahoo sebab aku lupa pasword security. Password yang biasa tulis tu aku still ingat lagi tapi password yang lagi satu tu entah kenapa tetiba emel aku tu buat hal. Jadi aku pun terpaksa la tukar emel blog dan sewaktu dengannya ke emel formal aku (malas dah nak buat emel-emel baru nie). Masa nak tukar emel nuffnang pula, gigih duk mencari dekat mana la nak tukar, last-last aku pergi dekat sini dan jumpa maklumat yang aku cari tu.....

[Ini maklumat yang aku cari, cuma part "ticket" tu yang aku blur]

Nak tahu dekat mana nak rujuk info dalam gambar yang aku bagi tu? Mula-mula korang pergi ke akaun nuffnang korang, lepas tu scroll ke bawah sekali dan cari word FAQ dekat situ. Kemudian klik kat situ dan keluarlah informasi yang macam dalam gambar yang aku tunjuk tu. Kalau korang nak tahu tentang maklumat-maklumat lain pun boleh rujuk dekat situ. Itu sahaja laporan saya untuk hari ini, sekarang kena paksa diri untuk study for final exam....

Kepada Kak Neon: macam mana nak buat laporan yang macam akak mention dalam komen hari tu? Tak berapa tangkap sangat lor masa tu....

3 comments:

Mrs Nurul said...

Assalamualaikum takky dean.

ni link untuk contact nuffnang http://www.nuffnang.com.my/help

nnt click mana mana satu tajuk yang takky nak..then cerita masalah kat dia. nak cerita guna english or malay pun bley...bgtau laa yang u sebenarnya tukar email supaya nuffnang alert..then tanyala pape masalah or benda yang tak paham :)

Mrs Nurul said...

nanti dia akan reply kat email takky :)

takky said...

ok, thankz kak neon....
n sori byk2 coz susahkan kak neon...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...